Thursday, 14 January 2010

nasihat ikhlas untuk aku

hari ini, for the first time, aku masuk lecture tort..name lecturer aku madam nora j..bukan nora jones tapi noraziah jabar...sangat bes dan pade aku ini la lecturer yg sepatutnye mengajar kat universiti...

a brief intro about her...die best..tak cerewet...carring...i think so...kelakar...aku insaf la juga mase die bagi speech dekat kitorang tadi...

actually, for those yang amik bachelor in legal studies ni, tak payah la nak expact yang korang akan memandu sebuah bmw325i sport series or skyline ke, evo ke or anything yang boleh show off betape banyak nyer duit korang..sebab first2 bile korang practice as a legal practicioner, gaji korang memang lebih kurang rm3000 je currently..tapi kalau korang betul2 usehe, memang cepat la korang boleh naik...perhaps in 10 years, korang da ade firm sendiri...and the most important is, korang sebagai orang yang mempunyai legal background, patutnye membantu negare kite yang mane rakyat2 masih macam takde kesedaran tentang isu perundangan...semue orang tahu undang undang tu penting kan tapi tak tahu mcm mane nak menggunekan undang undang dengan betull...
plus, die bagitau, majistret kelantan, aku tak tau la die confess ke tak tapi die disyaki menerime bribes yang berjumlah 8000. dalam die punye pengadilan, die bagitau, die terpakse terime sebab gaji majistret just rm2000 something...dengan keadaan sekarang ni, 2k memang sangat la tak cukup...but,the best thing pasal case die ni, atleast, aku rase, maybe, nanti gaji majistret and seangkatan dengannye akan dinaikkan..huhu

urm, lagi satu, hari ini baru aku sedar betape tak bersyukur nye aku kat nikmat tuhan...ntah kenape, mase aku betul2 keluar dari bus rapid kat depan bus stop jati tu, aku terpikir, macam mane la budak budak kat palestin, iraq or anywhere else yang tengah ade conflict skang ni, pergi sekolah..silap2 aribulan, balik2 sekolah je kene tembak...uish...so, aku just syukur je la..tak kisah la kene berebut rebut pastu berhimpit himpit mcm lembu yang kene sorok dalam iswara tu, atleast aku sampai gak kat faculty dengan selamat...

berbalik kat madam nora j tu, die tak kisah pasal attendance..sebab, students da besar..you attend the lecture, you will get a good result, if you tak datang, memang you tak boleh nak jawab final punyer..aku suke macam ni...kite dah besar kan..boleh beze mane elok mane tak.so, tak payah la nak pakse2 or nak ugut2 student kalau tak datang lecturer..tapi,auditorium kat cempake tu,pintu belakang kunci..so,for the late comers tu,memang mengganggu orang nak study la...

whatever it is...from today onwards aku dah tak boleh men2 lagi...memang dah takde life sangat lepas nii...that is the price to be a successful law student...just admit it...tapi takde la terus jadi psycho and tak reti bergaul ngan orang sebab amik law...

huhu

Sunday, 10 January 2010

Starian037 - The 7th Annivessary Gathering Part 2

pagi sabtu itu, aku bangun pagi kerana ada taklimat kesatria.selesai taklimat yang agak lahanat itu, aku bergegas mencari jalan pulang ditemani abbad.kami singgah sebentar untuk membeli air tebu di dataran cendakia. aku terserempak mag, bersama pacarnya yang aku tidak tahu nama tetapi tinggal di subang jaya, adib dan apan..aku sempat mengingatkan mag untuk turun midvalley petang ini..aku ingin bersembang lama dan bermesra2 dengan kawan kawan baru iaitu kawan kawan mag juga tapi aku segan dan malu.mungkin kerana itu, mag asyik complaint aku sangat sombong dan kerek tapi sebenarnya tidak sama sekali...

aku dan abbad bergerak menunggu bas di stesen bus mawar..hah..lega, ada bus uitm..selamat duit seringgit aku.pulang di kolej jati, aku bingkas bersiap untuk ke midvalley..hizamy,sekali lagi telah bermurah hati untuk menumpangkan aku untuk menaiki motor lagenda oren beliau.haha.kalau takde beliau,alamat naik bus rapid pg amik kek.bawak naik ktm ngan kek kek sekali.tak dapat ku bayangkan..haha

kami sampai di baker cottage pada pukul 3 petang.seperti biasa, brader tu dah tau dah aku nak amik kek.tanpa membuang masa beliau menghulurkan fail reservation untuk aku tandatangani.hizamy telah meletakkan kek tersebut dengan jaring yang tersedia di motor beliau supaya senang bila mahu merempit di federal highway nanti, tidak melayang kek itu sehingga terslepek di atas cermin kereta atau di atas jalan..

