Friday 9 September 2011

Scaling Gigi Dengan Mak Lampir


Korang pernah scaling gigi tak? Amende scaling gigi tuh? Scaling gigi tu macam korang buat service kereta. Nanti, doctor gigi yang buat scaling gigi korang tu akan periksa samada gigi korang rongak ke, lompang ke, berkarat ke, berterabur ke, ada jangkitan ke, ada kaviti ke.

Alah, mende ni sebenarnya kita buat masa dekat sekolah dulu. Dulu-dulu, masa sekolah, kan ada orang klinik pergigian datang naik van cokelat macam warna teh tarik tu. Lepas tu, yang keluar dari van tu, nurse-nurse yang kadang-kadang hot kalau korang bertuah tu. Haha.

Lepas tu, nanti, kita kena bawak kad rekod pergigian kita. Then, kena amik turn ikut kelas untuk periksa gigi. Masa periksa tu, dia suruh duduk atas kerusi menyandar tu. Lepas tu, dia suruh nganga. Ngaaaaa lah kau sampai habis dia periksa. (Tiba-tiba aku teringat scene Final Destination 2 yang dia pergi cek gigi tu. Haha).  



Masa periksa tu, dia bukak mulut kita pakai besi yang rasa dia payau-payau tu. Lepas tu, nanti, dia akan sebut kod gigi. Macam A-T-8-G-KE cheque!! Entah betul entah tidak kod gigi aku tu, aku main bedal je. Haha.

Kalau gigi korang berlubang, nanti dia akan tampal. Masa tampal ni, dia pergi gerudi gigi ko tu. Geg!geg!geg!geg! Lepas tu korang kena kumur, lepas tu, nanti dia gerudi geg!geg!geg! balik sampai siap. Nak lagi hardcore, diorang cabut gigi korang sebab korang takut sangat nak cabut sendiri. Diorang cabut pakai sepanar berdiameter 16 inci. Haha. Takdelah, diorang adalah apparatus diorang sendiri nak cabut gigi tu.

Tak pun, masa sekolah rendah, sehari sebelum orang klinik gigi datang, guru kelas pesan suruh bawak berus gigi pergi sekolah. Ini untuk memberus longkang sekolah bagi projek menceriakan kawasan sekolah. Haha. Ada pulak macam tu? Actually, guru kelas tu suruh bawak berus gigi, sebab esoknya nurse nak ajar macam mana nak berus gigi. Masa tu, nanti, dia bagi cawan stainless steel tu, lepas tu, dia letak ubat gigi, lepas tu nurse tu pegang model gigi besar gedabak tu, tunjukkan kat kita macam mana nak gosok gigi dengan betul iaitu dengan pergerakan ke atas dan ke bawah. Bukan ke kiri dan ke kanan ye adik-adik. Ha.. Manja gittew!! Kalau dapat nurse yang baiklah!! Kalau dapat yang nurse macam mak lampir, kalau tak bawak berus gigi je, dia rotan tangan kita pakai berus gigi dia yang besar gedabak tu. Haha. 



Lepas berus gigi, mesti dapat ubat gigi percuma. Tapi ubat gigi dia ciput je. Macam tak ikhlas je bagi. Patutnya, bagilah ubat gigi yang besar tu. Yang selalu, kalau kita beli ubat gigi saiz macam tu, dapat percuma pinggan free tu. Haha. Boleh jugak tahan lama, tak payah nak beli ubat gigi sebulan. Ceyh, banyak songeh!!

So, macam tu lah scaling gigi. Bezanya, dah takde van cokelat teh tarik nak datang dekat korang. Dah tak de kena bawak kad rekod pergigian masa perci scaling. Ha, semua buat sendiri.

Aku selalu buat scaling dekat Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam je. Senang, tak payah bayor. Selalunya, doctor gigi tu cuci plug aku je sebab gigi aku takde masalah sangat. Dia cuci plug gigi aku sambil memuji-muji gigiku yang kemas dan berkilauan bak mutiara ittew. (Wuek!! Muntah unggu) Haha.

So, bagi korang yang tak pernah buat scaling gigi, apa kata korang cuba? Alah, senang je, pergi dekat kaunter, cakap dekat situ, saya nak buat scaling gigi. Nanti dia bagi nombor, lepas tu,kalau dah sampai turn, masuk dalam bilik doctor gigi tu, lepas tu tahulah korang nak buat apa lepas tu. Selamat mencuba!!




