Saturday, 28 January 2012

Fesyen Bahana Dan Becana

Amaran: Post ini tiada gambar dan ianya menuntut pembaca untuk berimajinisasi dengan baik.

Mesti anda selalu terserempak dengan fesyen-fesyen yang bencana lagi menyakitkan mata kan? Aku ni bukanlah pandai nak berhias dan berfesyen dan memang lulus je kalau nak masuk program Tangkap Muat yang pengacara dia Sarimah Ibrahim itu. Tapi, as a reasonable man, aku tahu yang mana fashion yang ok dan yang bencana.

Salah satu fesyen bencana ialah mamat yang suka sangat pakai baju kolar, lepas tu dekat hujung, lipat sikit bagi melengkung ala-ala kolar Draculla or baju Viktor, ketua pontianak dalam cerita Underworld tu lepas tu lengan bagi lipat sikit, lepas tu rambut kat tepi tu bagi shave habis bajet Noh Hujan. Anda boleh bayangkan? Sure boleh punya. Fesyen bencana ini selalunya boleh didapati di pasar malam dan pasar tani.

Yang kedua, fesyen K Pop yang konon trendy tapi sebenarnya lebih kepada tahi lembu. Kadang-kadang bukan semua orang sesuai nak dress up perasan Korea ni. Aku bukanlah seorang yang memandang rendah terhadap orang yang berkulit gelap. Aku ni bukanlah cerah mana pun. Tapi, untuk yang mana tona dia tak cerah, tolonglah jangan jadi K Pop. Buruk.

Ketiga, tudung. Tudung sekarang ni kadang-kadang nonsense. Mengarut!! Setahu aku, tudung ni, kalau nak lepas hukum, kena menutup dada. Tak kisahlah shawl ke, kain alas meja ke, kain selimut ke, kalau pakai lepas takat dada, barulah menutup aurat dengan sempurna. Tak kisahlah nak nak buat tudung nasi lemak bungkus ke, hantu bungkus ke, janji tak ketat dan menutup dada. Kadang-kadang tu, tudung takat had boleh jerut tengkuk je. Lepas tu pakej lengkap dengan baju kolar terbongkang luas yang menampakkan Gunung Fuji. Entah hape entah. 

Keempat, seluar jeans yang fancy-fancy. Pada aku, jeans ni, kena pakai konsep less is more. Tak payah nak letak blink-blink, tak payah nak bleach over-over, and tak payah nak rabakkan jeans tu merata alam sampai nampak boxer.

Anda-anda semua pembaca budiman mesti ada jugak pengalaman berjumpa dengan mangsa fesyen dan palesit-palesit yang suka menggayakan fesyen yang durjana kan? Apa kata kita berkongsi sama? Haha

12 comments:

~Filzati Zulkepli~ said...

setuju sangat dgn pesyen zaman skrg. haih, kdg2 tgk pesyen dah nak macam pegi sarkas. maafla kalu ada yg terasa tp serius. nak berfesyen tak salah tp jgn sampai abaikan hukum hakam agama. laki ppuan sama je. *mood emo bila berbicara soal fesyen tak ikut syarak*

c'axoera ヅ said...

sesungguhnya hingga kini aku masih nga faham apa itu KPOP >_<

eszyamin said...

aku pon sama geli dgn org yg bajet hot tp sbnrnye x hot..

Sam Banjamin said...

pade aku senang je.. tiru gaya artis... and budak2 baru nak up... aku? lagi la.. bute fesyen... tapi tak la sampai apply fesyen bahana ni.. hehehe...

Bobo said...

skrg ni ramai yg pakai tudung tp lengan pendek smpi nak tjk bahu ke ketiak, alamak ai, tu fesyen ape plak?hehe

budakijaupendek said...

Bila ditegur kita pula yg dikta jahil ttg fesyen. T_T

sea_lavender said...

entry tak tahan tu ~~ beremo nmpak kui3x =D hmm...diri ini berusaha mnjaga dri dalam soal pemakaian juga.. Insya-Allah... tpi seyes tak ske zaman skg sume yg ske pakai sluar rabak2 n rambut2 pelik bagai~~

sea_lavender said...

entry tak tahan tu ~~ beremo nmpak kui3x =D hmm...diri ini berusaha mnjaga dri dalam soal pemakaian juga.. Insya-Allah... tpi seyes tak ske zaman skg sume yg ske pakai sluar rabak2 n rambut2 pelik bagai~~

budak said...

pendek kata, dunia akhir zaman..semoga kita tak tergolong dlm kalangan mereka In Sha Allah :)

Rapunzel Cikilolo said...

aku tak paham ape itu shawl. sebab rimas nak pakai. haha

Evone Victor said...

hahaha... setuju giler

asliner said...

terpengaruh..terpengaruh..
terpengaruh..
itu jelah yang mampu nak cakap..
kalau rasa bahana sangat dengan fesyen2 macam nie..
kite doakan semoga mereka2 semua diberikan hidayah dan petunjuk supaya tidak terpengaruh lebih jauh dan menjadi menjadi mangsa fesyen..

p/s: bagi perempuan, kalau nk lepas hukum..pemakaian tudung kenelah melabuhi sehingga menutupi dada..dan haruslah tidak jarang yang boleh menampakkan belahan leher..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...