Wednesday, 23 November 2011

Fungsi Post Mortem



Aku yakin ada antara korang ni yang aktif berpesatuan or pernah menganjurkan program. Tak kisahlah program peringkat mukim ke, daerah, negeri ke, fakulti ke, kolej ke.Selalunya, selepas sahaja program tu berlangsung, committee program biasanya akan buat post-mortem.

Selalu aku dengar dari kawan-kawan aku, post-mortem ni tempat nak bambu orang. Tempat nak maki hamun. Tempat nak tuduh-menuduh. Tempat nak cari salah orang lain. So, benda-benda ni semua membuatkan committee yang join program ni akan prepare alasan, sebab munasabab, reason, alibi dan sebagainya untuk membela diri apabila diserang bertubi-tubi semasa post-mortem nanti. Sekiranya gagal berbuat demikian, makanya, committee tersebut akan tak datang post-mortem. Selalunya, benda inilah yang jadi.

Sebenarnya, post-mortem ni, dia punya function utama ialah untuk menambahbaik mana yang kurang, yang terlompong, so that, in future, kalau organize lagi event, masalah yang sama takkan berulang lagi. Kalau setakat nak tunjuk hebat maki orang, its no point buat post-mortem. Baik buat pesta berbalas maki. (Aku rasa lawak aku ni agak cengkerik sekali)

Actually, committtee yang ada buat salah or yang ada kekurangan masa organize event tu tak perlu takut untuk mengaku salah sebab manusia ni dia belajar dari salah dan silap. Dari, benda ni comes with the condition that you memang betul-betul buat yang sehabis baik untuk program tu. Kalau buat kerja sambil lewa, memang nak kena bambulah.


Tapi, yang selalu aku dengar, cerita-cerita yang kononnya hot story the morry, si polan tu gaduh dengan si polan ni time post mortem. Si polan tu kena maki hamun dalam post mortem. Seolah-olah dah jadi tradisi pulak. Kalau setakat itulah fungsi post-mortem, better jangan buat. Membazir masa dan tenaga je.

Nasib baik post mortem SCLC best. Hehe.




11 comments:

Eintan Nurfuzie said...

yup..post mortem slepas hbs program wajib dijalankan...masa 2...trima kesalahn...kit a kena belajar dri kesilapan...

Wadi AR said...

dulu kalo aku program musti tak sabar nak tggu post mortem. banyakk post yg aku nak buat. haha

Syara Mohammad said...

hey!

post mortem comm i dulu best giler!
takde sesi maki hamun pun.
relax gelak2...

yg tak best masa meeting biasa or pre-event.
tension ya Rabbi!

Razil Tahir said...

"Selalu aku dengar dari kawan-kawan aku, post-mortem ni tempat nak bambu orang.
kau dengar dari kawan-kawan ko ker....
kau dengar dari aku malam tadi kat bilik aku time makan nasik goreng daging meraaahh?
XD

pijankodok said...

salam... hehehe..
mmg betullah post morterm tu tu penambahbaikkan... tapi..

ianya tempat untuk meluahkan perasaan ketidakpuashatian pun ada...

kadang kala kebaikan dan pertolongan tidak nampak... orang dibelakang tabir pun xder org nak nampak kan... sedangkan org dibelakang tabir yang kehulur kehilir settle itu ini xder ada yg puji.. tambahan pulak jika tersilap skit yg boleh menyebabkan ketidaklancaran sesuatu program..

mulalah masuk post morterm terus hentam dia...

so camner... klau postmoterm gelak2 pun xder gunanya kalau benda yg ditegur diminitkan tapi tidak take note...

so fikir-fikirkan lah... mana yg baik mana yg buruk... klau kena maki hamun, kena hentam even kena kutuk pun, anggaplah ianya sebahagian drpd life kita...

nanti bila dah keje, kita akan jumpa dengan orang pelbagai karenah yang lebih teruk...

bye..

ijat_asni said...

singgah ber-blogwalking
^_____________________^

aizamia3 said...

itu sesuatu yang biasa.. lagi biasa kalau ada kesilapan besar.. sah confirm lagi teruk kena.. tapi dari situlah kita tau kat mana kelemahannya dan beringat selepas itu..

sue perbs.. said...

post mortem.. tk pnah pulak smpai maki hamun.. klu ade salah tegur dngn elok kan bgus

ShahzCudin said...

teringat dulu zaman skola..bab post mortem ni pling takut skali..hihi

yanmaneee said...

balenciaga
fila
supreme hoodie
golden goose sneakers
yeezy boost
cheap jordans
mbt shoes
kyrie 6
jordan shoes
christian louboutin outlet

sothosh said...

replica bags us replica bags in pakistan replica bags in delhi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...