Friday, 27 July 2012

Baju Rabak Dek Seterika Panas

Korang pernah tak time korang seterika baju, tiba-tiba seterika tu panas gila lepas tu baju korang melekat dekat iron tu. Mesti pernah kan? 



Aku ni dah banyak kali jugak jadi macam tu. Yang aku ingat, antara yang jadi mangsa, baju sekolah aku. Ya ampun, sayangnya baju sekolah tu. Dahlah aku ni jenis malas basuh baju. Lepas tu, baju berlobang-lobang pulak sebab kena iron. So, kenalah meningkatkan frekuensi kekerapan membasuh baju sebab kalau takde baju sekolah nak pergi kelas.



Paling sedih, baju raya aku pun berlobang-lobang macam gula hangus sebab kena iron. Huargh!! Alah, baju yang aku beli kat Aniz yang dekat Jalan Tar tu. Mak aku dah buang dah pun baju tu. Dahlah jadi masa pagi raya Aidiladha yang hening. Baru ingat nak pakai baju tu pergi sembahyang sunat aidiladha. Sekali hangus terbakar berlubang lima belas kat bahagian bahu sampai kat bahagian dada. Memang tak dapat diselamatkan lagilah. So, nanti kenalah pergi Jalan TAR balik sebab nak beli baju raya kat Aniz. Huuuu



Antara punca iron tu tiba-tiba jadi panas tak tentu hala, yang selalu jadi masa kat asrama dulu, sebab budak-budak ni pakai iron tu, pergi iron benda-benda basah. Sebab nak cepat kering punya hal. Ada setengah tu, seluar kecik yang basah-basah tu pun nak di ironkan nya. Geli je aku tengok seluar kecik tu berasap-asap macam roti canai mamak dah aku nengoknya.







Tapi, kadang-kadang tu, maybe dia punya resistance iron tu dah rosak tu yang kadang-kadang panas suka hati tu. Entahlah, aku pun tak tahu apa puncanya.



So, aku ada menggeledah dekat Google macam manalah nak buang benda hitam yang dekat surface iron tu. 
Yang aku jumpa, ada dua cara. Firstly, pakai :




Mula-mula perahkan limau nipis atas iron tu. Lepas tu letak sikit air kosong, lepas tu, sental dengan kapas.






Yang cara kedua, bukak iron tu. Set dia punya heat tu bagi yang low heat. Lepas tu, amik surat khabar, lumurkan dengan garam, lepas tu sental.

Selamat mencuba!!! 



15 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

good info nih!!

ain1914 said...

huhuhu.. pernah gak tudung terbakar sebab iron ni... apa pun tq bagi info tu... memang berguna sangat

iZ said...

ak kalau iron baju, kompem set paling panas, seterika cepat2..kah3..
xpernah melekat lagi..

dyabunga said...

kalau guna tips tu.. pernah je kne..sebab buka terlalu panas..ahahha

Mumu al-ibtisam said...

baju raye ayah sy beli terbakar hari tu.. sedeyyyyy..

FarhanaBekeri said...

paling teruk aku penah iron smpai berlubang sebesar saiz iron skirt uniform pengaws aku masa skolah dlu. Skirt yg tempah kot weh!!! Ish trauma aku. Mak aku pesan b4 nak start iron, test dlu kat tmpat lain. :-)

Rapunzeel Cikilolo said...

guna daun pisang utk buangkan yang melekat pada iron. hehe

- abdul hadi abdul muti - said...

:: Mrs.Eady ::

tq!!tak salah nak share2

- abdul hadi abdul muti - said...

ain1914

tapi saya sendiri tak pernah try.hehe

- abdul hadi abdul muti - said...

iZ

hoho. sebab pandai jaga seterika kot. kalau dia tak hitam, tak kena

- abdul hadi abdul muti - said...

dyabunga

haha.panas sangat kot

- abdul hadi abdul muti - said...

Mumu al-ibtisam

raya tahun ni punya ke?

- abdul hadi abdul muti - said...

FarhanaBekeri

tapi kadang-kadang,dia tiba-tiba je overheat

- abdul hadi abdul muti - said...

owh.macam tu pun boleh eah.hurm..

laskar pelangi said...

bagus hang kasi tips ni.nanti nak cuba ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...