Tuesday, 24 July 2012

Honda Civic 2012. Mahu Berlakon?


Heh!! Dah nak jadi Paul Tan ke pulak ape? Tetiba ja cerita pasal kereta-kereta ni pulak dah. Sebenarnya, lepas terawih semalam, aku ada tengok iklan Honda kat tv. Iklan tu mula-mula macam trailer filem. Lepas tu, last-last sekali, rupa-rupanya iklan Honda Civic 2012 yang baru. Lepas tu, dia ada suruh pergi kat www.allnewcivic.com.my.


Bosan-bosan, aku pun pergilah dekat page tu. Rupa-rupanya, benda iklan kereta Honda Civic tu, dia macam iklan yang pernah keluar kat internet dulu-dulu. Alah, yang boleh pilih bahasa Indonesia, Rusia or English tu. Lepas tu, page tu akan buatkan ko macam orang yang berkuasa gila. Macam ko ni Presiden negara mana entah.


Tapi, yang page Honda Civic ni, dia jadikan ko ni macam Jason Statham yang berlakon Transporter tu. Watak ko dalam page ni penjenayah yang dikehendaki polis. Ala-ala game Need For Speed  Most Wanted 
tu. Ha..


Lepas tu, adalah scene ko kena kejar dengan polis. Polis tu pakai kereta Volkswagon Golf dengan Proton Satria Neo. Then, dah nama pun nak promote Honda Civic, mestilah dalam scene tu, ko drive Honda Civic yang baru tu. Lepas tu, semua orang kejar ko. Nak tahu ending dia, kenalah tengok pergi sendiri kat page yang aku cakap ni.

Yang dekat bawah ni scene scene dalam clip tu. Haha.








Tadaaa!!!


2 comments:

::FAIZ:: said...

honda memang power n cantk. tp harga... hm

- abdul hadi abdul muti - said...

::FAIZ::

sebenarnya takdelah mahal mana. tapi sebab cukai, tu sebab mahal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...