Sunday, 14 August 2011
Ini Kisahku Wardina Dan Maksud Bacaan Solat
Video ni ialah rancangan Ini Kiashku, dekat TV9. Ini kisah macam mana Wardina boleh berubah. Best!! Dalam rancangan ni, Wardina ada cerita, kalau kita faham bacaan solat tu, tak mustahil hari-hari kita nangis dalam solat. Lepas tu aku ada tengok satu rancangan kanak-kanak ni, pengacara ni tanya kat budak-budak dalam rancangan tu, hafal maksud bacaan dalam solat tak? Lepas tu budak-budak tu cakap diorang hafal. Aku terasa malu jugak sebab aku tak hafal pun maksud dalam sembahyang tu. So, mulai hari ini, aku nak hafal maksud bacaan dalam solat sebab rasa lebih khusyuk kalau tahu makna dia. =)
Takbiratul Ihram Dan Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
wardina ni rebellious bodoh time dia remaja..nampak sgt dia tido or ponteng waktu kelas agama pastu bila mak dia suh pakai tudung dia marah balik mak dia sebab terpengaruh dgn buku "remaja barat suka pakai coli"..dah pakai tudung pun masih bodoh dgn perception..kalo org yg hi-intelek takkan ckp ape yg kita pakai menzahirkan peribadi kita..nonsense! zmn skang ni yg pakai tudung belum tentu warak..tgk mcm dato ct walau pakai selendang je cara dia bawa diri sederhana je takde tergedik2 mcm si wardina poyo ni.bye
Salam alaik..
Kalau kita nak buat perbandingan biarlah dengan contoh yang betul.
Ni la sebabnya orang islam susah nak maju pemikirannya...
Kalau kita suruh pmpuan pakai tudung, dengan pantas mereka akan berkata ;
" eleh, berapa ramai pmpuan yang pakai tdung tu mengumpat...etc"
seolah-olah kejahatan mereka hadir setelah mereka memakai tudung.
Sedangkan hakikatnya perempuan bertudung yang mengumpat itu adalah orang2 yg x sedar hakikat tudung disyariatkan... (bukan sekadar nak tutup kepala tau..)
Kenapa x pernah dipandang berapa ramai orang yang yang bertudung yang x mengumpat, bergaul bebas, gediiik...etc
fikirkanlah...
bertudung tu benda wajib. dah agama suruh. tak pakai hukumnya berdosa. kenapa nak ungkit-ungkit kesilapan yang dulu-dulu? nilah masalah orang islam dekat malaysia, suka terus menghukum daripada mendidik..plus, memang orang kita suka judge peribadi orang daripada pakaian pun..
alangkah indah jika imej bertudung wardina digarab dgn attitude semolek gadis melayu terakhir..like imej wardina+attitude ct nurhaliza=perfect figure muslimah..hehehe selamat beramal
sgt suka dgn video wardina...
thanks share :)
mohon copy translation ya :)
lelaki melayu terakhir
sama-samalh kita meningkatkan ketaqwaan dan pribadi kita. dunia hanya sementara.=)
butique4u
ure most welcome!!
nona
silakan.=)
sbb kena bertudung
bgusnyeeee kalau sy pon hafal..
nieh la azam last2 puase
kite hafal nieh...
Post a Comment