Wednesday, 29 February 2012

Belon Gam


Woot! woot! Pernah tak main belon ni? Haha. Dulu-dulu masa zaman budak sekolah rendah, memang selalu main belon ni. Macam mana nak buat belon? Macam ni :
1. Mula-mula, beli belon gam ni. Lepas tu koyakkan dekat bahagian hujung dia.


2. Lepas tu, picit, and then, ambil dia punya straw plastik, lepas tu calit dekat hujung. 

3. Lepas tu, bentukkan calitan itu menjadi bentuk bulat dan hujung belah tengah dia jangan bagi tebal sangat. So that baru senang nak tiup.




4. Lepas tu tiup


Lepas tiup, boleh main. Selalunya, aku ambil belon tu lepas tu lipat-lipat jadi kecil. Lepas tu, cari dahi member, pergi letupkan kat dahi member tu. Haha

Monday, 6 February 2012

Nasib Friendster Hari Ini

Siapa dekat sini pernah ada Friendster? Haha. Korang yang lahir tahun 80-an or 90-an mesti pernah ada account friendster zaman-zaman dahulu kala tu kan? Hari ni, masa aku tengah bosan, aku trylah bukak friendster sebab nak tengok betapa noobnya aku dulu-dulu masa tak reti nak sosial-sosial dekat internet ni. Sekali tengo, friendster dah bukan tempat untuk bersosial. Dia dah jadi tempat main online game. Tak percaya? Meh tengok gambar yang aku tangkap nih.


Aku nak login, tapi dia cakap password aku tak betul padahal memang itulah password aku. Saja nak suruh aku log in pakai Facebook account. Huhu.

Well, still boleh nak social dalam friendster tapi dia bukan macam friendster yang kita kenal. Dia dah berubah!! Haha. Ini mesti gara-gara Facebook dengan Twitter yang buat Friendster ni makin dipinggirkan dengan begitu kejam sekali. Waktu masa Myspace dulu-dulu pun, Friendster dah hilang banyak users.

Saturday, 4 February 2012

Praktikal Hari Ke 4

Sebenarnya semalam patut update tapi tak sempat. Semalam dua orang lawyer yang ajar aku tak datang so aku free. Just menghabiskan masa tengok prosedur pembelian rumah dengan pinjaman untuk beli rumah. Lepas tu, bersembang dengan akak kerani. Yang aku baru tahu semalam, tumpah darah. Memandangkan ada 3 orang akak kerani yang mengandung, akak kerani yang first time mengandung tanya pengalaman dekat akak kerani yang ada pengalaman bersalin. So, masuklah bab tumpah darah. Dulu, aku ingat, tumpah darah tu, darah yang tumpah sekali bila air ketuban dah pecah. Tapi, rupanya, tumpah darah tu, waktu kita, eh, aku lelakilah, mane boleh beranak, silap-silap. Haha. Waktu mak-mak kita bersalinkan kita, bila baby nak keluar, darah satu badan mak kita akan jadi sangat sikit. Waktu tu, doktor akan cucuk semua tempat yang patut untuk dicucuk untuk masukkan darah dengan air untuk kembalikan balik darah yang dah tumpah tu. Ha.. Macam itulah cerita dia. Huhu.

Thursday, 2 February 2012

Praktikal Hari Ke 3


Wargh!! Penat gila sebab perut aku meragam harini. Meragam bukan sebab apa, just masuk angin lepas tu bila makan rasa nak muntah. So, kenalah duduk dekat firm tu dengan keadaan yang agak memeningkan. Harini aku buat benda sama je macam semalam iaitu buat dokumen pindah milik tapi harini kena scan sale and purchase agreement, grant of the property dengan ic of the buyer.

Harini ada client yang tuduh kerani tu perangkap dia pulak. Tapi masalahnya, salah client tu sendiri. Rasanya kena ada macam klinik bantuan guaman pasal prosedur-prosedur yang betul untuk macam mana nak beli rumah rasanya. Kalau beli cash takde masalah sangat, tapi yang ambil loan ni mesti banyak masalah. Kerani tu nak salahkan client pun tak boleh sebab maybe client tu tak faham or misunderstanding bila dia buat loan agreement tu since nak beli rumah ni bukan tiap-tiap hari buat and knowledge dia pasal procedure untuk buat loan pun tak banyak. Thatis why aku rasa lawyer-lawyer kat sana kena buat macam klinik or bengkel untuk ajar public on what is the procedure to buy a house.

Wednesday, 1 February 2012

Praktikal Hari Ke 2

Hari ni praktikal aku dah masuk dua hari. Penat gila bukan sebab apa. Sebab aircond rosak. Panas gila. Sumpah aku kepam kot tadi. Haha. Bila entah nak repair aircond.

Harini, tahap kemesraan aku dengan kerani-kerani dekat sana meningkat sikitlah kot. Cewah bangganya!! Haha. Banyak jugaklah bersembang dengan diorang. Kat firm tu, 3 orang akak kerani mengandung. Pergh!! Bapaklah, planning sama-sama ke apa? Haha. 

Lepas tu akak-akak kerani ni suka betul dengar lagu "geget-geget cuping telingamu" tu. Haha. Kelakarlah pulak. Lepas tu harini aku tengok macam mana akak lawyer kat tempak aku buat attachment ni kena layan dengan client ni yang suruh akak tu sendiri pergi tuntut duit dekat rumah client tu sendiri. Kalau ikut prosedur, client tu sendiri kena datang kat office buat payment. Ini tak. Jenuh client tu menyumpah-nyumpah akak lawyer tu tak bertanggungjawab. Haha. Lepas tu ada satu client lagi yang still nak datang pagi even though dah bagi tahu awal-awal tak boleh jumpa waktu pagi.Adoiyai. Haha

Harini aku kena present pasal contract agreement of a license. Lepas tu kena tolong akak lawyer tu prepare borang pindah milik. 

Lepas tu harini, firm tu gempar!! Gempar kenapa? Haha. Sebab ada bau terbakar kuat gila. Client cakap bau ikan bakar. Tapi kitorang bau macam bau plug terbakar or wire terbakar. Sampai panggil TNB suruh periksa. Huhu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...