jalan agak jam, tapi hizamy mencelah dengan jayanya.kami sampai sekitar pukul 345...aku terus ke rasamas untuk menyimpan kek di situ supaya tidak cair..lagipun,takkan aku nak menjinjing kek itu ke hulu ke hilir dalam mid valley yang sesak seperti di dalam adegan 2012 tatkala manusia berebut2 untuk menaiki kapal untuk menyelamatkan diri...huhu

setelah itu, aku cuba mendail nombor2 setiap ahli2 leonairats untuk mengconfirmkan kedatangan mereka.aku cuba mencari starian037 yang sudah sampai di midvalley tetapi aku dan hizamy terlalu penat dan dahaga lantas terus ke foodcourt untuk minum sebentar...

aku dan hizamy nampak aizat,mag dan mago sedang berkeliaran di centre court..aku kira, tidak perlu ikut mereka sekali kerana mereka semua mahu membeli belah.huhu.aku dan hizamy bergegas mencari nasier dan supex, namun tak jumpa2..tiba2 palo menelefon aku mengatakan beliau sudah sampai ditemani ayap dari ukm.aku dan hizamy bersetuju untuk mengikut mereka.sampai di dalam jj, kami telah terserempak dengan mag,aizat dan mago yang mungkin ingin membeli baju di situ..mag memang tak boleh bla...jumpa2 sahaja, terus dikutuknya ayap..mag2..hahaha..alah kutuk2 mesra..hahaha

aku,hizamy,palo dan ayap pergi ke mph untuk meninjau buku buku yang menarik sambil berborak diiringi tawa..di mph,kami berjumpa dengan supex yang tidak lagi kedengaran bunyi seretan kasut nya dan juga nasier..

beberapa jam selepas itu, aku palo hizamy dan ayap ke surau the garden untuk sembahyang asar..disitu, kami dihidangkan dengan lagu fantasia bulan madu yang dinyanyikan oleh seorang perempuan yang datang dari telefon pak guard aku rasa yang sedang bersembahnyang.haha

selesai sembahyang, kami terus ke foodcourt yang agak buruk itu untuk minum sebentar.di situ,kami berbual dengan rancak seklai..sungguh penat menahan hilai dan tawa tatkala bercerita kisah lama kami bersama guru kelas kami yang mempunyai vokal mantap dan macam macam lagi.kami juga sempat membuat andaian apa yang akan terjadi tatkala kami sudah tua kelak.mungkinkah kami akan membuat gathering reunion lagi??ketika itu, mungin kami sudah berpenyakit..menu reunion pon semuanya mestilah kurang garam dan kurang gula.ataupun, mungin ketika itu, terdengar dialog seperti ini,'weyh,pau sikit ubat darah tinggi ko.aku lupe bawak aku punye'...mungkin..tetapi semoga leonairats sihat sihat lah hendaknya...

semasa rancak bergelak tawa, tiba2 di skrin telefon aku, tertera 'unknown' is calling...bingung aku jadinya.tidak pernah pula aku savekan nama unknown di dalam contact list aku..aku fikir handphone aku sudah mereng kerana terlalu banyak sms dan kol yang diterima.tetapi bukan kerana handphone aku yang sewel tetapi yang menelefon aku itu adalah muz...dia pakai nombor united kingdom.itu fasal keluar unknown..aku sangat terharu kerana dia menelefon aku semata2 ingin mengetahui tentang adakah reunion berjalan dengan lancar...tiba tiba sahaja aku terindu sama dia..haha.dia juga sempat mengirimkan salam kepada semua leonairats..huhu...

aku mula sedar,kedatangan leonairats agak sedikit.aku sudah booking 30 tempat tetapi aku tak rasa yang datang itu sampai 30 orang.jadi aku bergegas ke rasamas untuk mengurangkan bilangan tempahan daripada 30 org ke 24 orang..

selepas itu,kami ke surau midvalley yang penuh dengan orang untuk bersembahyang mghrib.masih berbual rancak di situ..haha

selesai bersembahyang, terus sahaja kami ke tempat berlangsungnya majlis annivessary leonairats itu...ramai juga yang datang.antaranya :

1. aku
2. hizamy
3. palo
4. ayap
5. nuex
6. brad
7. scay
8. ijat
9. mag
10.aizat
11.izzee
12.berque
13.nasier
14.supex
15.yun
16.ossay
17.pakan
18.amir
19.palam
20.agil
21.amoi
22.mago

makanan semua cukup..kami telah makan dengan lahap sekali.riuh rendah jadinya kedai itu..orang sekeliling memandang kami sambil tersenyum..kami tidak mempedulikan mereka.ini hari kami.so,just enjoy your sweet moment together.huhu

selepas penat makan, sampai dah tak larat makan, aku meminta kakak manager untuk mengeluarkan kek annivessary kami..haha...scay telah memotong kek itu sempena hari jadi nya..aku tidak pasti ya ka tidak janji meriah.haha.

