Bila kita marah, kita selalu guna suara yang kuat. Betul tak? Korang pernah terfikir tak kenapa bila kita marah, suara kita kuat and tinggi. Kawan aku cakap, ni kira macam metaforalah. Cewah!! Haha. Kalau kita marah, hati kita akan jadi jauh. So, tu yang kita kena cakap kuat-kuat tu sebab hati kita dengan orang yang kita marah tu dah jadi jauh
(Gigih nak lukis dalam paint semata-mata nak menggambarkan hati tu dah jauh bila marah)
Tu yang lepas kita marah orang tu, orang tu selalunya merajuk dengan kita. Terasa dengan kita. Bak kata remaja zaman ETS sekarang ni, touching. Bila dah touching, mulalah rosak perhubungan. So, janganlah kita cepat nak marah orang. Banyakkan sabar. Sabar kan sebahagian daripada iman.
Antara cara-cara nak tahan marah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak- tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
j)Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.
23 comments:
tengah marah ke....hehehe :)
for me, diam.rasa nak marah sangat2 tu,mmg diam je.lama2 hilang sndiri. ;P
saya diamkan je. itu lebih baik :)
HARITH ISKANDAR
takdelah, mana ada marah. cool jer. huhu
namaakulynn
wah, bagus-bagus!!
NOOR FATIN
yup, tapi jangan selalu pendam sangat, nanti senang dapat sakit jantung.huhu
sama2lah kita bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan...sbg manusia yg lemah lagi hina memang tak terlepas dari melakukan kesilapan..semoga Allah ampunkan dosa kita sume.amin
kalau aku tgah marah aku diam pastu tidor.. nanti bgun dah lega. haha.
tp kalau tgah marah tahap hyper punya, aku amek wuduk
insan lemah
amin ya rabbal alamin..
Zaidi Toha
Bagus, jangan marah-marah
mak sy ckp, ory yg marah ni umpama hati dia tertutup, cam dlm cite omputih kan, pintu yg canggih tutup automatik kan. cmtu la hati pun...hiperbola giler...hahaha...wnderful tips...thnks 4 sharing =]
AlfiEean Warsi
Hiper gila.haha. Sampai ada orang putih segala.haha
awesome.
mmg kena praktikkan tips ni.
=)
i am S!L4H
tq!!
jangan marah2,,6t cepat tua..hehe
puteri katak
kan, berkedut teruk nanti
x ske org yg cpt marah..chill2 sudah..hehe ^^
nak marah tu senang sangat, nak surut tu haa.. marah kalau dilayan memang la best tapi untuk masa marah tu je laa.. kesan jangka panjang? haa tu kena pikir.. :) nice sharing bro! :)
Atiqah Wadiah
Kan? kan? relax sudah.. huhu
Queen F
kesan ajngka panjang boleh dapat darah tinggi weh!! huhu
kalau marah teramat sangat, jalan terbaik, pergi kat katil tido. tp ni kalau marah masa kat rumah lah. hehe. ;)
kalau marah, mesti muka merah, telinga panas huhu
adidas tubular
yeezy boost 350 v2
yeezy
mbt
yeezy boost
hermes birkin
longchamp
yeezy
jordan 12
off white clothing
Post a Comment