Wednesday, 28 March 2012

Dua Puluh Dua Tahun

Amaran : Post ini sangat mengada-ngada sebab macam nak cari publisti gegila. Haha


26 Mac 2012, macam biasa. Malam birthday sendiri, menghadap Facebook dengan Twitter lepas baca buku Prof Ahmad Ibrahim dengan Nik Nuraini pasal Family Law sebab nak tengok wish birthday. Haha. Gila mengharap.

Sebab, last year, sambutan birthday aku takat membaca dan membalas mesej-mesej wish dekat Facebook dengan mesej wish birthday dekat handphone sahaja. Tak lebih dari itu. Sedih!! Haha.

Aku rasa last aku sambut birthday yang ada potong-potong kek, then, boleh makan sumi, makan kacang tanah cap pagoda semua tu, is masa tadika. Lepas tu, masa asasi, lepas law fiesta, kawan-kawan semua nyanyi happy birthday. Tapi itu tak proper sangat. Sebab tak ada kek yang boleh potong-potong. Haha. Demand gilargh!!

So, pada pagi 27 Mac 2012, aku bangun pagi macam biasa. Bangun pukul 6 suku, lepas tu sembahyang subuh, lepas tu, kejut Mag sembahyang subuh, lepas tu, online, sebab nak reply wish birthday kat Facebook, lepas tu, sambung tidur balik dalam pukul 9 pagi. Sebab kalau tidur sebelum 9 pagi, nanti takut termasuk dalam golongan-golongan yang suka tidur lepas Subuh. Barangsiapa yang suka tidur lepas Subuh, nanti dia mewarisi kepapaan. Nanti dah besar, jadi papa kedana. Aku tak nak benda tu jadi, sebab aku nak jadi orang kaya. Haha.

So, lepas pukul 1130 pagi, aku bangun balik. Nak bersiap untuk pergi kelas. Asip dah keluar awal. Mag pun dah keluar awal dengan Freeyn. Tinggallah aku dengan Ezwar. Warith pulak ajak Ezwar makan sekali dekat Thai Asam Fish. Aku tak nak ikut sekali, sebab Warith bawak kawan-kawan Mascom dia. So, aku segan nak makan, sebab tak kenal dengan kawan-kawan Mascom dia. Nanti, kalau makan sekali, nanti aku tak tau nak cakap apa. Nanti, takut diorang ingatkan aku ni sombong pulak. Haha.

So, lepas mandi, terus bergerak ke KFC Seksyen 2. Hajat hati nak makan McD, tapi macam malas nak jalan kaki jauh-jauh, so makan KFC je. Konon nak celebrate birthday sorang-sorang kat KFC. Haha. Gila ke? Takde life langsung. Dahlah dekat KFC tu ada budak sekolah yang kecoh bajet hidup dalam cerita Gossip Gilrs. Tolonglah. Ko tu duduk Shah Alam je dik oi. Jangan nak berangan!! Hauh!! Gelabah gila. Baru budak sekolah dah macam hapa. Lepas tu, ayam KFC pulak macam tak masak. Lepas tu, aku down, sebab membazir duit je makan kat KFC.

Then, lapar lagi. Sebab KFC punya ayam tak masak. So, pergi kedai runcit Perniagaan Maria sebab nak beli roti Gardenia tujuh kupang sekali dengan nak beli files. Lepas tu, terus pergi kelas naik bas T603.


Sampai dekat fakulti, terjumpa dengan Apan, Cikgu, Mago dengan Paan. Diorang ajak pergi minum tea blog dekat kafe FUU. So, kelas pun lambat lagi, jadi pergilah ke kafe tu ha..Baru aku tau, ice tea blog kat kafe sedap rupanya. Minum ice tea sambil diwish birthday. Ingatkan diorang belanja tea blog tu tapi harapan semata-mata. Hahaha.

Lepas tu, terus pergi kelas tutorial family law bersama lecturer mak-mak, Puan Sue Valquis. Sangat kelakar kelas tutorial tadi sebab dia sampai cerita pasal kisah Awie putus tunang dengan Erra Faziera sebab kena kahwin dengan Arnie Nazira. Haha. Kisah zaman aku tadika. Sekarang ni, Awie dah cerai dengan Arnie Nazira, kahwin dengan adik Haliza Misbun. Erra dah kahwin dengan Yusry KRU sampai dapat wedding of the year segala bagai, lepas tu patah seribu sebab bercerai sampai kahwin dengan Tengku Emran. Haha.  Lepas tu, Yusry kahwin pulak dengan Lisa Surihani. Lepas tu dapat pulak wedding of the year 2012. Entah papa. Dunia-dunia..Haha


Zaman-zaman Sembilu Erra dengan Awie.
Awie kahwin dengan Arnie Nazira

Yusry kahwin dengan Erra
Erra kahwin dengan Emran

Yusry kahwin dengan Lisa Surihani

(Mak Jemah sangat nak letak gambar segala bagai. Haha)

Lepas tu, mulut Bie choi sangat sebab bagitau Puan Sue Valquis pasal birthday aku. Lepas tu, satu kelas dok nyanyi lagu happy birthday. Segan weh!! Haha.