saat bayar..satu pale dikehendaki membayar rm 11...murah la tu kan...dinner plate kat kfc pon mahal lagi kot..huhu..

selesai sudah makan makan di rasamas..kami mengambil jalan pulang masing2..terpancar kegembiraan di setiap muka muka leonairats..haha.aku lega dan puas kerana satu lagi majlis gathering kecil kecilan berjaya dilakukan..

aku dan hizamy meredah highway dalam hujan lebat untuk pulang ke shah alam..even kasut aku bertakung air tapi best.haha..memang basah la..thanks la zamy bawak aku..haha

terima kasih kepada yang datang. sori kalau ade yang terkurang.yang tak boleh datang,its ok.aku paham...and jangan down..banyak lagi reunion leonairats lepas ni..huhu


Starian037 - The 7th Annivessary Gathering Part 1

sebenarnye, aku dah lame nak plan buat bende ni, atas feedback yang sangat memberangsangkan mase kite buat reunion mase berbuke puase aritu...tapi,memikirkan pade tarikh 8 jan itu, mungkin aku sibuk menguruskan kehidupan baru aku di uitm shah alam, aku melupakan hasrat itu...

aku mule berkobar kobar untuk mengadakan kembali annivessary ini tatkala aku terserempak mitchy pada hari isnin, di tangga faculty law uitm shah alam..sambil berborak panjang, sebelum kami membawa haluan masing masing, mitchy memberitahu aku 'eyh leonairats ramai dowh area2 sini..jom la lepak2 sekali..' begitulah lebih kurang kata2 yang membuatkan aku terus ingin menganjurkan annivessary leonairats...

langkah pertama, aku terus menghebahkan invitation di laman web sosial mukabuku...tapi, tanggungjawab menghebahkan invitation kali ini agak sukar memandangkan kolej kediaman jati tidak disediakan perkhidmatan internet tanpa wayar..aku juga meggunakan sms sebagai cara untuk menjemput rakan rakan starian037...

petang khamis itu, hizamy telah menumpangkan aku ke kedai kek bakery cottage di seksyen 18 berdekatan dengan pusat membeli belah ole ole. pade mulenye aku ingin menempah pulut kuning, tapi,atas faktor kewangan, aku menggantikan pulut kuning dengan kek saje lah...semase menempah kek, terpancar sinar kekaguman dan ketidaksangkaan kakak kek yang aku tempah itu kerana terkasima dengan usia persahabatan batch kite...7 tahun... aku dan hizamy berase sangat bangga...haha
selepas itu,kami bertolak pulang ke hostel masing2 menukar baju kerane ingin ke mid valley untuk menempah kedai makan...sesampai di mid valley, kami terus ke the chicken rice shop yang mane tempat kite pernah buat reunion bukak puase ramai ramai dahulu...aku ingin melakukan bende yang sama kali ini.menempah tempat di kedai tersebut kerane dari feedback yang ku terime, kari ayam die memang sedap giler..malang sekali, akak manager yang bernama diana itu tidak lagi bekerja di situ.digantikan dengan akak manager baru.pengkid aku kire..haha.dia telah tidak membenarkan aku untuk menempah.aku kecewa.down...aku faham,mungkin die taknak tempahan aku nanti menyesakkan kedai die dan mungkin die pikir aku main2..tapi,kalau ada kak diana tu, aku kira beliau membenarkan saje aku untuk menempah tempat makan untuk 30 orang kerana beliau sendiri telah menyaksikan betapa meriahnye kite time bukak puase aritu..huhuhu

jadi, dalam kepale otak aku time tu, ade satu restoran saje untuk menggantikan the chicken rice shop, iaitu restoran rasamas..jadi, aku bergegas ke situ dalam limpahan manusia yang berada di midvalley ketika itu..aku dan hizamy terus menyatakan hasrat kami untuk menempah tempat makan untuk 30 orang...kakak manager bersetuju..aku lega...setelah perbincangan menu dan harga dilakukan, rm150 aku hulurkan sebagai deposit...

selesai sudah...aku dan hizamy bergegas ke mcd yang berade disebelah rasamas itu untuk makan.semase nak keluar dari tempat parking, aku terhilangkan resit parking.aku rasa, aku telah buang resit itu kerana aku kira,itu resit yang tiada guna.haha.malang untuk aku,aku terpaksa membayar rm 10 untuk menggantikan resit yang hilang..aduh...

kami pulang ke shah alam dengan hati yang senang..semua sudah disediakan..hanya menunggu kedatangan leonairats sahaja..huhu



Tuesday, 5 January 2010

PERNIM


Ni la die pengasas PERNIM..



