Thursday, 11 February 2010

Anak Korang Lelaki ke Perempuan??


okay..maybe terlalu awal bagi saye untuk berkate tentang bab bab anak ni..tapi,sedar tak sedar,saye dan kawan kawan sebaye saye dah masuk umur 20 tahun da..so,tak mustahil lepas ni,ade yang dah kahwin.So, rasenye tak salah kalau saye nak buat post sal tajuk ni..huhu

Sebenarnye,saye penah dengar pakar pakar dalam bab bab ni cakap, there is no any single method to determine your baby's sex..Tapi,tak salah kalau nak mencuba,asalkan jangan berlanggar dengan hukum syarak..urm,dekat bawah ni saye amik satu article dari http://www.maxx.my/story.php?title=panduan-memilih-jantina-anak untuk tatapan kite bersame..huhu




Kadang-kala apabila wujud persoalan anak lelaki atau perempuan yang diingini, pelbagai jawapan akan diberikan. Ada yang berkehendakkan anak lelaki kerana anak lelaki dilihat lebih bersifat pemimpin dan akan menjadi ketua keluarga. Tidak kurang juga ada yang mendambakan anak perempuan kerana beranggapan anak perempuan lebih mudah dilentur dan diajar.


Malah persoalan anak lelaki atau perempuan ini dilihat sangat penting bagi sesetengah bangsa terutamanya masyarakat Cina yang lebih mengutamakan anak lelaki apabila berbicara tentang harta dan kesinambungan waris keturunan keluarga. Walaupun dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia, segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.



Dalam dunia perubatan, pilihan dan kaedah merancang jantina anak menjadi penting untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit bawaan baka seperti penyakit ‘hemophilia’ iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Justeru dalam konteks ini, jika jantina anak dapat ditetapkan, penyakit ini dapat dielakkan.



Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan pelbagai cara dan teknik dalam usaha merancang jantina anak. Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan yang sering diamalkan oleh masyarakat Cina. Menurut kaedah ini, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.



Mengikut teori sains, penentuan jantina ini adalah terletak pada benih pihak suami. Ini kerana benih lelaki atau sperma yang mengandungi berjuta-juta benih itu memiliki kedua-dua kromosom iaitu X dan Y manakala telur wanita hanya mengandungi kromosom X. Bagi menghasilkan anak lelaki, telur memerlukan kromosom Y daripada benih suami manakala kromosom X diperlukan bagi menghasilkan anak perempuan. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.



Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada ketika isteri melalui proses kesuburan iaitu pada hari yang ke-13 atau ke-14 selepas hari pertama haid. Pada masa ini, pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.



Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam vagina boleh diubah kepada keadaan sedikit beralkali, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Justeru, dalam hal ini, Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus. Kaedah ‘douching’ ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam vagina dan kemudian cecair khas dipancutkan kedalamnya.



Manakala bagi mendapatkan anak perempuan, pasangan dinasihatkan agar melakukan persetubuhan 24 jam sebelum pengeluaran telur iaitu pada hari ke-11 atau ke-12. Pasangan dinasihatkan tidak melakukan persetubuhan empat atau lima hari selepas persetubuhan pertama berlangsung. Selain itu, kaedah ‘douching’ boleh digunakan dengan menggunakan cecair yang mengandungi sedikit asid seperti ‘Lactacyd’ setengah jam sebelum melakukan persetubuhan.



Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa, seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, juga mendapati sekiranya pasangan berkehendakkan anak lelaki, ibu disyorkan supaya mengambil makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan makanan yang bergaram.



Manakala bagi mendapatkan anak perempuan pula, pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan makanan berasaskan susu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.



Dalam erti kata lain, makanan yang banyak kalsium menggalakkan kemungkinan untuk mendapat anak perempuan dan amalan pemakanan sebaliknya iaitu lebih sodium (garam) daripada kalsium, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki.



Menurut kajian, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut kaedah ini memiliki peluang memiliki anak dengan jantina pilihan di antara 75 hingga 80 peratus tetapi hasil akan menurun 55 hingga 65 peratus jika pengambilan makanan yang disyorkan ini tidak dipatuhi.



Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan menerusi tahap kepuasan isteri ketika melakukan persetubuhan iaitu ketika isteri mendapat kepuasan yang tinggi, cecair beralkali akan dikeluarkan seterusnya merangsang pergerakanan benih Y suami yang berupaya menghasilkan anak lelaki. Manakala proses sebaliknya pula bagi mendapatkan anak perempuan kerana dalam keadaan tersebut, cecair berasid yang merangsang pergerakan benih X akan dikeluarkan.



Selain daripada kaedah-kaedah yang disebutkan di atas, menerusi jaringan teknologi moden kini, penentuan jantina anak juga dapat dilakukan menerusi suatu kaedah yang dipanggil ‘chromatography’. Kaedah yang telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat ini menggunakan kaedah pemisahan benih X dan Y.



Menerusi kaedah ini, benih lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian benih itu menjalani satu proses pemisahan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur.



Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk memisahkan benih Y dan X ini dan antaranya adalah Kaedah Ericson yang menggunakan albumin di dalam prosesnya. Walaubagaimanapun, cara ini tidak menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.



Alternatif lain untuk mendapatkan jantina pilihan adalah suatu kaedah yang ditemui dalam kajian ahli biologi Perancis, Patrick Schoun. Kaedah yang dinamakan Choice ini menggunakan Kitaran Polariti, iaitu suatu kaedah semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.



Kaedah ini memegang teori bahawa kitaran polariti dipengaruhi oleh suatu faktor yang disebut sebagai ‘faktor ionik’ dan dapat diramal seperti juga kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Semasa kitaran polariti berlaku, faktor ionik ini akan menghasilkan caj pada membran ovum (telur) dan sperma. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan menyuburkannya.



Justeru, apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan menghasilkan bayi lelaki.



Teknik yang telah dibawa ke Malaysia sejak 2001 ini mendapati terdapat kira-kira 70 hari dalam setahun untuk setiap polariti. Ini bermakna setiap pasangan suami isteri mempunyai kira-kira 70 hari dalam setahun untuk mendapat anak lelaki dan 70 hari lagi untuk mendapat anak perempuan. Manakala 200 hari lagi memberikan peluang sama rata untuk mendapat jantina anak yang diingini.



Berbanding kaedah-kaedah lain yang dinyatakan, kaedah ini terbukti 98.7 peratus berkesan menerusi ujian klinikal yang telah dijalankan.



Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi membantu pasangan memiliki anak dengan anak pilihan, Allah s.w.t. jualah yang menentukan ‘biru’ atau ‘merah jambu’ yang dimiliki kelak. Apa yang penting, anak yang dilahirkan sihat dan cukup sifatnya walaupun bukan jantina yang dihajati.





-anak itu anugerah dari NYA-


2 comments:

iqbalsyarie said...

hadi...jgn buang post ni..5 tahun lagi aku nak baca lg..haha

abbad said...

amende la kau mencarut ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...