Semester due ni da nak abis da. Nex yer, tahun baru, sem baru. Expectation?
Sem ni memang penat. Lepas aku join SCLC(Student Community Law Club), memang hidup aku terase jugak la busy hari-hari. Tapi berbaloi ape dapat join SCLC ni. Tak de la aku dok boring tercongok je kat rumah. Bile dah bosan, mule la nak buat bende pelik pelik. Bile dah buat, menyesal pule.
Semester depan, aku dah tak nak dependent sangat kat orang lain. Aku dah malas nak rase aku ni menyusahkan orang. To be specific, pergi kelas. Yer, aku tau, orang-orang yang selalu aku tumpang pergi kelas, tak kisah aku tumpang moto/kerete diorang(ye er?)haha. Tapi aku rase aku terlalu bergantung harap kat diorang. So many time, aku tak boleh nak buat my own decision nak pergi kelas ke tak. So many time aku rase tak comfortable nak pergi kelas. Jadi, biarlah aku tunggu bas T602 pergi Seksyen 2, pastu tukar bus T603 pergi faculty. Lantak la berebut-rebut,bangun pagi-pagi(selame ni memang aku bangun pukul 6 tepat pon.haha) hari-hari sebab nak pergi kelas sebab aku lagi selese macam tu.
For the next semester, aku try dapatkan tempat dekat Kolej Perindu/Kolej Kenanga/Kolej Jati. Sebab boleh kate tiap-tiap weekend aku ade aktiviti. So, senang sikit kalau da duduk kolej nih. Tak payah la Aizat ngan Nizam nak amik aku jauh jauh pastu nak patah balik masuk UiTM. Bab umah sewe, aku bayar jugak tiap-tiap bulan. Kalau ade mood, aku balik la kot. Terpakse la bayar due due. Yuran kolej plus duit umah sewa. Kang kalau aku cakap nak keluar rumah, gaduh pulak.
Semester depan, mesti ade keluar ayat-ayat ni daripade mulut orang. "Sombong ko kan sekarang". Meluat betul aku dengar ayat ni. Ayat tu mesti keluar sebab aku dah jarang balik umah sewe, aku dah masuk kelas B, dan bla bla bla. Ingat ape? Aku ni YB ke nak pergi tanye khabar sumer orang pastu nak layan permintaan korang sorang sorang. YB pon tak pernah buat macam tu hari-hari. Lagi satu, pikirlah, aku ade perasaan kot.
Ape aku merapu ni?(tibe tibe tersedar aku dah merapu)Kesimpulannya, aku tak nak hidup aku, kebahagiaan aku ditentukan orang lain. Hidup aku, kebahagiaan aku, biar aku yang tentukan. Biarlah orang nak cakap aku selfish, sebab kalau tak selfish, diri sendiri yang merane.
Gambar ni letak tanpe sebarang motif.