Susah betul nak update blog sekarang ni..takde mase..huhu

Anyway,sekarang ni aku nak citer sal PERNIM..tak sure la PERNIM ni shortform untuk ape tapi PERNIM ni kire tempat budak budak yang either parent dorang ade hiv or dorang sendiri ade hiv or both parent and dorang sekali ade hiv..penaung die hajjah norlina...

aku memang salute la kat hajjah ni...ye la...even tengah zaman2 perdane menteri pun pakai facebook ni, but still hiv stigma among malaysian citizen still tinggi...yela kalau tau jer orang tu ade hiv, mesti ramai yang menjauhkan diri..apetah lagi nak bele or tinggal serumah siap jadi anak angkat lagi kan?

aku dapat tau pasal pernim ni kat tv1.tak ingat pulak rancangan per, tapi tiap hari isnin pukul 1030 pagi..tak silap aku jelalajah kasih kot..something yang macam tu la..antare program tv favorite mak aku..haha

rancangan tu tunjuk la life each of all the children yang tinggal kat PERNIM tu..pastu,setiap setiap budak2 tu pergi balik jumpe diorang punyer family..mane yang parent diorang yang dah meninggal tu, diorang mcm pergi kubur then bace yaasin sume lah...

ade setengah tu,diorang ade mak sedare sume..aku tengok family mak sedare budak tu takde la susah sangat..aku rase boleh jerk die nak tampung anak anak kakak die yang dah meninggal sebab hiv..tapi, masalah orang lain kite tak tau kan..maybe diorang ade sebab kenape tak nak jage 4 orang beradik yang dah kehilangan mak sebab hiv and bapak doirang lari ntah pergi mane..tapi kesian la kan...kecik2 jerk budak nyer...well, nasib baik ade pernim,so dorang duduk kat situ je la.. tu pun, anak sulung dari 4 beradik tu, lari dari pernim..menurut cerite, die tinggal dengan someone yang die pangil mama kat kl..tak tau la betul ke tak...umur baru 14 tahun..sekolah memang tak pergi la..kalau die duduk pernim,atleast sekolah hajjah norlina and suami die boleh tanggung..haish...die ingat die dah matang sangat la tu konon dah boleh decide untuk diri sendiri...hurm...sayang jerk..

well, aku just nak berkongsi sal pernim ni jerk dekat post ni..so,sekian...

Saturday, 2 January 2010

Uitm Shah Alam

waa...lame da tak post blog..
skarang,nak citer sal hidup aku kat shah alam selangor darul ehsan. jarang aku citer sal life aku kat blog ni..huhu

28hb dec 2009
aku ngan family aku pergi umah mak andah aku kat puchong perdana sebab esoknyer malas nak bangun pagi,since bapak aku aku nak reg pagi..cepat reg,cepat balik..

29hb dec 2009
aku bangun pukul 5.00.tu dia awai nak mampuih la...banyak nyamuk,so nak tidor pon tak boleh..so,aku mandi, semayang sumer pastu bekpes bihun.
pastu bertolak ke uitm shahalam..sesat banyak kali.ntah berape kali pusing ntah.haha
pastu sampai2 shah alam jerk, pak guard tu bagi tau jln salah..aku patutnye reg kat uic,tapi die tunjuk jalan pg dewan sri budiman...hokalowh...

so,pusing la satu uitm tu cari uic...sesat jugak.ntah mane ntah uic tu...actually bapak aku dah lalu dah depan uic tu 2 kali,tapi tak tau pulak uic tu uic...lagipun kat depan uic tu tulis reg tok pre doplima...bukan untuk degree..haih..

las sekali aku jugak perasan ade banner tulis uic kat situ..so,lepas 1jam lebih pg tawaf uitm tu, baru la jumper....
pastu,pg la reg..takkan dah jumpe tempat reg,pg lepak bawah pokok pulak ye dak?haha

pastu dah reg,kene pg kolej kediaman pulak.sesat lagi!!sesat jer keje nyer.haha..tapi lepas 30 minit tu,baru la jimpe..lowh..bukan jauh mane pun...so,aku pun reg la kat jati..sebilik ngan obama,jimi,nizam,zack ngan lutfi...

pas tu,arggghhh.. sebenarnye dah malas nak taip..mcm boring jerk post ni..haha.so,sampai takat ni je la dulu...nanti,kalau rajin,sambung balik...time kasih la sape yang bace tu..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...