Saturday, 5 May 2012

Paranomia

Minggu ni sangatlah hectic untuk aku. Sangat!! Dan, dalam minggu ni, kalau tak silap aku, masa hari Isnin hari tu, aku ada terjumpa student-student yang nak masuk LLB pergi buat interview. Perasaan masa tu terus macam jadi tergelabah. Untuk masuk LLB ni, pointer paling kurang kena 2.70. Kalau tak, kena buat attachment,lepas tu pergi interview dengan lecturer fakulti. Last semester, lecturer criminal aku yang omel kelakar tu selalu pesan suruh buat BLS betul-betul, sebab requirement nak masuk LLB memang 2.70 sahaja. Lepas tu, dia ada cerita jugaklah pasal ada yang 7 kali pergi interview baru dapat masuk LLB. Hurm...

Kadang-kadang, yang tak dapat 2.70 tu, bukan sebab diorang tak pandai. Banyak faktor sebenarnya. Kadang-kadang, sebab masalah kewangan. Tak pun, sebab masalah dengan kawan. Tak pun, sebab sakit. So, adalah sangat tak adil untuk cakap yang tak dapat masuk LL tu ialah mereka tak pandai, malas or yada,yada. Tapi, ada jugaklah yang memang dasar pemalas nokharom. Yang tu memang patutlah tak dapat masuk.

Aku? Alhamdulillah, so far, pointer aku lepas nak masuk LLB. Tapi takut jugak sebab pointer tak tinggi sangat pun. And just ada lagi 2 semester, which are this semester dengan semester depan je untuk cover balik pointer. Harini pulak, aku tengok budak-budak LLB pergi ambil jubah konvo. Hurm, teringin nak dapat First Class Degree masa convo. Tapi, entahlah.. Takut jugak sebenarnya.

Tak tau ape kaitan gambar ni. Haha

 Hopefully, nanti masa LLB, dapat classmate yang boleh buat kerja and coorperate dengan baik. Sebab aku teringin sangat nak dapat DL. Kalau dapat DL, tak payah bayar duit PTPTN. Hee!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...