Tuesday, 20 March 2012

Keputusan SPM 2011

Maka, untuk kanak-kanak paling tua dalam zaman sekolah menengah masa ni mesti tengah cuak gila nak tunggu keputusan SPM kan. Semoga mendapatlah result yang anda dah target lema sejak zaman dulu itu.

Wah, jom kita mengimbau kenangan-kenangan lampau waktu zaman nak ambil keputusan SPM dulu-dulu nak tak?

Aku ambil SPM waktu tahun 2007. Inilah batch pertama yang menjadi tikus makmal untuk eksperimen PPSMI atau nama penuhnya, Pembelajaran Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Entah ya entah tidak. Aku main sebut je maksud PPSMI tu. Haha.

Tikus makmal yang buruk

Malam result SPM, ala-ala malam raya macam tu, banyak betul mesej masuk dalam inbox 3310 aku. 3310 tu, dia boleh hold berapa sangatlah mesej kan. Tak sampai 30 mesej pun rasanya. Jenuh nak delete satu-satu, sebab takut nanti jadi ''no space for new messages". Yang hantar tu pun, bukan nak wish result pun, tapi kawan-kawan aku ajak tidur dekat sickbay. Haha. Tapi parent aku tak bagi. Sedih.

Esoknya, lepas makan mee goreng, aku gerak pergi sekolah. Perasaan? Gembira, teruja dan terkinja sebab excited nak jumpa kengkawan yang lama tak bersua. Haha. Tak fikir langsung pasal result. So, lepas ambil slip tu, terus keluar pergi Ipoh, jalan-jalan, bercanda ria dengan kawan-kawan yang lama tak berjumpa.
Muka sepelet masa ambil result SPM

Kesimpulannya, SPM ni, kalau result bagus,tak semestinya masa depan jadi totally cerah. Dan, kalau result tak bagus, tak semestinya masa depan akan menjadi kelam tak bercahaya. Yang penting, peluang ada di mana-mana. Cuma kena pandai cari sahaja.

Sekian, terima kasih.


3 comments:

Razil Tahir said...

Part concusion ko tue...
100000000000000000000000% agreed!!
jom karok!

Soul Seeker said...

kahkah !!! betul gak tu, kalau result bagus tp kt IPT pemalas, silap2 bleh kena dismiss kot. haa, mesti kau dpt straight A ni kaaan. untunglah budak pandai. eh, kau sekolah star eH? hikhik

- abdul hadi abdul muti - said...

~Filzati Zulkepli~

haah, macam mana ko tahu? huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...