Monday, 9 March 2009

Maulidur RasulBiodata & Profil Rasul / Nabi Muhammad SAW - Informasi Profile Tokoh Dunia

Biodata & Profil Rasul / Nabi Muhammad SAW - Informasi Profile Tokoh Dunia

Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang ke 25 yang wajib kita ketahui. Beliau adalah nabi yang terakhir dengan ajaran yang menyempurnakan ajaran Allah SWT sebelumnya . Kitab yang dibawa bernama kitab suci Al-Quran yang berisi ajaran untuk semua umat manusia sepanjang zaman hingga hari kiamat tiba.

Biodata Rasul / Nabi Muhammad SAW :
- Lahir : Tanggal 12 Rabiul Awwal / 20 April 571 Masehi
- Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muthalib
- Nama Ibu : Aminah binti Wahab
- Nama Datuk : Abdul Muthalib
- Nama Bapa Saudara : Abu Thalib
- Gelar : Al Amin / dapat dipercaya
- Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah
- Umur Menikah : 25 Tahun (istri 40 tahun) ---> 6 anak / putra
- Diangkat Menjadi Nabi : 40 Tahun di Gua Hira / Hiro
- Ayat Pertama : Al-Alaq ayat 1-5

Bersame samelah kite memperbanyakkan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...

Saturday, 7 March 2009

Perhiasan Kosong

Ku bangun dalam kegelapan
dengan simbahan kehidupan
Saat saat kosong pun menyelubungi
Terapung dengan aura aura harapan
Oh tiada lagi harapan
Kenyataan membawa aku

Berpijak di bumi nyata
Apa yang boleh aku lakukan
Apa yang boleh aku katakan
Aku perlukan tempat persembunyian
Hanya untuk sementara, hanya untuk senyuman,
Hanya untuk kehidupan yang biasa aku lalui

Lagu sempurna yang dipenuhi
Kata kata cinta dan bukan nista
Jika mereka pergi
Jika mereka meninggalkan aku di belakang

Kerana aku tak mahu keseorangan
Hidup tanpa sesiapa
Aku tak mahu hidup aku seperti di pinggiran
Dihiasi perhiasan kosong
Kerana aku mahu bersama dengan insan yang kukenal

Yang melakukan benda yang sama
Membuatkan mimpi-mimpiku menjadi nyata
Aku tak bisa mengenali bayang bayang di pintu
Walau aku pernah melihatnya dahulu
Kerana apa yang aku inginkan
adalah untuk bersama kamu

Ku pandang awan
Ia pun memandang aku kembali
Ku tak mampu memdengar melodi bisu
Aku tahu aku di sini tapi aku sesat
Ditiup dalam kekeliruan oleh sang angin
Aku menyembunyikan mukaku
Menangis keseorangan
Aku memerlukan jalan untuk pulang
Kembali ke tempat itu
Hari hari yang bahagia
Kehidupan yang biasa aku tempuhi
Di mana setiap senyuman
Dilahirkan melalui kasih dan keikhlasan
Dan setiap titis air mata merembeskan kegembiraan

(ni bukan sajak mahupun syair...)






















Friday, 6 March 2009

Tag Sabrina

1. Anda rase anda HOT?**
tak..aku tak hot..just sedap mate memandang jewr..hahaha

2. Upload gambar kegemaran anda.

















3. Kenapa anda suka gambar ini ?

sebabnyer..muke aku time ni suci jer dari jerawat2 yang durjane...time tue,mak ngan abah aku pon tak pernah nak bising2 pasal jerawat yang bertaburan di permukaan muke aku ni ha...pastu..time tue..aku pun tak payah nak bazir2 duit beli facial wash yang boleh menyahkan jerawat2 yang langsung tak diundang untuk bermastautin kat atas muke aku..huh.....(gambar ni amik time pas trial spm..aku melanding atas katil aku and tanpe segan silu amik phone mursyid n tanpe disedari orang lain.. pastu tangkap pic aku sendiri.hahahaha)

4. Bila kali terakhir makan pizza ?
aritu..tak ingat bile ntah.ngan roommate aku..huhu

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
m daud kilau cek mek molek..hahaha..roommate aku pasang kuat2 kat speaker.hahaha

6. Apa yang sedang anda buat selain dari buat tag ni ?
tahan kencing..malas tol nak pg toilet buat mase skang.risau gak terkene batu karang, sakit pundi kencing, sakit buah pinggang dan sebagainyer...

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang paggil anda ?
alaah..malas tol nak jawab soalan ni...kang kalau aku cakap nanti ade la sipolan2 yang ngumpat aku ni tak sedor diri..ha...kebanyakan rakyat malaysia ni..hobi die kan mengumpat..ha..hahaha.so untuk mengelakkan sipolan itu mendapat dose mengumpat yang lebih berat dari dose membunuh orang, makenye..adelah baik kirenye aku tak jawwab soalan ini yer...haha

8. Tag lagi 5 orang:-
malas r nak tag2 ni
menyusahkan jerk..
huhu

9. Siapa no 1 ?
undefined

10. Siapakah orang no 2
cannot search

11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa ?
syntax error

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...