Tuesday, 31 January 2012
Latihan Industri Hari Pertama
Hari ni first day praktikal. Bolehlah. Not bad. Aku buat praktikal dekat legal firm in Senawang, Negeri Sembilan. Mula-mula aku sampai serius blur gila. Aku takde kerje. Jadi hiasan percuma je dekat firm tu. Masa tu tension gila sebab akak-akak kerani tu tak tegur aku pun. Aku pulak tak tahu nak approach akak kerani tu macam mana. Akak-akak kerani tu ada 6 orang semuanya dan semuanya perempuan. Akak sekarang ni ada jugak yang lelaki tau. Haha. Tapi, dalam pukul 1130, which means setelah satu jam lebih aku jadi hiasan kat situ, lawyer yang aku deal nak buat attachment sampai. Nasi baik dia bagi kerja kat aku untuk buat surat dengan buat summary of a contract agreement. Tapi aku Berjaya buat surat je. Yang summary tu sepatah haram aku tak tahu nak buat macam mana. Jenuh aku baca agreement tu. Tapi aku still tak tahu nak summarisekan macam mana.
Lepas tu, before lunch hour, ada akak lawyer bagi aku satu lagi task. Aku kena draft an afreement for purchase and sale of a business. Hah??!! Aku tak pernah belajar semau benda tu. Aku blank. Tapi akak tu bagi list apa yang kena ada dalam agreement for purchase and sale of a business. List jelah. Bukan contoh sebenar. Dia bagi list dengan salinan IC buyer and seller, dengan salinan registration of SSM of the company yang menjadi subject matter dalam agreement tu. Argh!! Aku blur lagi. Bila aku tanya akak lawyer tu, dia suruh buat je. Just try. Kalau salah takpe.
So, aku bedal jelah. Lama gila aku buat. Daripada pukul 1245 sampai pukul 3 setengah. Tapi ada lunch hour lah. Aku ni takdelah sampai pelajar praktikal yang begitu mithali sampai tak pergi lunch time lunch hour.
Ha, sebut pasal luch hour ni, aku pergi lunch sorang-sorang dekat kedai bawah firm tu sebab akak-akak kerani tu semua bawak bekal.. Jimat betul. Diorang just lepak dekat firm, makan sambil bergosip. Yes!! Gosip!! Seriusly!! Haha. Semua perempuan kan.. Perempuan yang kat luar sana jangan marah.. Haha.
Lepas habis aku draft agreement tu, aku submit dekat akak lawyer tu. Aku tahu, agreement yang aku draft tu salah. Sebab aku memang tak tahu nak buat. Aku bedal je. Hehe. Lepas tu, aku kena susun fail transfer of land and properties. Itulah kali pertamanya aku tengok macam mana nak gunakan Form 14 A depan mata aku. Haha.
Lepas tu, balik. Aku balik lambat hari ni. Feeling-feeling buat OT konon nak dapat gaji lebih. Tolonglah. Haha. Elaun pun tak tentu dapat berangan nak dapat OT.
Harini, sementara aku kat firm tu,dapat jugaklah tengok macam mana application of law in real life. Ada client yang datang dari bank. Ada client yang datang tu pak cik dengan mak cik, sebab nak buat charge untuk dapatkan loan bank untuk anak dia. Ada client yang datang tapi sesat sebab tersalah firm pun ada. Haha.
Well, overall, it is a good experience. Cuma aku je kena banyak bercakap dengan akak-akak kerani tu. Tapi aku takde modal nak cakap dengan diorang.. Korang ada idea tak macam mana nak borak dengan akak-akak kerani ni? Ce bagitau sikit. Huhu
Saturday, 28 January 2012
Fesyen Bahana Dan Becana
Amaran: Post ini tiada gambar dan ianya menuntut pembaca untuk berimajinisasi dengan baik.
Mesti anda selalu terserempak dengan fesyen-fesyen yang bencana lagi menyakitkan mata kan? Aku ni bukanlah pandai nak berhias dan berfesyen dan memang lulus je kalau nak masuk program Tangkap Muat yang pengacara dia Sarimah Ibrahim itu. Tapi, as a reasonable man, aku tahu yang mana fashion yang ok dan yang bencana.
Salah satu fesyen bencana ialah mamat yang suka sangat pakai baju kolar, lepas tu dekat hujung, lipat sikit bagi melengkung ala-ala kolar Draculla or baju Viktor, ketua pontianak dalam cerita Underworld tu lepas tu lengan bagi lipat sikit, lepas tu rambut kat tepi tu bagi shave habis bajet Noh Hujan. Anda boleh bayangkan? Sure boleh punya. Fesyen bencana ini selalunya boleh didapati di pasar malam dan pasar tani.
