Monday, 7 September 2009
Yen..Yen..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Yen, roommate aku yang sorang ni, kepale die berdarah sebab terhantuk kat besi katil aku.
Kejadian berlaku kire kire jam 513 pagi, semase aku tengah tidur lepas sahur minum milo.
Yen nak amik air. Tibe tibe die pitam. mase nak landing time pitam tu, kepale die tekene besi katil.
Lepas itu, die sedar balik. Ingat tak de pape. Tibe tibe, haziq(saksi utame kejadian) bagitahu yen, "pale ko berdarah"
Khairi, bingkas bangun, setelah terdengar perkataan "darah" itu.
Semase saat ini berlaku, aku masih tidur.
Aku mule terjage bile Khai dah bawak towel basah nak lap luke yen.
Aku bangun sebab aku prihatin. Aku tolong kol pak guard, sebab yen nak pergi hospital. Tapi ternyate usehe aku sie sie jerk. telefon engage.
Aku dan yen pon bergegas ke rumah encik jalil. Aku mengetuk pintu belakang rumah encik jalil yang selalu menjadi lokasi budak budak beli nasi lemak.
nenek memberikan respond yang bagus terhadap cerita aku yang over itu, lalu menyuruh suaminyer, encik jalil, mandi dan memerikse yen.
Encik jalil, setelah memakai pakaian sembahyang, segere memerikse luke yen. tanpe memerikse betul betul yen, encik jalil memanggil ambulans. Yen dan khai balik bilik balik, nak amik ic, kad matriks and sebagainyer.
Aku pun menemani yen ke hospital sultan abdul halim, sp dengam menaiki ambulans uitm yang dipandu oleh abanag ambulans yang agak kerek.
Aku pun menemani yen ke kaunter pendaftaran hospital
Setelah 10 minit, yen masuk dalam bilik pesakit.
Aku keseorangan di ruang menunggu, dan hanye ditemani tv dan makcik yang agak sakit kuat.
Aku sejuk. Aku nak terkencing, tapi aku tahan. Nanti, kalau yen dah keluar, takut die cari pulak aku.
Suhu makin sejuk. Yelah, waktu pepagi bute. Setelah 35 minit berlalu, aku bingkas ke tandas. Aku menyesal. Aku kira, tandas itu begitu jauh sekali, tetapi rupanya, sebelah sahaja.
Stelah ke tandas, aku lihat yen sudah selesai dijahit lukanya.
Aku menelefon abang ambulans untuk menghantar kami balik.
Abang ambulans menyuruh kami tunggu sampai pukul sembilan. Huh, aku mengeluh...
KAmi pun tunggu. Pukul 9.10, ambulans datang.
Kami pun balik.
Balik bilik, terus tidor.
tak pergi bel 332 and 342.
Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
wawa...panjang citernya..sangat detail
menarik, bukankah cikgu??
haha
gambar tu agak best..hehe..
seorang kawan yg prihatin :)
best ko kate??
weyh, mamat tu sian kot..
tapi,kelakar jugak.
hahaha
yen2......kesian2
alasan semata2 utk tak g klas ! :P
oh shit. patut ah masuk kelas sume kecoh kecoh
pssst... bukan ko sengaja luka kan dyer ker untuk x g klas?? :P :P :P :P :P
Post a Comment