Tuesday, 31 January 2012

Latihan Industri Hari Pertama



Hari ni first day praktikal. Bolehlah. Not bad. Aku buat praktikal dekat legal firm in Senawang, Negeri Sembilan. Mula-mula aku sampai serius blur gila. Aku takde kerje. Jadi hiasan percuma je dekat firm tu. Masa tu tension gila sebab akak-akak kerani tu tak tegur aku pun. Aku pulak tak tahu nak approach akak kerani tu macam mana. Akak-akak kerani tu ada 6 orang semuanya dan semuanya perempuan. Akak sekarang ni ada jugak yang lelaki tau. Haha. Tapi, dalam pukul 1130, which means setelah satu jam lebih aku jadi hiasan kat situ, lawyer yang aku deal nak buat attachment sampai. Nasi baik dia bagi kerja kat aku untuk buat surat dengan buat summary of a contract agreement. Tapi aku Berjaya buat surat je. Yang summary tu sepatah haram aku tak tahu nak buat macam mana. Jenuh aku baca agreement tu. Tapi aku still tak tahu nak summarisekan macam mana.

Lepas tu, before lunch hour, ada akak lawyer bagi aku satu lagi task. Aku kena draft an afreement for purchase and sale of a business. Hah??!! Aku tak pernah belajar semau benda tu. Aku blank. Tapi akak tu bagi list apa yang kena ada dalam agreement for purchase and sale of a business. List jelah. Bukan contoh sebenar. Dia bagi list dengan salinan IC buyer and seller, dengan salinan registration of SSM of the company yang menjadi subject matter dalam agreement tu. Argh!! Aku blur lagi. Bila aku tanya akak lawyer tu, dia suruh buat je. Just try. Kalau salah takpe.

So, aku bedal jelah. Lama gila aku buat. Daripada pukul 1245 sampai pukul 3 setengah. Tapi ada lunch hour lah. Aku ni takdelah sampai pelajar praktikal yang begitu mithali sampai tak pergi lunch time lunch hour.

Ha, sebut pasal luch hour ni, aku pergi lunch sorang-sorang dekat kedai bawah firm tu sebab akak-akak kerani tu semua bawak bekal.. Jimat betul. Diorang just lepak dekat firm, makan sambil bergosip. Yes!! Gosip!! Seriusly!! Haha. Semua perempuan kan.. Perempuan yang kat luar sana jangan marah.. Haha.

Lepas habis aku draft agreement tu, aku submit dekat akak lawyer tu. Aku tahu, agreement yang aku draft tu salah. Sebab aku memang tak tahu nak buat. Aku bedal je. Hehe. Lepas tu, aku kena susun fail transfer of land and properties. Itulah kali pertamanya aku tengok macam mana nak gunakan Form 14 A depan mata aku. Haha.

Lepas tu, balik. Aku balik lambat hari ni. Feeling-feeling buat OT konon nak dapat gaji lebih. Tolonglah. Haha. Elaun pun tak tentu dapat berangan nak dapat OT.

Harini, sementara aku kat firm tu,dapat jugaklah tengok macam mana application of law in real life. Ada client yang datang dari bank. Ada client yang datang tu pak cik dengan mak cik, sebab nak buat charge untuk dapatkan loan bank untuk anak dia. Ada client yang datang tapi sesat sebab tersalah firm pun ada. Haha.

Well, overall, it is a good experience. Cuma aku je kena banyak bercakap dengan akak-akak kerani tu. Tapi aku takde modal nak cakap dengan diorang.. Korang ada idea tak macam mana nak borak dengan akak-akak kerani ni? Ce bagitau sikit. Huhu

12 comments:

Wadi AR said...

1st day praktikal ke wey? tahniahhh. mula mula aku pon centu mase kt sekolah. canggung gile kot. seminggu jd pendiam walhal aku bkn jenis centu. lama-lama dah sebulan ni okey dah. ko start la borak borak dulu even ko sorang je laki. apedehal dak? gud luck weh

~Filzati Zulkepli~ said...

wah kau dah praktikal adi? cayalah, dalam diam2 tu. jangan ngorat akak2 tu pulak. keja lelok. peaceee ;)

- abdul hadi abdul muti - said...

Wadi AR

yuppie. tq for your advice. mintaklah dah tak awkward esok. huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

~Filzati Zulkepli~

haha. akak yang duduk sebelah meja aku tu dah la tak kawin lagi. miauw!!!hahaha

Rozuan Ismail said...

wah,experience first day praktikal.macam mana lah aku nanti ye praktikal.harap2 semuanya ok

- abdul hadi abdul muti - said...

Rozuan Ismail

Good luck bro!! Everything will be alroght!!=)

mimey eidah (owner fida story) said...

gd luck prctcl tu..huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

mimey eidah (owner fida story)

terimekasih fida!!

Rapunzel Cikilolo said...

borak je pasal hidup diorang. dengar ape diorang crite lepas tu layankan aje...

~Filzati Zulkepli~ said...

gediks nak ngorat akak sebelah kau! hahaha! heyyy ko tak habis baca la entry kat blog aku. yg psl surat tu. x habis baca acane nak tau tu surat apa. emm apa aku merepek kt sini eh. aaa okbai

asliner said...

dah praktikal ke?
chaiyok2..

eh, takde kene jadi budak potostat ke?
stereotype..haha

p/s: ape kate join gossip, mesti akaks tue boleh terima awak..hehe

HARITH ISKANDAR said...

biasanya mmg xsama ape yg kite study kat U dulu.keje lain..study lain & mmg byk yg kite xstdy mmg ada kat luar sane.
so kene lah ambik tahu sndri..ehehe ape pun TAHNIAH la sbb dah praktikal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...