Antara dugaan balik kampung raya yang pertama ialah, takde tempat nak tidur!! Sebab rumah kampung tu bukan hotel yang boleh tempah satu bilik untuk satu family. Mengada gila kau nak booked bilik dekat rumah kampung kan? Haa. So, selalunya, dekat kampung, tidur jelah mana sempat. Atas kusyen, atas karpet, atas tikar. Yang dapat bilik selalunya family yang ada anak kecik dengan yang baru kahwin. Kan? Tak aci!! Haha.
Lepas tu, kalau nak tidur, belum tentu boleh tidur. Sat sat lagi ada baby meraung mintak susu. Sat sat lagi, ada pulak sepupu yang mengobawk (mengobawk ni bahasa orang Perak. Makna dia menangis sambil mengamuk) sebab tak dapat bantal peluk dan sebagainya. Haha.
Selain itu, bila balik kampung, memang kena amik turn untuk mandi. Nak-nak pulak kalau yang sedara ramai gila. Lepas tu, ramai sedara yang kecik-kecik yang suka main air. So, before sedara-sedara kecik yang suka main air dalam bilik air tu mandi, baik kita mandi dulu. So,kenalah bangun awal dalam pukul 5 pagi nak mandi.T.T. Tapi, ada setengah-setengah rumah kampung yang ada paip dekat luar tak pun ada perigi. Perigi??!! Very classic the masic!! Haha. So, golongan-golongan lelaki selalu kena jadi mangsa mandi dekat luar. Mengigil woh!! Aku dengan sepupu-sepupu lelaki aku selalu kena mandi dekat luar sebab dekat rumah kampung aku dulu-dulu ada perigi dekat luar. So, kena paksa dengan opah aku, mandi dekat luar jugak sebab takut tak sempat sembahyang raya. Haha. Gila sejuk waktu tu!!Tapi nak buat macam mana, takkan nak suruh orang perempuan mandi dekat luar. Dahlah open air. Seksi!! Nanti tak pasal-pasal Pak Aji Leman yang duduk sebelah rumah dapat ketumbit sebab tengok perempuan bercanda ria sambil menyanyi lagu Sesuci Lebaran maktu tengah mandi kan? Hahaha.
Selain nak kena beratur amik turn nak mandi, kena jugak amik turn untuk masuk jamban. Yang ini lagi parah kalau semua orang sakit perut sebab tersilap makan waktu berbuka. Pergh.. Nak tahan berak ni, boleh buasir habaq hang!! Haha. Lepas tu, ada setengah rumah kampung yang jamban dia dekat luar. So, kalau buatnya perut memulas pukul 3 pagi, memang seram jugaklah nak pergi jamban sorang-sorang. Haha. So, menahanlah sampai subuh. Haha.
Lagi? Lagi, nyamuk. Nyiiiiiit.... nyiiitt.. Pap!! Pap!! Nyamuk dekat kampung memang sihat-sihat belaka. Kalau kena gigit, bintat dia besar gedabak kan? Haha. So, before nak tidur, selalunya mesti pasang ubat nyamuk. Kalau dekat Perak, deme tak kate pasang ubat nyamuk, deme kate lekat ubat nyamuk. Alah, ubat nyamuk yang melingkor tu. Yang keluar asap tu!! Haha.
Tak pun, ada setengah pakai kelambu. Aku rasa pakai kelambu paling mujarab nak elak dari kena gigit nyamuk. Confirm. Melainkan kelambu korang terkoyak or berlubang.
So, itulah antara dugaan bila balik kampung waktu raya. Nampak macam dugaan, tapi itulah sebenarnya nikmat dapat balik kampung waktu raya. Kalau tak ada semua benda ni, tak meriahlah kan? Huhu. Iyalah, mana nak cari tempat mandi sungai, tempat nak kutip durian, tempat nak kait rambutan tepi jalan, tempat main baling selipar dengan sedara, tempat nak bakar lemang sendiri, kacau dodol dan banyak lagi, betul tak?
