Saturday, 23 June 2012

Jangan Merokok Yang Hambar

Semenjak dua menjak ni aku selalu dengar cerita pasal rokok. Cerita budak sekolah kantoi merokok berjemaahlah, mulut bau longkang sebab hisap rokoklah, markah untuk rumah sukan kena deduct sebab ada budak rumah tu kantoi dengan wardenlah, kolej terbakar sebab rokoklah.



Pada aku, memang tak terlarang punya bab-bab nak merokok ni. Sebab dah jadi habit. Kalau pergi asrama tu, kalau tak senior yang ajak ko hisap, mesti ada member-member yang ajak. Sebab nak berkawan punya pasal, terus join hisap sekaki. So, buat jelah kempen macam mana pun, mesti tak jalan punya.



Seriusly, kadang-kadang aku pernah jugak rasa nak merokok. Tapi, nanti kalau hisap, terus takde duit terus. Terus sengkek. So, baik jangan. Penah jugak ada member aku ajak, tapi aku pernah hisap sekali je. Lepas tu dah tak dah. Nak malu ape. Ngaku jelah kan. Benda kita dah buat. Tapi, aku tahulah, merokok tu memudaratkan, so what is the point nak terus hisap. 



Once kalau dah hisap, memang ketagih. Kawan-kawan aku ramai je yang smoker. Ada seorang tu, dia kena hisap rokok lepas makan sebab kalau tak,dia rasa nak muntah. Tapi dia ni bagus. Selalu nasihat aku jangan hisap rokok sebab nanti menyesal jadi macam dia. Huhu 



Sebenarnya, nak educate smoker ni boleh kata impossible. Sebab bukan senang diorang nak stop. So, better jangan merokok terus. Yang mana dah merokok tu, banyak-banyaklah doa so that korang boleh stop smoking. Smoking ni tak macho pun. In fact, lelaki yang tak merokok ni rare and exclusive. Sebab smoking is so mainstream nowdays. Aku lelaki exclusive? Of course lah, kalau tak buat apa nak buat entry ni kalau tak berkesempatan memuji diri sendiri. Haha.



Merokok ni memang bahaya. Cuba tengok resipi nak membuat rokok di rumah. Ala-ala DIY gitu. Jimat murah dan menyenangkan. Haha. Macam segmen dalam cerita Ape-Ape Aje. Hurm, rindu tengok Ape-ape Aje kat TV3 bersama Sheila Rusly. Haha.



Oklah. Meh aku tunjuk macam mana nak buat sendiri rokok.Mula-mula,letak periuk yang berisi air atas dapur gas. 






Lepas tu, carilah spray lalat ke,lipas ke, lepas tu, amik lilin dalam 2 ke tiga batang macam tu, pastu amik bateri yang dah tak guna. Kalau takde, amik je bateri yang kat jam loceng tu ke. Lepas tu, amik ubat gegat dalam segenggam macam tu. Lepas tu, masukkan kesemua bahan-bahan tu dalam periuk lalu jeranglah mereka sampai cair dan likat. 














Agak-agak dah naik bau tu, tambahkan pulak dengan cat yang korang cat pagar rumah sempena nak raya ni, lepas tu dengan minyak petrol yang agak-agak dalam satu jag time kenduri kahwin tu, lepas tu aku ada baca, kalau nak sedap rokok ni, kena amik apemenda ntah dekat kucing. So, korang kutip je mana-mana kucing, sebagai contoh, kucing sebelah rumah untuk dimasukkan ke dalam ramuan yang telah dipanaskan sebentar tadi. Haha. Nak lagi best, pergi mana-mana construction yang tengah repair jalan, macam contoh, jalan depan Rasau tu, lepas tu, mintak kat dia, bitumen. Alah, bitumen, yang benda hitam yang guna buat jalan tar tu. Ha.. Lepas tu kacau sehingga sebati. 











 Lepas dah likat macam dodol tu, tuangkan ke dalam besen untuk dijemur di bawah sinaran mentari. 











Lepas tu, bila dah kering, nanti dia akan jadi macam serbuk tepung. Bila dah jadi serbuk, amiklah kertas macam kertas minyak ke, kertas kaler, ke, pembalut buku, untuk dijadikan kulit rokok. Alah, macam kulit popia tu. Ha.. Lepas tu, bentangkan kertas tu, lepas tu letakkan serbuk rokok tersebut dalam agak-agak satu camca teh. Camca okeyh. 









Lepas tu, gulungkan macam buat kuih ketayap tu. Lepas tu, nak bagi lawa, hiaskan rokok tadi dengan liquid paper. 








Tada!!! Siap pun rokok home made kita. Haha. Jangan lupa hiaskan rokok tadi bersama daun hidup seperti yang digunakan di bawah, kita guna daun sireh ye tuan-tuan dan puan-puan bersama bunga plastik yang boleh dibeli di kedai bunga. Selamat mencuba!!
Haha.Sebenarnya, ni untuk suka-suka je. Bukan betul-betul pun. Kesimpulan, tak payah hisap rokok pun takpe. Bukan necessary pun. 



Kalau nak try stop, cuba tengok page ni : Merokok



8 comments:

Cik Beruang said...

kahkahkah!!! lawak ah lukisan kau hadi :p

btw, benda yg boleh buat kita ketagih ni, elok jangan mula dari awal. nanti susah nak tinggal

- abdul hadi abdul muti - said...

Cik Beruang

betul2.susah nak tinggal.sorry,jarang reply comment.tak sempat...=(

roseq said...

ingatkan betul-betul ada rokok homemade. haha.

~MuMu~ said...

nak share ah.. ahaha

Wadi AR said...

ce ko edit gune youtube. lagi powerr

Harith Iskandar said...

moralnyer jgn isap roko kalau rase diri tu cerdik..kalau rase nk bodoh isaplah..ehehe :)

Rozuan Ismail said...

style lah.haha

kiah macho said...

bau rokok sgt macho..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...