Tuesday 24 April 2012

Tepek Pisang

Haritu tengok rancangan Sarapan kat TV3. Host dia dengan Bront Palarae pergi dusun sorang wak ni kat Banting. Lepas tu, adalah sesi memasak tepek pisang lepas penat bagi makan kat kambing. Masa tu, mengidam la pulak nak makan tepek pisang ni. Dulu-dulu opah aku selalu buat benda ni.

Nak buat dia senang je. Ambil tepung, ambil pisang, ambil gula sikit kelapa parut dengan garam.

Mula-mula, lenyekkan pisang sampai hancur.

Lepas tu, letak tepung. Gaul dengan gula. Gula sikit je. Jangan banyak sangat,sebab pisang tu pun dah manis.

Lepas tu, ambil kelapa parut, gaulkan dengan garam.

Lepas tu, ambil pisang yang dah digaul dengan tepung dengan gula tu, lepas tu tepek atas daun pisang yang dah siap potong empat segi tepat, mengikut saiz tepek.
(Yang besen pink tu, kelapa parut, yang besen biru, pisang yang kena lenyek, yang hijau tu, daun pisang, yang putih tu kelapa yang letak atas pisang)

Lepas tu, letak kelapa parut atas sebatian pisang tu, lepas tu, lipat, lepas tu, letak atas kuali.

Tunggu sampai masak.

Tadaa!!!





(Beria buat tepek pisang, padehal project paper, presentation international law, test insurance semua tak habis cover lagi)

Sunday 22 April 2012

Sejarah Dan Karoke


Penyampaian perasaan melalui muzik dan nyanyian merupakan salah satu cara komunikasi manusia sejak zaman purba. Tidak kira bagaimana zaman berubah, muzik dan nyanyian tidak dapat digantikan oleh cara lain.

Sejarah Karaoke bermula di Jepun sejak tahun 80an, nyanyian muzik dengan peralatan audio dan TV dikenali sebagai “Karaoke”. Demam fenomena nyanyian ini bertahan sehingga hari ini tanpa sebarang tanda pudar popularitinya.

Selama ini, Karaoke telah digunakan dengan bejayanya di kelab-kelab, majlis-majlis sosial, acara korporat, dan mahupun di rumah.

Bagi kebanyakan orang, menyanyi adalah salah satu cara melepaskan tekanan kerja dan menyampaikan perasaan, samada rasa bosan, marah, mahupun cinta. Selain daripada itu, nyanyian juga mewujudkan peluang untuk perjumpaan sosial yang sihat di kalangan kawan karib.

Karaoke telah melanda dengan pantas berikutan dengan kos yang mahal untuk kugiran berkumpulan (“live band”), terutamanya di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Kos yang lebih murah, sistem yang tersedia dan lagu boleh dipilih secara sukahati telah menyebabkan Karaoke makin mengantikan “live band”. Bagaimanapun, konsep penyanyi band kugiran masih tidak terikut sehingga tahun 90an, dan dengan bahagian pemasaran yang terhad kepada golongan tertentu sahaja.


Sumber

Saturday 14 April 2012

Di Belakang Tembok Itu

Manusia memang tak lari daripada buat silap. Bezanya, kecil atau besar sahaja. Setiap kesalahan, mesti dibalas dengan hukuman. Mungkin ada yang bersyukur terlepas hukuman walaupun melakukan kesilapan. Tapi mesti ingat, kadang-kadang hukuman mengajar kita menjadi lebih baik. Dan tak hanyut daripada terus melakukan kesilapan. Tapi, kadang-kadang, kita dipulaukan sebab melakukan kesilapan. Oh, betapa silapnya orang yang melakukan pemulauan itu.

Amendelah aku mengarut ni. Haha. Aku sebenarnya baru balik dari Sekolah Henry Gurney. Itu sebab macam begitu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...