Saturday, 27 February 2010

Tak Boleh Turun Sportday










Kalau nak ikutkan, 6 mac ni,aku nak gerak dengan iba,pergi ipoh,naik train dari kl sebab nak pergi sportday,tapi,apekan daye,bile aku kire kire duit aku balik,tak cukup la.alahai...ramai jugak member member batch aku yang turun.sorry iba and the others,tak boleh turun.

Sportday kat sekolah aku ni memang meriah gak la.time ni la staroba staroba,bekas bekas pelajar,parents,teachers,pibg sumer boleh jumpe sesame.

At first,mesti start dengan marching.mule mule mesti budak budak band masuk padang dulu pastu baru la kontinjen kontinjen house.Time kawad,macam macam kreativiti ade.macam time aku form 5 dulu,ade yang buat maskot mumia,ade yang junjung budak kecik,ade yang tema spartan,ade tema chinese,ade yang maskot ichigo.haha

Lepastu,macam biase la,acare acare olahrage sumer.then,die punyer klimaks,tarik tali.team champ tok southern vs team champ northern.southern ni house red,yellow dengan white.team northen ni pulak green,blue dengan black.die tentukan ikut kedudukan geografi blok.huhu.time ni sumer banner sumer keluar.cikgu,parents sume cheer sekali.memang best!!

last las sekali,acare penutup.anugerah olahragawan,pemenang kawad kawi,khemah ngan champoin tok house sumer announce time tu.pastu,KU akan cakap hip hip horay 3 kali.pastu bersurai...

Tapi sebulan sebelum sportday,memang form 5 dah all out buat khemah.penat bhai buat khemah ni.nak beli polistriin,cari buluh,beli pelake sumer.time aku dulu dulu,memang tak tidor la buat khemah ni.belum lagi nak train budak kawad.nak design baju budak kawad lagi.tapi sumer tu berbaloi giler la bile dah keluar sekolah ni.huhu

ahhh..nape la tak boleh pergi.aku rindu kot kat bau padang star.cikgu cikgu sumer.plus juniour juniour green aku yang aku pernah jage diorang time diorang form 2 dulu.sekarang dah form 5 da.tak tau la diorang ingat aku lagi ke tak.huhu.aku pon dah jarang contact diorang.tapi,aku still ingat kat diorang.aku dah anggap macam adik adik aku sendiri dah diorang ni.hopefully diorang berjaye la dengan mase depan diorang..

ni la die.dulu dulu kecik kecik jerk.skang ni mesti tinggi dari aku.


papepon,frust giler tak dapat pg sportday.waaa~
Tadi,telah berlangsungnye PERSAK,or dalam bahase penuhnye, Pertandingan Sukan Lasak.aku rase la,kalau salah,sorry la yer..hehe.
Aku takde la terlibat secare langsung dalam event ni tapi turun je la bagi support kat kawan kawan sendiri.Rasenye dah lame dah aku tak pergi buat bende bende cheer ni.Last,aku buat time form 5 la kot.Mesti ramai yang mcm confius kan,sebab aku kan sekolah budak lelaki jer sume,tapi macam mane boleh ade cheer??haha

So,tadi,time cheer ramai yang perempuan dari lelaki,since captain cheer leader nye pon,perempuan.tapi,aku tak tau la sape yang captain,tokie ke min??hurm,tak kesah la,janji diorang dah all out tok support budak budak persak ni.wallaweh!!huhu.Mule mule rase macam pelik jugak nak cheer ngan perempuan,tapi,lame lame ok la.best jugak,huhu

pape pun memang best cheer siang tadi.enjoy.esok,ade lagi.tapi,aku turun lambat sikit since aku dah janji ngan si abuya tu nak pergi derme darah.so,kene la pergi derme darah dulu pastu baru pergi cheer.
Hopefully, esok ramai yang turun.Common la,memang la panas and penat nak terjerit jerit nyanyi lagu cheer tu sume,tapi yang korang bagi cheer tu bukan nye orang lain.kawan kawan korang jugak.tak gitu?

kat bawah ni sumer gambar time cheer kat sekolah.gambar time cheer PERSAK takde lagi..hadoih..

Tuesday, 23 February 2010

Terpaksa

ade orang terpakse untuk dikahwinkan dengan jodoh yang bukan pilihan diorang tapi pilihan mak bapak diorang especially perempuan

ade orang yang terpakse time kecik kecik mak die suru pergi kedai beli gule.dulu dulu,aku pun selalu ke pakse ngan mak aku pergi kedai tapi tak nak sebab kedai tu ade abang gay yang tak habis habis nak peluk peluk aku.geli cukup!!tapi,terpakse jugak pergi

ade orang terpakse memendam perasaan tatkala suami main kayu tige tapi terpakse tahan sebab sayangkan anak anak

ade orang bukan terpakse tapi memakse anak sendiri yang umur due tahun untuk bagi duit raye or duit yang dapat time birthday

ade orang yang terpakse pergi persak sebab name dah submit

pernahkah anda terpaksa??

