Time nak dekat bulan puasa ni, tiba-tiba
teringat cerita public phone dekat asrama aku kena letup dengan mercun bola.
Cerita dia camgini. Malam tu, aku rasa
weekend kot. Macam biasa, budak-budak akan pergi beli Maggie or air kat kedai
PCD or MCR. PCD tu bukan Pussy Cat Dolls. PCD tu maksudnya, Pak Cik Dawam. MCR
tu pulak maksud dia, bukan My Chemical Romance, tapi Mak Cik Ros. Haha. MCR
dengan PCD ni memang kalau time bulan puasa je, ada bukak gerai kat depan rumah
diorang. Rumah diorang pulak setentang dengan Blok Green, blok aku.
(Inilah peta blok mengikut rumah sukan masing-masing)
Satu malam tu, tengah-tengah aku baca buku
teks Chemistry Form 5 untuk menghadapi SPM yang bakal tiba, tiba-tiba, dengan
tak semena-mena, bunyi meletup kuat gila. Aku ingatkan ada budak main mercun
lepas tu putus jari ke ape. Yelah, masa tu annoying gila budak-budak ni main
mercun. Rupa-rupanya, bila aku turun bawah, tengok-tengok public phone tempat
budak-budak junior call mak bapak and call awek pakai reverse line dah meletup.
Hancur, hitam aku tengok public phone tu. Dah macam roti kirai pun ada aku
tengok. Haha.
(Sebelum dan selepas kejadian letupan. Haha)
Bila tengok betul-betul kat dalam public
phone tu, rupa-rupanya ada mercun dalam tu. Aku rasa mercun bola la kot dah
bunyi macam hape je ntah. Memang hancurlah public phone tu.
Masa tu, kitorang suspect budak form 3 yang
buat. Melalui post mortem dan sesi interrogasi yang dijalankan, saksi kejadian
mengatakan, suspek telah melarikan diri melintasi basketball court dan terus ke
Blok Red untuk memboloskan diri. Tapi, sampai sekarang, still tak jumpa siapa yang buat.
Mula-mula, tension jugak sebab ingatkan,
kitorang yang semua budak-budak Green, kena bayar denda untuk gantikan public
phone tu. Nasib baik rupa-rupanya TM yang tanggung bayar. Kesian Telekom..
5 comments:
normal lah kalo budak hostel yg menjahanamkan harta benda sekolah. macam aku. haha
dah bg free, pg rosakkan, klu ada emergency bru komplen itu ini rosak.... itulah sikap sesetengah manusia
Kalau Alexander Graham Bell tahu macam ini tingkah laku umat akhir zaman dia tak mahu kenalkan telefon agaknya. Tak tahu menghargai..
Tengok gambar tu macam pernah edit je, coba lihat dengannteliti, tak kan lah tempat hitam tuu sama ngan bayang?
stone island
kyrie 6
supreme clothing
pandora
golden goose sneakers
hermes bags
calvin klein outlet
golden goose outlet
yeezy shoes
yeezy
Post a Comment