34 comments:

Unknown said...

errr dulu selalu gak buat.. tp skrg dah 2 tahun kot x buat.. hehehehe

Wadi AR said...

lu tengok gg gua. cun, bersih dan TAK de tampal tampal tahu. TAK caye, tgk sendiri

Unknown said...

buat aku teringat zaman2 skolah rendah dulu...hadoih...aku mmg kecut klu tengok van coklat tu...hehehe...

- abdul hadi abdul muti - said...

QueeN Teratal

kalau nak ikutkan, kena buat setahun 2 kali.huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

Wadi AR

bak datang gigi ko aku nak tengok!! haha

- abdul hadi abdul muti - said...

my Aysy

Haha. Kalau gigi cantik, takpela jugakkan. huhu

Kakzakie Purvit said...

Kakak baru pergi anak-beranak ke klinik buat ini semua sebelum puasa tempohari...

saya cello191 said...

uish...teringat memmori dulu2..
gosok gigi tepi longkang..^^

- abdul hadi abdul muti - said...

Kakzakie

owh.. tulah, ada orang kata tak boleh buat masa puasa. hurm. tak tau betulke tak

- abdul hadi abdul muti - said...

saya cello191

haha. betul!! tepi longkang!

[ faris ] said...

aku penah skali buat scaling kt p.k uitm. hahaa

Razil Tahir said...

Selalu pergi scalling kat Pusat Kesihatan Uitm ker....
Baru SEKALI pergi scalling kat Pusat Kesihatan Uitm....?
hm..? cube kabor btol2...... hehe XD

btw... aku rse scalling tue tnggalkan plug dgn tartar jer la...
kalau lubang n goyang de masuk kes lain...

Razil Tahir said...

ok it supposed to be "plaque" bukan "plug"...

Unknown said...

pergh, rajin gile ea buat scaling2 bagai..mesti nurse2 kat sane cun, tu yg rajin tu..hehe

Anonymous said...

aku nak scaling tapi aku tak suke doktor gg. jadi aku tak nak scaling.

Anonymous said...

haha. teringat mase sekolah, asal van nurse gigi dtg je semue cuak. bhahahaha

lg cuak bile kad gigi sampai kelas. siaplah giliran kau. hahaha

- abdul hadi abdul muti - said...

[ faris ]
owh, aku ingat ko tak pernah buat. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

Razil Tahir

Sekali je. Yelah, whatevellah!! tahulah budak dentistry. Haha

Unknown said...

aku tak suka doktor gigi !! takut smpai skrg,,kalo nk inject kt tgn ke amik darah ke ape lagi berani dari jmpe doktor gigi

- abdul hadi abdul muti - said...

::budak::

haha. bolehlah..

- abdul hadi abdul muti - said...

sUe Unnie;)

dah nama pun scaling gigi, mestilah doktor gigi yang buatkan. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

i am S!L4H

kitorang suka sebab boleh escape kelas. haha

- abdul hadi abdul muti - said...

Finaz Jaafar

haha. hantu gigi tak takut?

saadah azmin said...

mesti senyuman berseri2 ni

- abdul hadi abdul muti - said...

cik misi

haha. biasa je

Anonymous said...

haha mase tu dah x terpikir nak skip kelas.
sgt cuak. muahaha

sYafIk-wAy said...

selalau terketar-ketar bila nak jumpa nurse dulu2 , hahaha

Noor Fatin said...

lama xbuat. fobia kalau dengar nama klink gigi, doktor gigi, cabut ggi. haha.. :P

- abdul hadi abdul muti - said...

i am S!l4H

fobia gila!! haha

- abdul hadi abdul muti - said...

sYafIk-wAy

garang sangat ke nurse tu? haha

- abdul hadi abdul muti - said...

NOOR FATIN

huhu. biaselah tu

nurhamizatulzullraooh said...

teringat masa sekolah dulu memang ada pun buat macam ni..yang tak tahan masa gerudi tu rasa seriau sangat

Akmal Aizat said...

Salam. Baru tahun scaling gigi apa benda hihi. Lepas ni plan nak ke klinik gigi check dan scaling. Sebab rasa juga gusi macam bengkak2 sikit tapi tak sakit sangat.

yanmaneee said...

michael jordan shoes
retro jordans
nike air max 95
christian louboutin shoes
hermes handbags
jordan 11
golden goose sneakers
yeezy shoes
vapormax
air max 270

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...