Sunday, 21 February 2010

Mencari

sementare menunggu aizat,mag dan mago yang tengah jam dari shah alam nak sampai ipoh,aku ke masjid medan gopeng.nak sembahyang.umur dah nak masuk 20 tahun,kalau tak reti reti nak sembahyang,dose,kene tanggung sendiri..huhu

tibe-tibe,sedang aku menekan nekan keypad hp untuk menaip msg kepade cikgu izaheri,atas kedatangan batch aku untuk hari esok, ade sorang budak dalam belasan tahun tibe tibe mengahmpiri aku.

budak tu : assalamualaikum bang!
aku : waalaikumsalam
budak tu : dari mane ni bang?
aku : dari shah alam.ni,tengah tunggu kawan datang amik ni.
budak tu : saye tengah carik mak saye ni.bapak dah meninggal...saye datang sini bukan nak buat
bende tak elok bang.
aku :(dalam hati:mase bile pulak aku kate die ni nak buat bende tak elok?)tinggal mane??
budak tu :tinggal setiawan.duduk ngan opah.opah sakit.saye antar opah saye kat umah
jiran.sekarang ni,saye keje kat de palma.
aku : memang tak pernah jumpe mak ke??
budak tu :tak.yang jage opah dengan bapak saye jer..
aku :owh..sebulan,gaji bape?
budak tu : ade la sikit..die bayar 2 minggu sekali..saye,50rgt pon da cukup.yang lebih saye antar
kat opah.
aku : owh..takpe,insya allah,mesti jumpe nye mak tu..
budak tu : tu la,ye la,mak sendiri kan..

tibe tibe muazzin melaungkan iqamah untuk sembahyang isyak.so,kami pon masuk saf.aku tak sempat nak jumpe die pas aku sembahyang isyak.tau tau je die dah takde.hurm..takpe la.aku pun terus pg ke kedai makan untuk makan sementare menunggu aizat,mago ngan mag.

tibe tibe,waqi ngan black yang sampai dulu.pukul 1158,baru la aizat mag ngan mago sampai..

Thursday, 18 February 2010

terima kaseh(in conjunction of visiting the beloved teachers stage 1)

terima kasih dekat hizamy sebab banyak tolong aku plan even aritu

terima kasih cikgu shahnun,banyak bagi number contact,tunjuk direction sumer

terime kasih budak budak uitm sebab selalu bagi aku pakai broadband especially ezwa sebab sentiase tak kisah aku nak online lame lame pakai broadband maxis die tu.

terime kasih kat udin sebab tolong sediakan kereta sewa

terime kaseh kat sumer budak budak batch of 47 star ipoh sebab telah menjayekan even aritu dengan jayenye

terima kasih kat pakcik sidek,cikgu zuraida,ustad rusdi,cikgu izaheri,ustad mokhtar,cikgu kamaruddin,dan mr yoong sebab menyambut ketibaan rombongan kami.

mintak maaf dekat cikgu cikgu yang kami tak sempat datang.insya allah, lain mase kami datang lagi

akhir kata,terime kasih semua!!!
a bow for all of you

Dah Termengandung




Haih...kecoh,riuh dibuat nye malaya ni,Ramai sangat dah yang buang baby merate rate.ade yang buang dalam tong sampah,ade yang bakar,ade yang campak dalam sungai,ade yang flush dalam jamban..ape nak jadi ni??

rase rasenye,punce utame ialah pegangan agame yang lemah.zaman sekarang ni hiburan merate rate..ramai mak bapak sekarang ni menggalakkan anak anak hanyut dalam hiburan.pegang pegang tangan pon tak kisah.alasan,budak budak laki.nanti, bile dah teruk budak budak tu, sampai mengandung dibuat nye,baru la menangis meraung. plus,budak budak kecik lagi dah usyar citer romen sane romen sini.esok,dah besar,tu yang tiru tu.mak bapak pon satu hal...mak bapak pon kadang kadang bukan pegang sangat pade agame..antar anak pg sekolah agame, tapi rambut blonde.macam mane tu??macam mane la nak didik anak anak kalau mak bapak sendiri banyak yang tak betul??

