Selalu orang buat tutorial nak buat blog jekan? Hah, yang aku nak buat tutorial buat bedak sejuk Haha.
Cerita dia macam ni. Masa aku tengah kemas-kemas rumah aku tadi, tiba-tiba ada satu botol macam botol pil terjatuh, lepas tu dia tergolek-golek atas lantai. Adakah itu pil kurus? Oh tidak. Tidak. Itu botol apa? Apa? Bila aku bukak, aku tengok, aku cium, rupa-rupanya tu botol bedak sejuk. Haha.
Dulu, waktu kecik-kecik, opah aku selalu tempek bedak sejuk atas muka aku. Best sebenarnya pakai bedak sejuk ni. Sebab muka akan jadi berangin je. Tapi, sekarang memang taklah nak pakai. Segan kot pakai. Haha. Yang bedak sejuk yang aku jumpa ni pun bukan aku punya. Mengkome jangan ingat tu koleksi bedak sejuk aku pulak. Haha. Itu akak aku punya. Letak merata-rata.
Siapa tau macam mana nak buat bedak sejuk? Saya!! Saya!! Baiklah, memandangkan saya tahu buat bedak sejuk, apa kata saya terangkan bagaimanakah caranya untuk membuat bedak sejuk. Dah macam ayat karangan Bahasa Melayu SPM!! Haha. Aku tau jugaklah buat bedak sejuk ni, sebab, opah aku dulu rajin buat bedak sejuk. Sendiri buat sendiri pakai. Tengok, opah aku memang DIY betul. Haha. Cara dia macam ni.
Mula-mula, pergi kedai. Beli beras. Lagi tinggi kualiti beras tu lagi bagus. Tengok macam aku, beli beras Faiza. Haha.
Lepas tu, korang bentangkan kain atas tempat yang rata. Kain apa-apa pun boleh. Kain cadar ke, kain sprah ke, kain kapan pun boleh. Haha. Lepas tu, korang cedok beras cair tu, lepas tu korang masukkan dalam corong daun jambu tu,
Lepas tu korang titik-titik atas kain yang korang bentang tu.
Lepas tu, korang bawak kain yang ada bedak sejuk tu,pergi jemur bawah matahari.
Bila korang jemur tu, korang janganlah bagi ayam ke, kucing, angsa ke atau sebagainya pergi dekat. Nanti diorang pijak ke, makan ke, berak ke, kita mana tahu kan? Haa
Lepas dah jadi keras, korang bolehlah kikis bedak sejuk yang atas kain tu. Lepas tu, korang amik botol, simpan bedak sejuk tu. Nak bagi wangi, korang amik daun pandan, lepas tu korang potong kecik-kecik, lepas tu letakkan sekali dalam botol.
So, dah siap!! Bedak sejuk dah siap untuk dipakai semasa menyambut tetamu di hari raya nanti. Haha
33 comments:
wahhh... dahsyat lah tutorial buat bedak sejuk.. Kalah Hana Tajima.. :)
amboi
siap ader tutorial tu
org pompuan pon xde nak bt tutorial cmnie
klass la
hehe^^
zeehan
Hana Tajima tu popular. Awok ni perasan popular je lebih. Haha
farah hanim
Haha. Saja mengimbau zaman-zaman kanak-kanak dulu.
first tgk tajuk entry tu..
apakah??
hehe..
class tutorial bedak sejuk..^^
saya cello191
haha. class kau jah!! haha
oooo... camtu nak buat bedak sejuk ye... boleh buka bisnes jual bedak sejuk ni... hehee...
i coudlnt stop smilling looking at ur drawing... hee
ApiH
haha. tulah, untung doh. haha
Anonymous
because they are too ugly, right? hahaha
bedak sejuk bagus bagus
ada gak tutorial utk d hari raya nanti ekkkk
mama@eCha
haha. bagus untuk dipakai di malam raya
owhhh sgt comel!
ai suka entri ni...
Hanis MY
maceh!! (bajet comel)
Eryati
tq!! Huhu
membaca entry incik adi saujana sambil gelak sorang2. adehhh! kreatif btolla lukis2 ni. bhahahahahhh! u mcm tau2 je tiap2 malam i tepek bedak sejuk tebal2. best, sbb hilangkan jerawat ^_^ kahkahkah
::Cik Pija::
pakai bedak sejuk ke uolzz?? haha
tutorial mcm ni tak pernah jumpa kat mana2 blog. gud gud.. =)
wah..
siap tutorial bedak sejuk..
1st time lihat lelaki bagi tutorial bedak sejuk..
info berguna..
takyah beli bedak sejuk dah..
boleh buat sendiri..^^
Diera Tekikushika
memanglah, ekslusif nih!! huhu
asliner
hahaha. kan, siap boleh buat business lagi nih
dulu2 slalu gak pkai bedak sejuk..rembat nenek punya..ha3..
suka main hantu2 pakai bedak sejuk haha
over tau nk sambut tamu pakai bedak sejuk.. kesian kat atok2 bapak2 kena heart attack nengok pontianak pakai baju kabaya sambut dpn pintu hihi..
nyah
hahaha.bahan wajib nak jadi hantu
Mak Nyah
Over la sangat. Entah-entah sendiri pakai. Haha
huhu bru tau cara wt....
bedak sejuk cap apa ni...kahkahkah
mmg kena guna daun jambu air ke?daun lain xboleh?
saya dah pernah cuba... ^_^
hasilnya, putih melepak wa ckp sma lu..
hahaha...
kalah fair&lovely product...
try la! sebulan jer...
off white clothing
longchamp bags
canada goose
yeezys
nike off white
longchamp handbags
retro jordans
off white
kenzo clothing
supreme new york
replica bags aaa replica bags from korea replica bags toronto
Post a Comment