Monday 20 July 2009

Sindrom Cerai Ekspress


Pertambahan Kes Cerai tahun 2008

“Sepanjang 2008, saya menerima kehadiran atau panggilan untuk kaunseling lebih 100 pasangan yang mahu berpisah walaupun berkahwin belum sampai setahun. Lebih menggerunkan, ada yang mahu membunuh diri dan semua kes berlaku di Lembah Klang.

“Sepanjang dua bulan pertama tahun ini pula, saya terima aduan daripada hampir 50 pasangan yang berdepan masalah sama,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ketika mengulas insiden ‘cerai ekspres’ pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, yang menceraikan isterinya, Faizah Mohamad, 32, hanya selepas 12 hari bernikah. Kenyataan Fadzilah jelas menunjukkan insiden ‘cerai ekspres’ seperti Roslin bukan kes terpencil kerana ia turut membabitkan banyak pasangan pengantin baru lain, namun tidak diketahui umum kerana mereka bukan selebriti atau orang terkenal.

“Bagi saya, perkara itu menakutkan kerana semuanya baru melangkah ke alam perkahwinan,” katanya. Beliau turut tidak menafikan beberapa artis mendapatkan kaunseling daripadanya berkaitan masalah rumah tangga, hubungan dengan mentua dan pelbagai lagi berkaitan perkahwinan, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. Menurut Fadzilah, artis juga manusia biasa serta tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan dan perlu diberi peluang seperti individu lain untuk meneruskan hidup masing-masing.

Punca-Punca Perceraian:
Tidak Mendapat Restu Ibu Bapa.
“Ramai juga mendapatkan khidmat kaunseling daripada saya dan masalahnya membabitkan keredaan ibu bapa dan mentua, persekitaran dan pelbagai lagi. “Syukur kerana mereka tekun mengikuti apa yang saya cadangkan dan melakukannya kerana mahu menyelamatkan atau memastikan perkahwinan serta rumah tangga sentiasa dalam rukun damai,” katanya.

Beliau berkata, apabila pasangan menganggap perkahwinan itu sesuatu yang mudah, lebih mudah untuk mereka berpisah. “Satu lagi perkara yang sering tidak diambil perhatian oleh pasangan ketika berkahwin ialah restu ibu bapa. Kajian mendapati 80 peratus daripada kadar perceraian di Lembah Klang berpunca daripada perkara itu,” katanya. Menurutnya lagi, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Reda Allah SWT daripada ibu bapa.”

“Kerana itu, setiap pasangan digalak mendapatkan restu atau keredaan ibu bapa sebelum berkahwin,” katanya.

Tidak Matang.
Selain itu, antara punca pasangan bercerai dalam tempoh singkat ialah kegagalan mendewasakan diri, di mana ada yang masih berperangai seperti ketika bujang, selain gagal atau tidak mahu memahami tanggung jawab sebagai suami atau isteri.
Ada kalanya mereka seolah-olah terlupa sudah menjadi menantu orang dan tidak sensitif dengan persekitaran. Contohnya, bertengkar semata-mata mahu menetapkan beraya di kampung siapa, sedangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan dengan mudah.

Campur tangan mertua.
Selain itu, katanya, perceraian boleh berlaku apabila mentua gemar masuk campur dalam hal rumah tangga anak mereka walaupun tidak perlu melakukannya. “Mentua digalakkan masuk campur jika anak mereka dipersia-siakan atau berlaku perkara yang boleh mendatangkan kecederaan.

“Setakat hanya pertengkaran kecil, tidak perlu masuk campur. Beri saja nasihat dengan cara baik dan bukan mengarah menantu melakukan itu atau ini tanpa menyedari ia lebih banyak mendatangkan keburukan,” katanya.

Berfikir Panjang Sebelum Berkahwin.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, perkahwinan bukan boleh dipermainkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak dan pelbagai lagi situasi mendatang yang tidak diketahui.

“Oleh itu, jika mahu berkahwin, pasangan dinasihatkan berfikir panjang dan tidak terburu-buru kerana institusi rumah tangga itu konsepnya untuk sepanjang hayat dan bukan suka-suka diruntuhkan,” katanya. Beliau berpandangan bahawa setiap pasangan perlu mengenali hati budi pasangan masing-masing dan jika dari awal lagi tiada persefahaman, perkahwinan tidak perlu diteruskan. “Perkahwinan untuk sepanjang hayat dan itulah konsepnya yang sebenar. Jika tidak dapat mencapai persefahaman dari awal hubungan, lebih baik perkahwinan tidak diteruskan kerana bimbang berlaku perceraian,” katanya.

Sebab-sebab Dibolehkan Bercerai:
Menurut Mufti Selangor itu lagi, bukan mudah melafazkan cerai kerana perlu ada beberapa perkara membabitkan suami atau isteri yang membolehkan ia dilakukan, antaranya:
- Tiga perkara yang membolehkan suami menceraikan isteri tetapi selepas ia disahkan iaitu gila, berpenyakit sopak serta kusta dan ia hanya diketahui selepas pernikahan. Jika sebelum bernikah bakal suami baru mengetahui perkara terbabit, seelok-eloknya perkahwinan dibatalkan.

