Sunday 10 January 2010

Starian037 - The 7th Annivessary Gathering Part 1

sebenarnye, aku dah lame nak plan buat bende ni, atas feedback yang sangat memberangsangkan mase kite buat reunion mase berbuke puase aritu...tapi,memikirkan pade tarikh 8 jan itu, mungkin aku sibuk menguruskan kehidupan baru aku di uitm shah alam, aku melupakan hasrat itu...

aku mule berkobar kobar untuk mengadakan kembali annivessary ini tatkala aku terserempak mitchy pada hari isnin, di tangga faculty law uitm shah alam..sambil berborak panjang, sebelum kami membawa haluan masing masing, mitchy memberitahu aku 'eyh leonairats ramai dowh area2 sini..jom la lepak2 sekali..' begitulah lebih kurang kata2 yang membuatkan aku terus ingin menganjurkan annivessary leonairats...

langkah pertama, aku terus menghebahkan invitation di laman web sosial mukabuku...tapi, tanggungjawab menghebahkan invitation kali ini agak sukar memandangkan kolej kediaman jati tidak disediakan perkhidmatan internet tanpa wayar..aku juga meggunakan sms sebagai cara untuk menjemput rakan rakan starian037...

petang khamis itu, hizamy telah menumpangkan aku ke kedai kek bakery cottage di seksyen 18 berdekatan dengan pusat membeli belah ole ole. pade mulenye aku ingin menempah pulut kuning, tapi,atas faktor kewangan, aku menggantikan pulut kuning dengan kek saje lah...semase menempah kek, terpancar sinar kekaguman dan ketidaksangkaan kakak kek yang aku tempah itu kerana terkasima dengan usia persahabatan batch kite...7 tahun... aku dan hizamy berase sangat bangga...haha
selepas itu,kami bertolak pulang ke hostel masing2 menukar baju kerane ingin ke mid valley untuk menempah kedai makan...sesampai di mid valley, kami terus ke the chicken rice shop yang mane tempat kite pernah buat reunion bukak puase ramai ramai dahulu...aku ingin melakukan bende yang sama kali ini.menempah tempat di kedai tersebut kerane dari feedback yang ku terime, kari ayam die memang sedap giler..malang sekali, akak manager yang bernama diana itu tidak lagi bekerja di situ.digantikan dengan akak manager baru.pengkid aku kire..haha.dia telah tidak membenarkan aku untuk menempah.aku kecewa.down...aku faham,mungkin die taknak tempahan aku nanti menyesakkan kedai die dan mungkin die pikir aku main2..tapi,kalau ada kak diana tu, aku kira beliau membenarkan saje aku untuk menempah tempat makan untuk 30 orang kerana beliau sendiri telah menyaksikan betapa meriahnye kite time bukak puase aritu..huhuhu

jadi, dalam kepale otak aku time tu, ade satu restoran saje untuk menggantikan the chicken rice shop, iaitu restoran rasamas..jadi, aku bergegas ke situ dalam limpahan manusia yang berada di midvalley ketika itu..aku dan hizamy terus menyatakan hasrat kami untuk menempah tempat makan untuk 30 orang...kakak manager bersetuju..aku lega...setelah perbincangan menu dan harga dilakukan, rm150 aku hulurkan sebagai deposit...

selesai sudah...aku dan hizamy bergegas ke mcd yang berade disebelah rasamas itu untuk makan.semase nak keluar dari tempat parking, aku terhilangkan resit parking.aku rasa, aku telah buang resit itu kerana aku kira,itu resit yang tiada guna.haha.malang untuk aku,aku terpaksa membayar rm 10 untuk menggantikan resit yang hilang..aduh...

kami pulang ke shah alam dengan hati yang senang..semua sudah disediakan..hanya menunggu kedatangan leonairats sahaja..huhu



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...