Monday, 30 August 2010

Jodoh

Sumber :http://www.facebook.com/note.php?note_id=148023441893084&id=100000019742297


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Monday, 23 August 2010

MAJLIS IFTAR LEONAIRATS 2010

Sebelum membace post ni, marilah same same kite menghadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah Shahnour.Al-Fatihah!!


Assalamualaikum!!fuh!!lame la hai tak post kat blog ni..ye la, asyik busy je memanjang..huhu


Ok, kali ni nak citer sal budak-budak batch aku time sekolah aka LEONAIRATS yang berbuke puase di KLCC. Kirenye, berbuke puase sekali dengan nak celebrate 6 orang LEONAIRATS yang nak fly da..alahai sedihnyer..sob sob..sedih la sangat..haha


Antare yang nak gi fly, zamy, amir,palam,pak,brad ngan toped. Tapi si brad ngan toped ni tak datang la pulop. Katenye balik kampung...Adoh...down...tapi nak wat cam ne yedak??da tak de rezeki nak jumpe...


Even kali ini attendance sangat memuaskan. seramai 39 putera putere batch 47 telah sudi turun memeriahkan suasane..syabas syabas syabas aku ucapkan.haha


Pade yang tak dapat datang, anda dimaafkan,haha. Jangan risau la, lepas ni mesti ade nye la even batch lepas ni. just selalu selalu la update group leonairats kat facebook tu.ha..nah aku bagi link, mane la tau ade yang tak tau sal grup ni.huhu


(CAPTION : AKTIVITI BERMESRE MESRE BERTANYE KHABAR BERITE SEBELUM BERKUMPUL DI SURAU KLCC)

okayh, acare dimulekan dengan berkumpul beramai ramai dekat surau KLCC. nasib baik ta ramai orang sangat time tu kat surau. terkasima ha orang orang yang ade kat situ tengok kitorang ramai ramai kumpul kat situ. ramai gile yang curi curik tangkap gambar kitorang.haha.kalau nak amik picture kitorang amik je la, boleh kitorang bagi posing best best sikit..hahaha

Azan maghrib telah dilaungkan dengan takzimnye oleh Muz..wah...bagus betul Muz ni semenjak study kat matriks and skang ni nga study kat uk...



Leonairats leonairats berbuke puase dengan kurma yang di beli di cold selfridge yang berharge 12 ringgit plus kurma mesir yang Harizstarz bawak dengan kurma yang orang sedekah dengan air mineral. Tapi Shah up sikit la, die beli air tea tree apple.haha



(CAPTION GAMBAR:BERBUKE PUASE DENGAN KURME DEKAT SURAU KLCC)


Selesai sembahyang maghrib berjemaah, kitorang leonairats leonairats sekalian bergerak ke Restoran Pelita KLCC. Dah macam parade nak buat riot pulak.haha. Sampai sampai je kat Pelite, kelam kabut mapley tu susun meje.ha..mane tak nye,39 orang nak makan.haha.pening pale diorang nak layan kitorang yang serbu kedai mamak tu.


Part paling best time nih, ade orang belanje..best nye!!jumlah sumer sekali, RM294.60..aku tau sebab aku yang simpan resit.hehe.Tukang bayar, Black, tapi tukang belanje, Zamy, Muz ngan Aizzul. Thanks korang!!!

(RESIT YANG KENE BAYAR)


Then, kitorang terus gi gerak kat Taman KLCC untuk majlis khas bersame leonairats leonairats yang da nak fly. Sekali lagi kitorang diberi perhatian oleh orang yang lalu lalang di situ.haha.


Mule2 sekali, macam bese la, tangkap tangkap gambar. Pastu, ucapan dari tuan punye badan yang nak fly, pastu ucapan Pekcha, Ketua Batch Starian037, seterusnye memberikan sedikit kad untuk kenang kenangan yang direka oleh Mago, Aizat ngan Mag. Tak tido bhai diorang ni buat kad tu..haha.

Kesimpulannye, even haritu sangat best dan sangat bermakne. Sorry la kalau even hari tu agak kelam kabut sikit sebab aku tak well prepared sangat untuk even ni..busy lorh..huhu. Pape pun, all the best untuk yang nak study kat oversea tu. jage diri lek lok. Tak lupe jugak yang study kat Malaysia ni. Semoge berjaye dalam bidang masing masing. Aku percaye korang akan berjaye satu hari nanti. Percayelah.. Plus, same same la kite doa sesame kite dan juge umat Islam yang lain supaye diberikan kejayaan di dunie dan jugak di akhirat..


Lastly, aku nak cakap, aku sayang LEONAIRATS. korang da macam family aku. Serious!!

So, akhir kate, sekian terime kasih, assalamualaikum...

Tuesday, 17 August 2010

Bersyukurlah

PUASA DI MALAYSIA





PUASA DI PAKISTAN


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...