34 comments:
peh, situasi ko same ngan aku dowh.. share bilik air, bilik air ade 2 je pulak tu, ade 6,7 family kot. pe lagi, mandi ramai2 la, haha.
nyamuk satu hal, lalat pn banyak gak, normal la tu, xD
ktrg tido kt ruang tamu je ramai2, kalau dpt sofa tu kire mewah la tu, empuk, haha.
betol gak pe yg ko tulis ni...banyak yg aku penah alami gak...tido berderet je...umah tok aku lak ade satu bilik je.mmg lenjan je la mlm2 nak tido...bab mandi perigi tu, aku penah mandi gak.mmg sejuk ma...cuma yg kena bangun pukul 5 pagi tu je belom lagi setakat ni.cam awal sngat je tu.huhu...
tulah,,paling meriah bila mandi ramai2 sambil terpekik terlolong sampai kena sound dgn atok haha..
setahun sekali orang kata dapat berkumpul...dan memang indah bila diceritakan semula...hehehe
kdng tdo atas kerusi je aku..haha
adin
betultu. dapat sofa yang 3 tempat duduk memang paling mewah dah tu. haha
APAN
pukul 5 pagi sekarang ni. kenalah bertolak ansur sikit bagi sepupu-sepupu yang kecik ni tidur dulu. haha
dodol
best main air kan? haha
Kancil 8349
memang meriah bila dapat kumpul satu meja then cerita semua kisah. haha
Saiazuan
haha. biasalah tu bro. haha
citer ni cam drama tb. untung dpt rse. aku satu pemeli bsr duk stu ngeri, smua tido umah sndirik, lekat ubat nyamuk sendirik, mandi lam bilik seksi sendirik. mkn ngan wat sepah jer kat umah opah.
psstt. kelambu camtu beli katne? tak aku penah tengok. cumil.HAHA.
banyak kenangan oo kat kampung hehe..
cik su ;)
haha. tak merasalah macm kitorang rasa. haha. kelambu ni ada jual dekat kedai baju2 yang tepi2 jalan tu. ha.. murah je
iMBobo
memang banyak kalau nak cerita satu-satu. huhu
Pengalaman sama:)
IkiN
=)
gelak bukan sbb baca cerita, gelak sbb gambor tu lawak sangat! kahkahkah. ate kamu org peghak yoo? ngape tak bgtawuu. :P
::Cik Pija::
udawh mun kome tak nok menanye,idok le awok nak mengabor.haha
uish..perigi..
memang classic la..
lawa drawing~~
^^
tang budak merengek meraban tu memang diakui..tapi jd laki senang sikit..kalo pempuan kene tunjuk muke kat dapo.
saya cello191
lawa drawing!! awhh!! tq!! haha
::budak::
haha. tulah, nanti kena bebel tak reti memasak
haha.
lawak2
bukan semue org rase cmnih.
asyik rase idop kat bandar je,
=p
i am S!L4H..
ko budak bandar ke?
salam idul fitri...
aku tetap suka raya kampng mcm dlu. skrg xraya kt kmpng mcm dlu lgi. smua raya umah sndri. rindu nyaaaa
Santri T.P.I.N.I
salam idul fitri kembali!!
[ faris ]
owh, aku ingatkan ko takde kampung. huhu
time knk2 best la..dah beso sume nk jadi diva nk privacy jer haha..
kenapa semua nak privasi? dodol ni, diva tak? haha
aah..dodol je yg diva hihi:P
dodol
wah,kelaszz kau dodol!! haha
golden goose
vans shoes
timberland boots
christian louboutin outlet
jordan shoes
yeezy 500
supreme clothing
adidas superstars
curry 4
paul george shoes
click to read v3a23b2d08 replica ysl bags replica bags philippines wholesale replica bags india fake gucci q4a23w0m26 replica bags in dubai more info here o8m94e6c34 louis vuitton replica replica bags london
Post a Comment