yang si laki laki pulak, tolong la jangan nak sesuke ati tebuk anak dare orang.pikir la sikit.kate ade 8 akal, 1 nafsu..ni tak.asyik nak merosakkan jerk..ade setengah setengah tu, ngaku boyfriend.patutnye, boyfriend la protect awek tu.ni tak, di bantai nye awek tu puas2.konon konon nak try,kalau dah terase nak keluar air mani tu, tarik balik.pakai kondom tak mau, takut nanti tak syok..macamla korang boleh surely tak terpancut air mani tu.las las, nanti dah mengandung,buat tak tau jerk.

yang perempuan pulak, yang mengade ngade nak tergedik gedik ngan laki tu nape? nanti, dah boyot, bukan laki tu kisah pun. mampus ko la tanggung sorang. paling tidak pun, die soh korang pg gugurkan. yang sakit,korang gak. tak de la nak salahkan perempuan seratus peratus, maybe ade yang buang anak tu, sebab sumbang mahram, nak tutup malu punye pasal, kene la bunuh baby tu..

papepun, berbalik la pade agame..masyarakat malaysia ni rasenye dah teruk sangat dah..nanti,takut kene bala jer..Allah nak turunkan bala ni,bukan kat orang yang buat dose je,tapi die turunkan kat sumer..so,bertaubat la sebelum terlambat..pintu taubat sentiase terbuke walau sebesar mane dose anda selagi anda tidak melakukan dise mensyirikkan Allah..

Thursday, 11 February 2010

Anak Korang Lelaki ke Perempuan??


okay..maybe terlalu awal bagi saye untuk berkate tentang bab bab anak ni..tapi,sedar tak sedar,saye dan kawan kawan sebaye saye dah masuk umur 20 tahun da..so,tak mustahil lepas ni,ade yang dah kahwin.So, rasenye tak salah kalau saye nak buat post sal tajuk ni..huhu

Sebenarnye,saye penah dengar pakar pakar dalam bab bab ni cakap, there is no any single method to determine your baby's sex..Tapi,tak salah kalau nak mencuba,asalkan jangan berlanggar dengan hukum syarak..urm,dekat bawah ni saye amik satu article dari http://www.maxx.my/story.php?title=panduan-memilih-jantina-anak untuk tatapan kite bersame..huhu




Kadang-kala apabila wujud persoalan anak lelaki atau perempuan yang diingini, pelbagai jawapan akan diberikan. Ada yang berkehendakkan anak lelaki kerana anak lelaki dilihat lebih bersifat pemimpin dan akan menjadi ketua keluarga. Tidak kurang juga ada yang mendambakan anak perempuan kerana beranggapan anak perempuan lebih mudah dilentur dan diajar.


Malah persoalan anak lelaki atau perempuan ini dilihat sangat penting bagi sesetengah bangsa terutamanya masyarakat Cina yang lebih mengutamakan anak lelaki apabila berbicara tentang harta dan kesinambungan waris keturunan keluarga. Walaupun dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia, segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.



Dalam dunia perubatan, pilihan dan kaedah merancang jantina anak menjadi penting untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit bawaan baka seperti penyakit ‘hemophilia’ iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Justeru dalam konteks ini, jika jantina anak dapat ditetapkan, penyakit ini dapat dielakkan.



Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan pelbagai cara dan teknik dalam usaha merancang jantina anak. Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan yang sering diamalkan oleh masyarakat Cina. Menurut kaedah ini, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.



Mengikut teori sains, penentuan jantina ini adalah terletak pada benih pihak suami. Ini kerana benih lelaki atau sperma yang mengandungi berjuta-juta benih itu memiliki kedua-dua kromosom iaitu X dan Y manakala telur wanita hanya mengandungi kromosom X. Bagi menghasilkan anak lelaki, telur memerlukan kromosom Y daripada benih suami manakala kromosom X diperlukan bagi menghasilkan anak perempuan. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.



Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada ketika isteri melalui proses kesuburan iaitu pada hari yang ke-13 atau ke-14 selepas hari pertama haid. Pada masa ini, pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.



Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam vagina boleh diubah kepada keadaan sedikit beralkali, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Justeru, dalam hal ini, Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus. Kaedah ‘douching’ ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam vagina dan kemudian cecair khas dipancutkan kedalamnya.



Manakala bagi mendapatkan anak perempuan, pasangan dinasihatkan agar melakukan persetubuhan 24 jam sebelum pengeluaran telur iaitu pada hari ke-11 atau ke-12. Pasangan dinasihatkan tidak melakukan persetubuhan empat atau lima hari selepas persetubuhan pertama berlangsung. Selain itu, kaedah ‘douching’ boleh digunakan dengan menggunakan cecair yang mengandungi sedikit asid seperti ‘Lactacyd’ setengah jam sebelum melakukan persetubuhan.



Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa, seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, juga mendapati sekiranya pasangan berkehendakkan anak lelaki, ibu disyorkan supaya mengambil makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan makanan yang bergaram.