Yang kedua, fesyen K Pop yang konon trendy tapi sebenarnya lebih kepada tahi lembu. Kadang-kadang bukan semua orang sesuai nak dress up perasan Korea ni. Aku bukanlah seorang yang memandang rendah terhadap orang yang berkulit gelap. Aku ni bukanlah cerah mana pun. Tapi, untuk yang mana tona dia tak cerah, tolonglah jangan jadi K Pop. Buruk.
Ketiga, tudung. Tudung sekarang ni kadang-kadang nonsense. Mengarut!! Setahu aku, tudung ni, kalau nak lepas hukum, kena menutup dada. Tak kisahlah shawl ke, kain alas meja ke, kain selimut ke, kalau pakai lepas takat dada, barulah menutup aurat dengan sempurna. Tak kisahlah nak nak buat tudung nasi lemak bungkus ke, hantu bungkus ke, janji tak ketat dan menutup dada. Kadang-kadang tu, tudung takat had boleh jerut tengkuk je. Lepas tu pakej lengkap dengan baju kolar terbongkang luas yang menampakkan Gunung Fuji. Entah hape entah.
Keempat, seluar jeans yang fancy-fancy. Pada aku, jeans ni, kena pakai konsep less is more. Tak payah nak letak blink-blink, tak payah nak bleach over-over, and tak payah nak rabakkan jeans tu merata alam sampai nampak boxer.
Anda-anda semua pembaca budiman mesti ada jugak pengalaman berjumpa dengan mangsa fesyen dan palesit-palesit yang suka menggayakan fesyen yang durjana kan? Apa kata kita berkongsi sama? Haha
Sunday, 22 January 2012
Sunshine Outside, Raining Inside
Bila semua orang
yang dekat dengan kita macam bagi isyarat yang dia suka dekat kita, kita rasa
dia tu is kita punya mr perfect/ misses perfect untuk kita. Si dia pun macam
bagi signal yang dia dapat terima diri kita. Tapi tiba-tiba dia pergi cari
orang lain. Bukan sekali, tapi tiga. Yang itu di depan mata kita, yang di belakang
kita siapa tahu.
Mungkin diri
kita yang bagi harapan palsu dekat diri sendiri. Syok sendiri padehal side yang
sebelah sana tak pandang pun siapa kita ni. Tapi takpelah, diri kita dengan dia
bukan ada apa-apa pun. Mungkin sebelum ni, diri kita pernah lakukan benda yang
sama. Mungkin inilah kata orang hukum karma. Mungkin orang sebelum ni yang kita pernah hancurkan harapan
tu mengharapkan “karma will slap you before I do”. Agaknya karma memang dah
tampar diri kita kot. Huhu
But its ok.
Never mind, at least he or she has given us a good lesson about relationship. Dan
kita pun tak pernah nak membenci dia pun. Dia pun ada hak dalam hidup dia. Yet,
to accept him or her is strictly no. Because deep inside ourselves, we believe we
deserve a better person than him or her. =)
Video klip lagu dulu-dulu yang aku dengar masa time form 3. Lagu best video hampas.
Saturday, 21 January 2012
Bagaimana Anda Berbelanja Dengan Voucher Buku RM200?
Wah, sudah lama tak ku jengah lalu menulis di blog ni. Novel sungguh ayat. Mentang-mentanglah semua orang dapat voucher RM 200 hujung-hujung semester ni, semua dok borong novel kat MPH. haritu pergi MPH ramai betul umat. Aku rasa, dalam tempoh sejam aku melakukan aktiviti free reading aku kat MPH tu, adalah dalam 4 kali buku dekat rak tu jatuh kena langgar. Lepas tu semua yang beratur semua dok pakat beli novel je. Aku? Aku tak ambil lagi voucher tu dekat Pejabat Bendahari. Malas. Takut nanti terhilang. Makanya, nak ambil semester depan dengan harapan boleh beli buku-buku untuk dipakai di kelas dan juga akta-akta yang berkaitan. Akademik sangat aku ni, langsung tak bernafsu untuk beli novel-novel tu. Haha. Aku memang tak minat pun nak baca-baca novel ni.
Oklah, post ni macam konon-konon nak buat comeback la ni. Kononnya setelah lama merendamkan diri. Haha. Sekarang ni dekat kolej lagi. Sedih!! Orang lain semua dah balik. Wuuu..... Balik rumah ni, akan terus mengupdate blog ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)