Tuesday 6 July 2010

Buli


Buli buli buli. Baru baru ni, seorang pelajar dari RMC,Sg Besi mati, dipercayai atas sebab dibuli oleh 6 orang pelajar form 5. Sebagai hukuman, seorang pelajar form 5 yang dipercayai membuli,telah dibuang terus daripada maktab tersebut dan baki yang selebihnye digantung sesi persekolahan sehingga siasatan kes selesai.

Hurm, buli atau istilah lain bagi buli "ragging" ni sebenarnye dah jadi zaman zaman dulu lagi. Kalau tanye dekat budak budak yang pernah merase dok asrama ni, mende mende ragging ni biase la. Rasenye, ragging meragging, buli membuli ni bukan takat kat sekolah asrama je, tapi, aku rase, kat sekolah harian biase pon jadi jugak cume tak berape nak menyerlah la kes kes buli yang jadi kat sekolah harian biase kalau nak comparekan ngan sekolah asrama. so, memang tak mengejutkan la kalau asal orang cakap pasal buli je, mesti kaitkan dengan sekolah asrama. prejudis betul orang malaysia ni.haha

Post blog kali ni, aku tujukan terutamenye yang rase diorang ade potensi kene buli dengan sape sape kat sekolah diorang. dan sebelum aku tulis lagi panjang, aku nak cakap, aku bukan menggalakkan aktiviti ragging ni.

okayh, sebagai seorang yang mempunyai pengalaman tinggal di asrama selame 5 tahun dekat asrama yang mane semue yang belajar dekat situ semuanye mempunyai halkum di tengkuk, so, possibility untuk aku menghadapi pelbagai aktiviti buli sangat lah tinggi. tapi, syukur alhamdulillah, aku tak pernah la kene buli, kalau pernah pon, buli secare tak langsung yang dapat aku handle dengan baik.ahahaha. malah, sepanjang 5 tahun, aku sangat bahagia dan bahagia dan bahagia berade di asrama.

Kalau diperhatikan betul betul, sepanjang pemerhatian aku, orang orang yang selalu kene buli ni,diorang ade common charactersitics yang diorang ade dalam diri diorang yang menyebabkan bukan setakat senior bahkan kawan kawan sendiri pon buli jugak orang ni. So, sape sape yang tak nak kene buli ni, sile la ikut petue petue tinggal di asrama tanpa kene buli, malah anda akan sangat bahagie tinggal di asrama.haha

First, buang buang la perangai anti sosial tu. Ha...dengan kate lain, tak payah la jadi kere sumbang kat sekolah tu. Cari la seramai kawan yang boleh dan jadi la seorang yang peramah. Kalau member mintak tolong, jangan la buat bodo jerk. Kalau locker ade banyak ration, kongsi kongsi la dengan orang lain. Duduk asrama ni kene la selalu tolong menolong. Baru la ade orang nak kawan. Selalunye, orang orang yang anti sosial ni suke buat perangai pelik pelik. Tu pasal la orang orang sekeliling die suke buli die. Plus, kalau dah anti sosial, mesti la lonely kan. So, lagi senang la orang nak buli.

Then, jangan la jadi over sensitive sangat atau dalam erti kate lain cepat bebenor terase.. kadang-kadang, orang-orang yang kene buli ni, sebenarnye diorang takkan kene buli kalau diorang tak sensitive sangat. Meh aku bagi clear picture sikit la eah. ok, ok, budak budak asrama ni memang suke mengusik dan bergurau sende. Kadang-kadang usikan dan gurauan tu di salah anggap oleh orang yang ingat die kene buli ni. macam contoh, si A ni saje la kutuk kutuk si T ni. Si T ni nak terase lebih lebih pulak. So, si T tak puas ati ngan si A ni, die marah marah la kat si A. Si A ni pulak macam pengaruh die kuat sikit la dari si T ni. Then, si A ni mesti la balas balik kan. Si A ni nak joking2 jerk tapi si T ni terase lebih lebih plak. Dah A ni ade macam pengaruh kuat sikit, mesti la die panggil geng geng die sekali pressure si T ni. Ha..lame lame si T ni asyik kene pressure jer. Sampai kadang kadang bawak ke aksi tumbuk menumbuk, tendang menendang. Then, let say la si T ni nak kate lembik tu takde la tapi memang die tak tau nak bergaduh secare fizikal, tibe tibe die nak gi pukul si A ni,ha memang teruk la si T ni kene ngan si A. Ha, so, jadi la kes buli ni...

Selain itu, untuk mengelakkan anda menjadi mangse buli, mase mule mule masuk tu, tak payah la nak mencapab senior sangat. Biase biase sudah.. nanti, mule mule time ko capab,senior tu ok la. Tapi, kalau dah lame lame, senior tu meluat. Then, ko jugak jadi mangse.

Di samping itu juge ye, berkelakuan la dengan penuh tertib dan sopan santun. Ade setengah setengah bebudak ni, jenis yang kuang hajor. budget bagus. jangan kate senior, member sendiri pon meluat. kalau die dah buat kuang ajar ngan senior ni, memang kene panggil la settle dengan senior. Senior ni terase tercabar la kan bile junior buat kurang ajar. So, senior ni memang bancuh la junior ni. Tu yang kadang kadang kene bancuh sampai mati tu. Hormat cikgu cikgu ngan member jugak. Kalau kantoi ko kuang ajar ngan cikgu, nak nak pulak cikgu tu cikgu faveret, memang nahas la ko. Bukan takat cikgu cikgu,senior or member member sendiri yang kene respect, tapi, makcik n pakcik cleaner, tukang kebun, kerani sekolah, office boy sekolah, makcik library, driver or pilot sekolah, makcik kantin, abang kantin, pakcik kantin, abang ngan akak dining pon kene hormat jugak. Selagi diorang tak buat bende bende tak elok kat ko, selagi tu la kene hormat. jangan ingat da masuk sekolah asrama tu da bagus and sempurne habis.

jangan jadi pencuri or mat lanjun. Kalau kantoi ko melanjun, memang kalau ko mati kene belasah pon orang tak kisah.

Hurm,lastly and the most crucial, jadi la seorang yang taat kepade agame. Kalau orang orang kat sekolah tu nampak ko ni kaki surau, suke bace al-Quran sumer, insyaALLAH ko akan terhindar daripade kene buli.

ok la sekian saje la post kali ini.terime kaseh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...