Ini bukan post anti polis. silelah jangan salah faham. ni untuk pengetahuan je. lagi pun, rakyat malaysia bukan kisah sangat pun pasal bende dende macam ni. padehal ni la hak diorang yang ade dalam perlembagaan persekutuan ngan criminal procedure code. kalau pasal citer citer artis kene tangkap basah ke, or minum todi ke, laju je, kan? Rakyat kene tahu sikit sebanyak pasal bende bende ni semue. Kalau tak senang senang la polis tu nak buli korang.
Hurm, ok. Hari ni, nak citer sal kalau kene tangkap polis. Dulu-dulu, kalau dekat gig-gig kat Ipoh, kalau korang pergi sane, selalunye diorang bagi flyers sal prosedur kalau polis nak tangkap korang. Tapi, sekarang da takde da kot. Maybe dulu polis ingat gig gig ni tempat budak budak mat pit semate mate kot.
Ok la. Proses tangkap menagkap ni bermule bile wujudnye /berlakunye suatu kesalahan/cubaan
melakukan kesalahan sehingge pesalah itu ditangkap.
Antare contoh-contoh tangkapan boleh dilakukan
Melihat sendiri kesalahan dilakukan dengan bijik mate sendiri
Mendapat maklumat sesuatu kesalahan telah berlaku
Mensyaki sesuatu kesalahan telah atau mencuba melakukan.
Mensyaki bermaksud dengan undang-undang dan secara "bone fide" atau suci hati
syak yang munasabah. Maksudnye, nak tangkap orang tu bukan sebab nak naye kan die.
Oleh itu pesalah itu boleh ditangkap tanpa waran digunakan.
Penjawat awam perlu memperkenalkan diri sebelum tangkapan
dilakukan.
Memperkenalkan diri adalah wajib!!
ini adalah untuk mengelak jabatan disaman dengan dikaitkan pertuduhan palsu tanpa
memperkenalkan diri (dengan menunjukkan Kad Kuasa).
Mase time nak kene tahan tu, penangkap kene bagi tahu sebab ape orang tu kene tahan. dalam bahase orang putehnye, arrestee must be told the "ground of arrest". Contoh, anda ditahan kerane anda disuspek mencuri 78 bijik kuih karipap kat kedai mak cik kiah!! cepat,ikut saye ke balai!!haha. Ground of arrest tak semestinye kene spesifik. Kalau macam "anda ditahan kerane mencuri!!" itu pon dah memadai.
Kalau dah kene tangkap macam tu, orang yang tangkap korang kene bawak korang pergi majisteret dalam mase 24 jam.
Kalau dah kene tangkap, korang ade hak untuk dapatkat lawyer mase time ngah investigation.
Sebenarnye, bende bende ni tertakluk jugak dengan banyak perkare. Tapi, untuk tak memeningkan korang, rasenye, cukup la ni. Semoge tak sie sie korang bace post ni.=)
4 comments:
hohohoho
apa2pun cuak weih bila kena soal siasat polis
P/S : Apakah Perasaan Anda Apabila Umur Anda Menjadi Bahan Tekaan? Gembira Atau Duka Atau Tiada Apa - Apa Perasaan?
pernah kene ke?huhu
aku tak rela ditangkap
tapi ade setengah setengah keadaan, kalau tak buat salah pon boleh kene tangkap cikgu.huhu
Post a Comment