Ga! Ga! Ga! Ga! Ga! Ga! Gagap!! Ini bukan nak cerita pasal Lady Gaga. Ni nak cerita pasal gagap. Aku ada masalah ni dulu. Sekarang ada lagi tapi tak seteruk dululah kot. Memang susah bila kita ada masalah ni. Especially masa nak marah. Macam mana kita nak marah orang tu kalau kita ni gagap kan? Lagi satu, zaman sekarang ni, dekat sekolah, university dan juga dalam syarikat, mostly banyak involve presentation. Dulu, dekat sekolah, perit gila kalau aku kena buat presentation. Especially subjek Pendidikan Islam tingkatan 2 sebab setiap sub topic, ustaz aku akan suruh buat presentation.
Dalam kes aku, aku rasa, aku gagap sebab kadang-kadang aku rasa susah nak control lidah. Kadang-kadang lidah aku macam payah gila nak bagi sampai dekat lelangit. Haha. Nak kata pendek, kawan aku pernah ukur lidah aku. Ukuran lidah aku normal je. Haha. Lagi satu, aku cakap laju gila. Aku rasa adalah dalam 378km/jam. Wah!! Haha. Sebab selalunya dalam kepala aku ada banyak benda nak cakap, aku pulak excited nak bagitahu semua orang benda yang ada dalam kepala aku. Tu yang kadang-kadang gagap tu. Dalam kata lainnya, too much information. Cewah!! Haha.
Aku adalah google pasal macam mana nak bagi hilangkan gagap ni. First, cakap slowly. Tempo percakapan kita tu kadang-kadang kena jaga. Nak bercakap ikut tempo yang betul ni, caranya, before nak bercakap, tarik nafas dalam-dalam dulu lepas tu baru cakap. Sebab kadang-kadang kita bercakap cepat sebab tak cukup nafas.
Second, selalulah buat tongue twister. Tongue twister ni macam contoh, “red lorry, yellow lorry”. Takpun, biawak buaya, biawak , buaya”. Sebut banyak kali ayat ni. Masa bangun tidur ke, sebelum tidur ke.
Third, yang ni ikut kajian dalam googlelah yer, nak mengatasi gagap ni, korang menyanyi. Menanyi sambil tengok lirik tu. So, bila kita menyanyi, memang kita takkan gagap. Kecualilah lirik lagu tu yang memang macam gagap. Contoh macam lagu cili padi yang Jaafar Onn nyanyi dalam Alam Ria Cuti Sekolah kat TV3 dengan Tam and Anne Ngasri waktu zaman dulu-dulu. Ci! Ci! Ci! Ci! Cili Padi!! Tak pun, Poker Face. Po! Po! Po! Po! Po! Po! Po! Poker face!! Mamamama.
Third, yang ni ikut kajian dalam googlelah yer, nak mengatasi gagap ni, korang menyanyi. Menanyi sambil tengok lirik tu. So, bila kita menyanyi, memang kita takkan gagap. Kecualilah lirik lagu tu yang memang macam gagap. Contoh macam lagu cili padi yang Jaafar Onn nyanyi dalam Alam Ria Cuti Sekolah kat TV3 dengan Tam and Anne Ngasri waktu zaman dulu-dulu. Ci! Ci! Ci! Ci! Cili Padi!! Tak pun, Poker Face. Po! Po! Po! Po! Po! Po! Po! Poker face!! Mamamama.
(Time kecik-kecik selalu jugak tengok cerita ni. Haha)
Fourthly, banyak-banyakkanlah berdoa kepada Tuhan. Mengikut sejarah, Nabi Musa pun ada masalah ni. Sebab, waktu Nabi Musa lahir, Firaun bagi arahan untuk bunuh semua bayi dan juga kanak-kanak lelaki. Sebab Firaun takut, bila budak lelaki dah jadi dewasa, diorang akan menentang Firaun. So, waktu Nabi Musa nak menyelamatkan diri, lidah dia terbakar. So sebab tu Nabi Musa ada masalah sikit dalam pertuturan. So, waktu Nabi Musa dengan Nabi Harun nak pergi mengadap Firaun untuk berdakwah, Nabi Musa telah berdoa kepada Allah supaya dilancarkan pertuturannya dan dipermudahkan dakwahnya. Doanya senang je. Rasanya ramai yang hafal doa ni.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku" (Taha : 25,26,27)
So, semoga siapa yang gagap, boleh praktikkan semua tips di atas. Hehe.
17 comments:
hmmm menarik...bukan ke lidah nabi musa melecur kerana menyuakan jarinya yang kesakitan terbakar ke dalam mulut. firaun telah meletakkan api untk dipilih oleh baginda, samaada janggut firaun atau api, jika janggut, nabi musa akan dibunuh, jika api akan dibiarkan hidup. wallahua'lam...cerita nabi2 banyak yang bersumberkan israeliyat.
woah!
nie yg sampai pinjam buku budak medik buat homework nie?
huhuhuhuhuh
hakmi
wallahualam..tapi, yang saya tahu, Nabi Musa memang lidah dia tercedera. Saya pun ilmu agama tak berapa nak tinggi. Huu~
Razil Tahir
Haah. Tapi yang tu untuk presentation Bel. Haha
siap ukur lidah tu. fuhh
wah 378 km/jam? haha. kalah mat rempit. ade??
kne ckp slow2 lah. kdg2 present kat depan dah tau nak cakap ape, tbe2 org pndg abis semue ilang. aiyohhh
takpe2..slow slow try method tu
dlu ezay tak ley sebut R, skang alhamdulilah...
po po po poker face, lame plak tak layan lagu LG ni :P
i am S!L4H
haha. owh.. nervous la tu kan.. huhu
Ezay Hadry
Ra Ri Ru. Haha
yeahhh. 100 markah utk tuan blog. nervous gitu. hahaks
i am S!L4AH
kan.. dah agak dah. haha
Wahhhh..terima kasih bg tips ni...saya memang ada mslh gagap dr sekolah rndh...asal presentation mmg gagap hbs...dsuruh jd mc prhimpunan pulak tu...gagap hbs la...mmg malu sngat waktu tu...
Terima kasih atas perkongsian ni. Saya pun ada masalah sama. Dari sek rendah sampai dip(sekarang). Memang sangat tertekan. Masih belum pulih lg 😢
Terima kasih atas perkongsian ni. Saya pun ada masalah sama. Dari sek rendah sampai dip(sekarang). Memang sangat tertekan. Masih belum pulih lg 😢
Esok aq ade presentention Muet pulok tu
Tapi aq cubo lh guno tips nih mane tahu buleh
Esok aq ade presentention Muet pulok tu
Tapi aq cubo lh guno tips nih mane tahu buleh
kd shoes
bape hoodie
yeezy
kd 13
moncler
jordan shoes
yeezys
kobe shoes
kd13
yeezys
click sitewebsite link find thisclick to read more navigate to this websitebrowse around here
Post a Comment