Friday, 10 December 2010

The Kuih And The Old Folks


Kuih adalah sejenis snek yang terdiri daripade pelbagai jenis. Antare jenis-jenis kuih yang wujud ialah seperti lopes,karipap,lepat,tepung pelita dan sebagainye.

Terpanggil untuk menulis tentang kuih kerane aku semakin keliru dengan makanan yang bername kuih ni. Adekah kuih hanye sesuai untuk golongan golongan yang berumur 45 tahun ke atas?

Mengape aku berfikir demikian? Sebab yang pertame, semase berjalan pulang menuju ke Kolej Jati, selepas manghadiri makan makan di food court Seksyen 2, Shah Alam, bersame same E,A dan A, sewaktu beberapa langkah menghampiri pagar, kami didatangi satu suare yang agak garang bunyinya. “Dik, Adik!!Dik!!” Rasenye semue pun boleh dengar suare tu, tapi semue buat tak tahu je sebab cuak. Dalam hati aku, ni mesti ade orang nak sound kitorang ni sebab buat bising malam malam.Tapi, rupenye, suare tu datang dari sorang pak cik ni. Die nak bagi kuih, balance dari jamuan kat surau. Laa, mati mati la kitorang ingat die nak marah kitorang. Jadi, kitorang pun membawe pulang kuih itu ke bilik study. Kuih itu, aku fikir akan cepat dihabiskan. Malang sekali, jangkaanku meleset sama sekali. Hanya aku yang beria ia menghabiskan kuih kuih itu. Yang lain langsung tiada nafsu untuk merase kuih itu.

Tibe-tibe kawan aku tegur, ‘ko ni macam selere orang tuwe kan?”sambil tersengih sengih. Napenye? Aku menjawab kepelikan. Yela, ko suke makan kuih. Aku jawab, Ha?!! Suke makan kuih ni macam orang tue eah?!! Jangan nak ngarut la weh. Orang mude pon makan je ape kuih ni. A berkata lagi, Ni yang aku suke kawan ngan ko ni Adi, selere ko pelik pelik. Selere tradisional. Mempertahankan warisan orang dulu-dulu. Aku macam nak tergelak dengar. Ntah pape. First time aku dengar orang tuwe je yang suke makan kuih.

Tapi, bile aku pergi satu rumah kawan aku ni, kawan aku cakap aku ni macam orang tua lagi sebab aku suke makan kuih. Die cakap, kat rumah die, kalau ade kuih, mak ngan nenek die je yang suke makan. Die ngan akak die haram tak nak makan. Haha. Kelakar.

Aku memang suke makan kuih. Sebab mak aku memang rajin buat kuih. Cakap je kuih ape. Kalau bapak aku tanye kat mak aku, masak kuih ape, mak aku mesti mention name aku. Contoh, kuih limas, adi suke ni. Tak pun, buah melake, adi suke ni. Tak pun, tepung talam, adi suke ni. Ha... Lagi pun, aku jenis yang tak makan nasi dalam kuantiti yang banyak. So, lepas makan nasi, aku memang selalu akan rase lapar lagi. Mase tu la aku melantak kuih kuih ni. Baru terase sempurne hidangan tu lepas makan kuih. Haha. Macam hari tu, mase dapat nasi bungkus ngan kuih free mase pergi kursus yatim, aku tak habiskan nasi. Lepas tu, aku pergi la amik kuih. Pastu, urusetie suruh aku amik banyak banyak kuih sebab banyak lebih. Pastu aku amik la banyak banyak. Lepas tu kawan aku dah pelik. Aik, tadi nasik ko tak habiskan, tapi, kuih banyak banyak boleh pulak ko habiskan?Haha. Aku cakap la, aku memang macam tu. Hehe.

So, kesimpulannye, aku rase bukan orang tuwe je yang suke makan kuih ni. Orang mude pun boleh je.

6 comments:

Ikmal Fayadh said...

aku rindu karipap! indon takda karipap. :(

hans said...

aku pun suka makan kuih weih

P/S : Rasa Macam Nak Goreng Tepung Jer Operator Pizza Hut Nih

- abdul hadi abdul muti - said...

Ikmal Fayadh
eh,ade la.aku pernah nampak kat sinetron.haha

- abdul hadi abdul muti - said...

hans

same la kite.haha

abid_PM said...

aku suka karipap asaalnya, kenapa tah sejak akhir2 ini aku tak beli karipap. aku jatuh cinta sama goreng pisang.

- abdul hadi abdul muti - said...

haha.aku, due due sedap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...