Friday, 18 March 2011

Dulu Lain Sekarang Lain

(Gambar Pencapub)

Aku rase aku dah lain sekarang ni. Serius. Aku dapat rase perasaan kelainan tu. Huhu. Yang paling ketara sekali, aku rase aku makin pendiam dan makin pemalu.

Dulu, aku rase, mulut aku memang bising. Ngonga ngonga sane. Ngonga ngonga sini. Ade je bende nak bercakap. Cakap tak nak kuat pulak tu. Kecoh gile. Tapi, sekarang, dah rase macam malas nak berkate-kate. Aku makin membosankan dan makin "lame". Kru kru kru....

Pemalu? Ha, yang ni lagi satu. Aku tak tau la kenapa aku makin lame makin jadi penyegan. Semua bende nak segan. Kadang-kadang tu yang aku malas nak pergi tempat yang macam ramai orang. Satu, sebab aku tak tau nak cakap ape. Dua, sebab aku segan.

Aku rase aku sedar aku jadi macam gitu mase aku start masuk asasi. Then, berlanjutan sampai la sekarang. Adoi.

Apesal ek aku jadi macam ni? Kadang-kadang aku rindu aku yang dulu-dulu. Yang kecoh mecoh dan very over the friendly tu.

Tapi, kenape? Kenape? Mane semua tu? Adi yang dulu..?? Adi yang dulu..?? Mane kau hilang?? Mane?? Aku rindu kau... Sobs~


Friday, 18 February 2011

Sesungguhnya


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Thursday, 17 February 2011

Tahniah Star Ipoh!!


"Rouse Up"

Berita Selanjutnya

Lantaklah orang dekat luar sana nak cakap ape. Kalau budak TKC mesti bangge dengan TKC, kalau budak SAS mesti bangge dengan SAS, kalau budak STAR, kene la bangge dengan STAR. Kalau budak STAR pon tak bangge dengan alma meter sendiri, sape lagi?

Baru-baru ni, pengumuman Menteri Pendidikan dekat Limbang menyenaraikan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Tahniah!!

Tak kisah la lambat ke, awal ke, janji lepas dapat title SBT ni, jangan tinggal name je. Tapi prestasi sekolah pun kene la mantap. Baru orang respect.

Btw, tahniah kepada semua warga STAR tak kira di mana jua anda berada.

"Once A Starian, Always A Starian"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...