Sunday 10 January 2010

Starian037 - The 7th Annivessary Gathering Part 2

pagi sabtu itu, aku bangun pagi kerana ada taklimat kesatria.selesai taklimat yang agak lahanat itu, aku bergegas mencari jalan pulang ditemani abbad.kami singgah sebentar untuk membeli air tebu di dataran cendakia. aku terserempak mag, bersama pacarnya yang aku tidak tahu nama tetapi tinggal di subang jaya, adib dan apan..aku sempat mengingatkan mag untuk turun midvalley petang ini..aku ingin bersembang lama dan bermesra2 dengan kawan kawan baru iaitu kawan kawan mag juga tapi aku segan dan malu.mungkin kerana itu, mag asyik complaint aku sangat sombong dan kerek tapi sebenarnya tidak sama sekali...

aku dan abbad bergerak menunggu bas di stesen bus mawar..hah..lega, ada bus uitm..selamat duit seringgit aku.pulang di kolej jati, aku bingkas bersiap untuk ke midvalley..hizamy,sekali lagi telah bermurah hati untuk menumpangkan aku untuk menaiki motor lagenda oren beliau.haha.kalau takde beliau,alamat naik bus rapid pg amik kek.bawak naik ktm ngan kek kek sekali.tak dapat ku bayangkan..haha

kami sampai di baker cottage pada pukul 3 petang.seperti biasa, brader tu dah tau dah aku nak amik kek.tanpa membuang masa beliau menghulurkan fail reservation untuk aku tandatangani.hizamy telah meletakkan kek tersebut dengan jaring yang tersedia di motor beliau supaya senang bila mahu merempit di federal highway nanti, tidak melayang kek itu sehingga terslepek di atas cermin kereta atau di atas jalan..

jalan agak jam, tapi hizamy mencelah dengan jayanya.kami sampai sekitar pukul 345...aku terus ke rasamas untuk menyimpan kek di situ supaya tidak cair..lagipun,takkan aku nak menjinjing kek itu ke hulu ke hilir dalam mid valley yang sesak seperti di dalam adegan 2012 tatkala manusia berebut2 untuk menaiki kapal untuk menyelamatkan diri...huhu

setelah itu, aku cuba mendail nombor2 setiap ahli2 leonairats untuk mengconfirmkan kedatangan mereka.aku cuba mencari starian037 yang sudah sampai di midvalley tetapi aku dan hizamy terlalu penat dan dahaga lantas terus ke foodcourt untuk minum sebentar...

aku dan hizamy nampak aizat,mag dan mago sedang berkeliaran di centre court..aku kira, tidak perlu ikut mereka sekali kerana mereka semua mahu membeli belah.huhu.aku dan hizamy bergegas mencari nasier dan supex, namun tak jumpa2..tiba2 palo menelefon aku mengatakan beliau sudah sampai ditemani ayap dari ukm.aku dan hizamy bersetuju untuk mengikut mereka.sampai di dalam jj, kami telah terserempak dengan mag,aizat dan mago yang mungkin ingin membeli baju di situ..mag memang tak boleh bla...jumpa2 sahaja, terus dikutuknya ayap..mag2..hahaha..alah kutuk2 mesra..hahaha

aku,hizamy,palo dan ayap pergi ke mph untuk meninjau buku buku yang menarik sambil berborak diiringi tawa..di mph,kami berjumpa dengan supex yang tidak lagi kedengaran bunyi seretan kasut nya dan juga nasier..

beberapa jam selepas itu, aku palo hizamy dan ayap ke surau the garden untuk sembahyang asar..disitu, kami dihidangkan dengan lagu fantasia bulan madu yang dinyanyikan oleh seorang perempuan yang datang dari telefon pak guard aku rasa yang sedang bersembahnyang.haha

selesai sembahyang, kami terus ke foodcourt yang agak buruk itu untuk minum sebentar.di situ,kami berbual dengan rancak seklai..sungguh penat menahan hilai dan tawa tatkala bercerita kisah lama kami bersama guru kelas kami yang mempunyai vokal mantap dan macam macam lagi.kami juga sempat membuat andaian apa yang akan terjadi tatkala kami sudah tua kelak.mungkinkah kami akan membuat gathering reunion lagi??ketika itu, mungin kami sudah berpenyakit..menu reunion pon semuanya mestilah kurang garam dan kurang gula.ataupun, mungin ketika itu, terdengar dialog seperti ini,'weyh,pau sikit ubat darah tinggi ko.aku lupe bawak aku punye'...mungkin..tetapi semoga leonairats sihat sihat lah hendaknya...

semasa rancak bergelak tawa, tiba2 di skrin telefon aku, tertera 'unknown' is calling...bingung aku jadinya.tidak pernah pula aku savekan nama unknown di dalam contact list aku..aku fikir handphone aku sudah mereng kerana terlalu banyak sms dan kol yang diterima.tetapi bukan kerana handphone aku yang sewel tetapi yang menelefon aku itu adalah muz...dia pakai nombor united kingdom.itu fasal keluar unknown..aku sangat terharu kerana dia menelefon aku semata2 ingin mengetahui tentang adakah reunion berjalan dengan lancar...tiba tiba sahaja aku terindu sama dia..haha.dia juga sempat mengirimkan salam kepada semua leonairats..huhu...

aku mula sedar,kedatangan leonairats agak sedikit.aku sudah booking 30 tempat tetapi aku tak rasa yang datang itu sampai 30 orang.jadi aku bergegas ke rasamas untuk mengurangkan bilangan tempahan daripada 30 org ke 24 orang..

selepas itu,kami ke surau midvalley yang penuh dengan orang untuk bersembahyang mghrib.masih berbual rancak di situ..haha

selesai bersembahyang, terus sahaja kami ke tempat berlangsungnya majlis annivessary leonairats itu...ramai juga yang datang.antaranya :

1. aku
2. hizamy
3. palo
4. ayap
5. nuex
6. brad
7. scay
8. ijat
9. mag
10.aizat
11.izzee
12.berque
13.nasier
14.supex
15.yun
16.ossay
17.pakan
18.amir
19.palam
20.agil
21.amoi
22.mago

makanan semua cukup..kami telah makan dengan lahap sekali.riuh rendah jadinya kedai itu..orang sekeliling memandang kami sambil tersenyum..kami tidak mempedulikan mereka.ini hari kami.so,just enjoy your sweet moment together.huhu

selepas penat makan, sampai dah tak larat makan, aku meminta kakak manager untuk mengeluarkan kek annivessary kami..haha...scay telah memotong kek itu sempena hari jadi nya..aku tidak pasti ya ka tidak janji meriah.haha.

saat bayar..satu pale dikehendaki membayar rm 11...murah la tu kan...dinner plate kat kfc pon mahal lagi kot..huhu..

selesai sudah makan makan di rasamas..kami mengambil jalan pulang masing2..terpancar kegembiraan di setiap muka muka leonairats..haha.aku lega dan puas kerana satu lagi majlis gathering kecil kecilan berjaya dilakukan..

aku dan hizamy meredah highway dalam hujan lebat untuk pulang ke shah alam..even kasut aku bertakung air tapi best.haha..memang basah la..thanks la zamy bawak aku..haha

terima kasih kepada yang datang. sori kalau ade yang terkurang.yang tak boleh datang,its ok.aku paham...and jangan down..banyak lagi reunion leonairats lepas ni..huhu


2 comments:

edy anuar said...

terbaekk wok nyah
haha!~
nanti buat lagi ye
:)

- abdul hadi abdul muti - said...

thanks2!!
haha
okayh2..no hal..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...