Bila aku buka Facebook, ramai kawan-kawan aku mencari housemate untuk rumah sewa. Baru aku sedar, rupanya, tak sampai sebulan, semester baru nak mula dah weh. Patutlah diorang dok pergi sibuk-sibuk bincang pasal rumah sewa. Nasib baik semester depan aku dapat duduk kolej. Alhamdulillah.. Aku duduk dekat Kolej Perindu.Yuran, RM210 untuk satu semester. Yeahoo!!
Dah dua bulan aku duduk rumah tak buat apa-apa. Nak keluar jalan-jalan, tak tau nak ajak siapa. Transport pun takde kan. Cuti empat bulan ni memang membosankan. Nasib baik first month aku ada Legal Explorace Camp. Lepas tu, last week aku ada Majlis Tahlil & Iftar Starian037. Kalau tak tahulah nak buat apa dekat rumah. Kerja?? Aku bukan ada transport nak pergi kerja. Dulu, dekat Shah Alam, aku ada dapat kerja KFC dekat JJ Bukit Raja tapi aku tak pergi pun. Hee.Sebab takde tempat nak tinggal. Plus, takde transport. Hish, aku ni tak habis-habis nak cerita takde transport nye kan? Aduhailah aku. Haha.
Tiba-tiba rindu pulak dekat Shah Alam. Kalau dah ada dekat Shah Alam pulak, menyumpah-nyumpah Shah Alam pulak. Tulah manusia. Tak pernah bersyukur langsung. Haha. Tapi memang betullah, rindu nak balik Shah Alam.
Next semester, dapat bilik baru dengan roommates baru. Tak tahulah ok ke tak roommates baru ni. Last semester, nak kata ok, takde lah ok sangat. Haha. Hanya orang yang tahu je tahu kenapa tak berapa nak ok. Mintak-mintaklah dapat Perindu 2 sebab Perindu 2 dekat dengan Fakulti Undang-undang Cempaka. Lagi, dekat dengan kooperasi. So, tiap-tiap malam boleh beli nasi lemak kooperasi sambil jual minyak dekat kakak koop Perindu yang ayu tu. Wah!! Ayu keh?? Haha. Akak-akak koop ni ada tiga orang semuanya. Lepas tu ada lagi dua orang abang. Akak pertama, dia ni kerek sikit. Layan nak tak nak je. Lepas tu, akak kedua ni, tak habis-habis cakap "Sila datang lagi!!" sampai kadang-kadang annoying pulak dengar. Yang akak yang last tu, yang paling ok. Kita kacau-kacau dia pun, dia cool je. Dia ni dah nak kahwin kot. Haritu aku tengok cincin emas di jari manisnya. Haha. Lepas tu, ada seorang abang kalut ni. Tak habis-habis kalut. Kadang-kadang pening juga dibuatnya. Lepas tu, ada lagi seorang, budak sport rec kot. Badan smart. Aku rasa dialah yang dok promote ubat naik muscle kat koop Perindu tu. Tapi, tak laku pun ubat tu aku rasa. Haha.
Next semester, tak tahulah dapat sama dengan classmates group last sem atau pun tak. Dengar cerita, ramai yang nak tukar group. Aku rasa, selama aku dekat Shah Alam, last semester punya group paling best. Siap kene halau dengan MBSA lagi sebab buat bbq depan tasik Shah Alam. Haha.
Buat penat je pasang arang, last-last kena simbah dengan air. Haha
Pada aku, ahli-ahli dalam group tu penting. Dia main peranan jugak. Kalau lecturer tu kerek, tapi kalau group mates pandai nak menceriakan kelas, rasanya takde masalah dengan mana-mana lecturer pun. Kadang-kadang ada setengah groupmates yang suka buat perangai. Tu yang kadang-kadang kelas best jadi tak best. Lecturer masuk pun down. Sebab takde mood nak mengajar. Hurm, subjek pun makin lama makin tough. Sekarang ni, dah lama tak pegang pen. Dah bukak sem depan, mesti dah kekok nak pegang pen. Tulisan jadi buruk. Lepas tu, nak tulis pun mesti slow je. Haha.
Ahh.. Bila cakap pasal Shah Alam ni, tiba-tiba rindu dekat tom yam campur Vichuda. Pot makan kalau kelas habis pukul 6 memang kat Vichuda je. Aku tak tahulah apa bendalah dia letak dalam masakan dia, tapi tiap kali nak makan, mesti selalu pergi restoran ni.
13 comments:
saya melati :)
hbakk woo boleh hfal menu..harga dia hafal tak ?? apa paling murah ??
nurul amira
lah..budak uitm rupanya. awat tak habaq mai?haha
FaKArePa!n
paling murah tentu-tentu air kosong. 20 sen segelas.haha
saya pemalu :p
adi..kau mesti happy sgt sem lps sbb aku sama class dgn kau kan?!hahaha..
nurul amira
haha.yolah tu
u r so mean!
ah kau. kelas equity je dengan ko. boo...kerek. haha
saya kenanga :)
Razil Tahir
boo.haha
saya RED HOUSE
uikkk lama x singgah sini
eh budak itm gak ek? hoho saya dh lama tgglkn hai itm dungun hoho really rindu...
bape hoodie
jordan shoes
nike air max
converse outlet
golden goose outlet
kyrie 6 shoes
vans outlet
coach handbags
huaraches
golden goose sneakers
Post a Comment