- Dua perkara yang membolehkan isteri menuntut fasakh daripada suami pula ialah mati pucuk serta terpotong kemaluan. Bagi mati pucuk, fasakh boleh dituntut selepas setahun suami berubat tetapi gagal pulih kejantanannya.

- Ada dua lagi sebab yang khas membabitkan isteri membolehkan suami menuntut fasakh iaitu kemaluan wanita berkenaan tersumbat dengan daging atau tersumbat dengan tulang,” katanya.

Panduan Mencari Isteri.
Mohd Tamyes turut memberi panduan mengikut syarak bagi lelaki mencari isteri seperti wajah wanita berkenaan, tapak tangan, keturunan serta agama.

- Menurut beliau, wajah yang cantik pada pandangan seseorang lelaki itu menggambarkan keseluruhan fizikal wanita berkenaan, manakala tapak tangan jika bersih dan gebu pula menunjukkan kesuburan atau kesihatan.

- Selepas itu, lihat keturunannya sama ada baik atau sebaliknya dan yang akhir.

- Pastikan wanita itu memiliki ilmu agama yang baik kerana agama mampu menjadi perisai kepada perkara keji dan mungkar.

- Mungkin sukar menemui empat perkara itu dalam diri setiap wanita yang mahu dijadikan isteri tetapi jika terlalu sukar, lelaki digalakkan mencari yang beragama kerana ia paling penting.

- Sama juga pada wanita yang mencari calon suami, di mana mereka perlu memastikan lelaki itu bertanggungjawab, beriman, taat pada ibu bapa dan pelbagai lagi.

Dipetik daripada- myMetro Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

12 comments:

fakhruddin said...

camni jadi gay ah. huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

fakhruddin
ha??!!semacam jerk comment ko ni.hahaha

Unknown said...

Sabda Nabi dlm stu hadis qudsi,wanita yg paling baik ialah wanita yg paling murah maharnya.

Mahar hantaran kahwin la,maknanya takkan membebankan si suami pulak..

akhir zaman juga akan menyaksikan nisah 1 lelaki=50 orang wanita.

so?ape nak dirisaukan..perempuan ramai,tp yg GRED A kurang..huhu

fakhruddin said...

kenapa? apa yang lain macamnye? biasa je aku rasa. huahuahua

- abdul hadi abdul muti - said...

tu la..
tapi kadang2 bakal mak mertue yang over2..an..huhu

rapturous said...

sedihkan tgk kes cerai banyak, mempamerkan ketidak utuhan sesuatu hubungan yang dihalalkan dalam perkahwianan.. malu lah, last2 ramai org berpendapat baik xyah nikah sekadar bercinta pastu buat2 mcm kawin jadi xyah ade istilah cerai.. dahsyat..

cube fikir, faktor penceraian lain,.. ketidak matangan lelaki yg xleh nk menjadi ketua atau pembimbing dalam sebuah keluarga.. bukan kah cerai itu diletakkan atas kuasa lelaki.. sebab kita sedia maklum kaum hawa sgt lemah dalam hal itu.. cuba fikir, ada lagi perempuan2 yang dalam dilema sebab ketidakbertanggungjawaban lelaki, gantung xbertali, ditinggal suami, suami yg tdk reti membimbing isteri bahkan membebaskan lagi...

xberani sgt nk ckp, jodoh takdir si tgn Allah.. klu mmg pasangan2 tu kuat hati n beriman, mesti boleh pylah walaupun mcm2 dugaan,, xkesahla.. mertua ka apa ka..

IMANSHAH said...

Hurm, zaman dah nak akhir ni sebab tu macam2 kita dengar..kawen sehari, seminggu, sebulan, setahun...kawan saya kawen 2 minggu terus cerai..

Bab kawen ni saya tak nak komen sangat coz diri sendiri pun belum berpunya..Perkahwinan biar sekali je seumur hidup!!

Anonymous said...

ija pon da decide nak kawen dgn lelaki yg family dye trime ija..huhu..tk nak merana..anak orang kaya tak masuk list, tk sekufu..

hahaha~trase klakar ckp bende2 ney~

Anonymous said...

got new info..kes cerai ekspress ney org kate terjadi sebab lelaki ramai dpt detect isteri dorang tak dara lg so, dorang tk ley trime..wallahualam la..

kite akan dapat psgn yg serupa dgn kite. hmm, if that is the case, then dorang (lelaki) same je la kan..satu perkara yg ija tk puas hati is lelaki bila nak kahwin sume nak yg bek je. da la kitorang tk ley detect korang nye 'dara'..(rse pelik ckp bende2 ney..huhu)

said said...

Masa belum kawin tu rasa mampu laksana tugas malam hari, tapi masa di gelanggang tewas sebelum perang. Haiya ...............

yanmaneee said...

air jordan
nike air max 2019
yeezy boost 350 v2
bape hoodie
balenciaga shoes
air max 95
off white jordan 1
vans outlet
cheap jordans
kd 12 shoes

yanmaneee said...

pandora jewelry
yeezy boost 350 v2
kyrie shoes
kyrie 6
bape
steph curry shoes
supreme clothing
balenciaga triple s
hermes online
longchamp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...