Thursday, 26 July 2012

7 Ramadhan

Cuti semester ni memang aku takde sebarang aktiviti yang specific. So, level hormone-hormone makcik-makcik dalam badan aku ni mungkin sekali merembes dengan ganasnya. Sebab, aku dah mula start ketagih nak tengok drama-drama Melayu kat tv. Lepas tu, tengok dengan penuh emosi. Lepas tu, antara sebab aku dah jadi makcik-makcik yang suka emosi bila tengok drama melayu ni, ialah, sebab kengkawan aku memang selalu comment kat timeline Twitter, setiap drama yang keluar kat tv especially drama melayu kat TV3. 



Macam haritu, time carekarama, yang tajuk Perempuan Neraka tu, topic paling hangat ialah nasi pattaya kangkang dengan muka Fida yang make up tebal gila. Lepas tu, semua nak predict ending cerita. Kelakar. 



Tapi, sekarang ni, yang memang aku tengah follow, nih, drama 7 Ramadhan. Cerita dia so far meruntun jiwa betul. Memang aku tengok cerita ni dengan penuh emosi betul. 7 Ramadhan ni, dia punya plot macam sama je lebih kurang dengan drama-drama before this. Cerita dia pasal macam Tanggang versi zaman Najwa Latep. Tapi, cerita ni, dia punya sedih tak macam meleret-leret sangat macam cerita Rashid Sibir. Kalau cerita Rashid Sibir tu, mesti kena ada terpijak paku karatlah, kaki berulatlah, makan dengan kucinglah muka cacat sebelah macam Two Face lah kaki kena busunglah. Benda-benda macam tu kadang-kadang over and meleret sangat sampai orang pun dah rasa tak sedih dah. 



Yang cerita 7 Ramadhan ni, oklah. Scene dia sedih tapi tak payah nak berlakon over-over. Cerita dia pasal sorang mamat ni, nama dia Dani. Dia ni miskin tapi tak mengaku miskin lepas tu malu nak mengaku yang mak dia tu, mak dia. Dia cakap parent dia dah meninggal dunia. 


Yang berlakon jadi mak, Elly Suriati. Ha, selalunya, yang berlakon jadi mak-mak ni, tak lain tak bukan, Fauziah Nawi, Wan Maimunah, tak pun Mak Cik Engku tu. Tapi, yang ni, Elly Suriati pulak berlakon. So far, not badlah. Dengan muka yang takde make up and macam blur-blur, memang mengundang simpati. 


Yang anak dia pulak, siapa entah nama pelakon tu. Pelakon baru, tapi muka macam vlogger si Aman tu.Alah, yang buat parody KL Gangster yang last-last sekali minum Vitagen tu.




 Lepas tu, pelakon perempuan dia pun tak tau siapa. Lepas tu, mak si perempuan tu, kuat membebel, lepas tu, episode semalam, kelakar gila bila mak dia marah orang gaji dia yang nama Izabel. Izabel, Izabel. Aku ingatkan oghang Filipina ghupanya oghang Kedah kita. Haha. Mak dia marah Izabel tu sebab tak reti Google bila dia suruh si Izabel tu pergi Google resipi macam mana nak masak Ayam Percik Ala Rusia. 



Cerita ni maybe best sebab pengarah dia, Shahrul Ezad tu. Pengarah ni, direct cerita yang Jibek tu. Banyak jugaklah lagi yang dia direct. Cerita Sindarela pun dia direct jugak. So, expectation aku, drama ni bestlah untuk aku follow masa cuti ni. Cerita ni tayang dari hari Selasa tak silap aku, sampai hari Rabu, pukul 1030 malam, kalau hari Khamis, pukul 930 malam. 



Tapi, terawih jangan lupa. Bulan puasa ni, jangan dok lagha sangat dengan duniawi ni. Huhu 



17 comments:

Unknown said...

huhu..xpnah tgk lg cte nih...

PemilikCahaya said...

pelakon pompuan tu bini chef riz, menantu chef wan la..hehe..

- abdul hadi abdul muti - said...

@Mira Adzlia

memang kena tengok owh citer ni. Gugor air mate. Ceh gitu

- abdul hadi abdul muti - said...

eszyamin

owh..yang kantoi resume pebende ntah tu ke.haha

Mama Amirul said...

pelakon lelaki tu nama nya Fir (Yang fight ngan hazama masa nak masuk AF9 dulu)
Pelakon pompuan tu namanya Ana Dahlia menantu chef wan tu
Setakat ni semua citer arahan Sharulezad memang terbaik, Ingat lagi citer Syurga Mu Ramadhan yang Elly Suriati jadi nenek kaya yang garang tu...

- abdul hadi abdul muti - said...

ain1914

owh..tak sempat pulak tengok yang cerita Syurga Mu Ramadhan tu.Huuu

dya nasir said...

dya xpngh tgk cite ni..hihih..

Izzati Suhaide said...

best cter ni.. :)

Unknown said...

Okay...cam best je...nak try tengok la huhuhu...sbb citer2 pengarah tu mmg selalunya best dan ada mesej huhuhuhuhuu

- abdul hadi abdul muti - said...

dyabunga

try la tgk.boleh tahan jugak best

- abdul hadi abdul muti - said...

zatie

best kan? tapi harini punya episod tak best sangat

- abdul hadi abdul muti - said...

Azham Vsvc

Banyaknya huhuhu

Unknown said...

tgk separuh jerk lpas tu tgk movie je sbb bosan..ehehe:)

yanmaneee said...

balenciaga
fila
supreme hoodie
golden goose sneakers
yeezy boost
cheap jordans
mbt shoes
kyrie 6
jordan shoes
christian louboutin outlet

yanmaneee said...

kyrie 6
goyard
off white nike
longchamp handbags
yeezy boost 350
pandora outlet
yeezy boost
jordan shoes
yeezys
goyard

mctatee said...

navigate to this websiteblog see it hereGo Here Homepageuseful site

touthil said...

try these out click here for info see it here click to read he said why not check here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...