Manakala bagi mendapatkan anak perempuan pula, pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan makanan berasaskan susu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.



Dalam erti kata lain, makanan yang banyak kalsium menggalakkan kemungkinan untuk mendapat anak perempuan dan amalan pemakanan sebaliknya iaitu lebih sodium (garam) daripada kalsium, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki.



Menurut kajian, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut kaedah ini memiliki peluang memiliki anak dengan jantina pilihan di antara 75 hingga 80 peratus tetapi hasil akan menurun 55 hingga 65 peratus jika pengambilan makanan yang disyorkan ini tidak dipatuhi.



Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan menerusi tahap kepuasan isteri ketika melakukan persetubuhan iaitu ketika isteri mendapat kepuasan yang tinggi, cecair beralkali akan dikeluarkan seterusnya merangsang pergerakanan benih Y suami yang berupaya menghasilkan anak lelaki. Manakala proses sebaliknya pula bagi mendapatkan anak perempuan kerana dalam keadaan tersebut, cecair berasid yang merangsang pergerakan benih X akan dikeluarkan.



Selain daripada kaedah-kaedah yang disebutkan di atas, menerusi jaringan teknologi moden kini, penentuan jantina anak juga dapat dilakukan menerusi suatu kaedah yang dipanggil ‘chromatography’. Kaedah yang telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat ini menggunakan kaedah pemisahan benih X dan Y.



Menerusi kaedah ini, benih lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian benih itu menjalani satu proses pemisahan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur.



Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk memisahkan benih Y dan X ini dan antaranya adalah Kaedah Ericson yang menggunakan albumin di dalam prosesnya. Walaubagaimanapun, cara ini tidak menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.



Alternatif lain untuk mendapatkan jantina pilihan adalah suatu kaedah yang ditemui dalam kajian ahli biologi Perancis, Patrick Schoun. Kaedah yang dinamakan Choice ini menggunakan Kitaran Polariti, iaitu suatu kaedah semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.



Kaedah ini memegang teori bahawa kitaran polariti dipengaruhi oleh suatu faktor yang disebut sebagai ‘faktor ionik’ dan dapat diramal seperti juga kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Semasa kitaran polariti berlaku, faktor ionik ini akan menghasilkan caj pada membran ovum (telur) dan sperma. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan menyuburkannya.



Justeru, apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan menghasilkan bayi lelaki.



Teknik yang telah dibawa ke Malaysia sejak 2001 ini mendapati terdapat kira-kira 70 hari dalam setahun untuk setiap polariti. Ini bermakna setiap pasangan suami isteri mempunyai kira-kira 70 hari dalam setahun untuk mendapat anak lelaki dan 70 hari lagi untuk mendapat anak perempuan. Manakala 200 hari lagi memberikan peluang sama rata untuk mendapat jantina anak yang diingini.



Berbanding kaedah-kaedah lain yang dinyatakan, kaedah ini terbukti 98.7 peratus berkesan menerusi ujian klinikal yang telah dijalankan.



Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi membantu pasangan memiliki anak dengan anak pilihan, Allah s.w.t. jualah yang menentukan ‘biru’ atau ‘merah jambu’ yang dimiliki kelak. Apa yang penting, anak yang dilahirkan sihat dan cukup sifatnya walaupun bukan jantina yang dihajati.





-anak itu anugerah dari NYA-


Sabtu ni, saye dengan kawan kawan saye mau turun ipoh..ande mau ikut??Kami sumer nak pergi umah cikgu2 kami time kami mude2 kat zaman sekolah menengah dulu...Nak kate sekolah menengah, tak jugak, sebab,sekolah tu da jadi macam rumah kami da.Cikgu2 kat situ pulakdahjadi mak and bapak no 2 kitorang..tu yang sayang tu huhu..


sb





Sunday, 7 February 2010

My Ignorance

Aku baru sedar betape tidak tahunye aku tentang benda benda sekeliling aku

Mag : hang tau tak beza budak bls dengan llb apa??

Aku : budak llb hari2 pakai baju hitam putih, budak bls, pakai biase2 jerk..

Mag : tu ja hang tau??

Aku : ya la..awat??

Mag : kalau kat universiti len, depa teghuih pi buat llb, tak payah buat bls..kat uitm ja kena
buat bls 3 taun..pastu baghu boleh buat llb..

Aku : ohh..

Mag : tu pasai orang pandang budak llb uitm, sebab uitm tapih siap siap dulu..

Aku : ohhh...

So, kepada students uitm bls shah alam, especially, budak part 1, bersyukur la dapat masuk bls uitm, plus study la lek lok k..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...