Tempat : Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Situasi : Seorang manusia sedang makan bersama rakan-rakannya dan terdapat seekor kucing yang duduk 200 meter daripada meja manusia tersebut, memerhatikan manusia itu makan.
Manusia : Burg!! Alhamdulillah kenyang. Krrrr, krrrrr, krrrrr, kucing, nah amik ni!!
Heri Poter : (Daripada jauh) Yes!! Ada makanan!! (sambil berlari-lari kegirangan tak terhingga)
Bila sampai-sampai je dekat meja manusia tu, Heri Poter sungguh hampa apabila yang ada hanya tulang ikan yang penuh dengan air liur sahaja.
Heri Poter : Hek mung!!Hampeh punya manusia!! Ko ingat aku ni jin ke ape nak makan tulang? Buat penat je aku lari!! Grr!! Sabor je lah!!
Macam itulah sifat kebanyakan manusia zaman sekarang. Memberi tapi bukan dengan keikhlasan. Bulan-bulan puasa ni, ramai yang selalu buat amal jariah. Contoh, sedekah baju dekat orang miskin. Tapi,kalau dah baju tu koyak-rabak macam mana orang tu nak manfaatkan? Selain tu, ada juga bersedekah tapi nak menunjuk-nunjuk. Tak pun, nak dekat raya ni, budak-budak datang rumah bukan ikhlas nak menziarah, tapi nak mintak duit raya. Yang tuan rumah pulak, kadang-kadang, bagi duit raya bukan ikhlas, tapi sebab terpaksa sebab memang dah macam jadi kewajipan tatkala syawal berkunjung tiba.
Tapi, bukanlah semua orang macam ini. So, diharapkan selepas ini, kita lebih ikhlas dalam setiap perbuatan dan amalan kita. =)
20 comments:
Mari bersedekah :)
Maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir adalah sedekah. Begitu juga amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Ini semua bisa dicukupi (diganti) dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at.” (HR. Muslim no. 1704)
IkiN
tq for sharing the info!!
class gila lukis tangan .
nasib baik ada buat description kat tangan, kalu tak mmg nmpak mcm akar pokok la. tehee :P
btul tu, kalu niat nak sedekah sekalipun, bagila yg elok2. ni bgi pun yg buruk2, alasannya sbb taknak pakai dah. ish ish ish.
Nalisa Syahira
Kelas kau jah!! haha
::Cik Pija::
haha. kan.. hodoh benor tangan ghope tu. itulah, niat kena ikhlas
" Macam itulah sifat kebanyakan manusia zaman sekarang. Memberi tapi bukan dengan keikhlasan. "
like this statement..
selalu bagi kucing makan tepi rumah..
menunjuk tu..hehe
puteri katak
statement tengah ngantuk sebenarnya tu. huhu
IMANSHAH
tengok niat kita jugak cikgu.
niat tu penting..
kalau betol niatnya,xde la die nak sedekah menda yang dah rosak..^^
menyentuh di kalbu.. =)
eh2 serius nampak mcm akar la. haha
ngee
saya cello191
betul tu. setiap amalan dinilai berdasarkan niat.=)
i am S!L4H..
Yelah..Macam nilah kan... Taulah tanganku ini langsung tak berseni. Haha
ilustrasi yang menarik dan mudah difahami...hehe..ikhlas tu dari niat.....('',)
tulang ikan ker tue?
1st time tengok ingatkan burung layang2...
hadi
terima kasih. huhu
Razil Tahir
Itulah kau, buta seni. Asyik tengok gigi je. Haha
kucing tu pun teringin isi ikan..heheh
tp xpa.. yg lebih penting ialah memberi.. ada yang seifat kedekut..lagi dasat tuh
yui92
tulah, dia nak makan isi ikan. bukan tulang ikan. huhu
Post a Comment