Lepas habis kelas yang selama 3 jam setengah tu, Apan ajak aku pergi toilet. Masa tu pulak, aku memang nak terkencing. So, just temankan jelah even though, masa tu tengah pelik, sebab apesal Apan ni tiba-tiba ajak pergi teman toilet. Sesuatu sangat Apan ni. Haha.



Lepas tu, masa nak masuk kelas balik, tengok-tengok ada kek siap dah ready dah dengan lilin 4 batang. Wargh, malunya masa tu. Sebab semua orang tengok aku. Jadi mainstar uolss masa tuh. Haha. Lepas tu, nyanyi-nyanyi lagu birthday semua. Wah, terharu kot!! Kalau aku tahu ada surprise semua ni, dah lama aku pergi trim rambut awal-awal lepas tu pakai baju lawa-lawa. Barulah handsome masa tangkap gambar. Lepas tu, baru boleh buat DP. Betul tak? Hahaha.

(Gelabah sebab tak tahu nak bagi reaksi apa lepas tengok kek, lepas tu tu terus main gesel-gesel gigi sendiri. Haha)


Terima kasih dekat semua ahli-ahli LWB05E sebab buat surprise party.   Terima kasih dekat siapa yang beli kek tu. Tak tahu siapa yang beli kek tu sebab bila aku tanya, semua orang tak nak mengaku. Choi!! Haha. Tapi, aku rasa, aku tahu siapa yang belikan. Terima kasih!! Korang tau, aku ni dah berapa tahun entah tak sambut birthday. Sekali korang buat macam tu kan, owh sebaknya di dada ini. Hahaha



Serius terima kasih korang!! Nak minta maaf jugak sebab aku ni kan annoying, suka buat muka, takde perasaan, suka marah-marah, suka kutuk-kutuk, selalu tak cakap terima kasih, selalu tak sedar diuntung, selalu tak kenang budi. Haha. Banyaknya!!


Konklusinya, sempena umur yang ke 22, aku akan menjadi hamba yang lebih baik kepadaNya, anak yang lebih baik, abang yang lebih baik, adik yang lebih baik, student yang lebih baik, kawan yang lebih baik dan segala nya lebih baiklah. Gittew!!! Hahaha.

(Yeay!! Dapat kek!!)


(With the zappling boys. Asip gemok. Haha.)

(With the gorgeous girls. Sukeletew aku cakap macam tu. Haha. Shila dah macam cikgu karate.Haha)

16 comments:

Soul Seeker said...

oii hadi kemain kau sambut birthday kannnn XD hikhik. laaa baru 22 taun ingatkan dah ermm ermm kbai~

Unknown said...

amboi hadi suke letteww. dah kenapa gambar yg ada muka aku tu tak clear grr. sentap ni tkdpt bergambar berdua dgn mainstar

asliner said...

mase bce awl2 tadi..
gile sedey kot takde orang sambut birthday..
sebab setahu saya..
lelaki nie suke buat prank kat kwn2 die..
simbah air paling koman..haha

btw..
happy belated birthday..
semoga di panjangkan lagi umur..
di murahkan rezeki dan di tetapkan iman..amin

Myera Nyera said...

mana video?? wakakakka

Unknown said...

Happy Birthday ..dh 22 yer..mude lg tu.. :)

Puan Sue Valquis ade lg yer?..

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

amboi..happy bezday bro..

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

amboi..happy bezday bro..

- abdul hadi abdul muti - said...

~Filzati Zulkepli~

ape?ape?ha?57 tahun? haha

- abdul hadi abdul muti - said...

Izdiyani Musawir

Haha. bajet duduk kat tengah, muka ko nampak clear? Haha. Aku dah adjust contrast segala dah bagi nampak weh. Haha

- abdul hadi abdul muti - said...

asliner

haha.tulah, member saya, kena baling dalam kolam ikan.

- abdul hadi abdul muti - said...

Myera Nyera

tengok eah video tu?haha

- abdul hadi abdul muti - said...

Harith Iskandar

tq bro!!yup, masih setia mengajar dekat uitm.huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

visitme@FaTiN cOrNeR

tq fatin!!

Razil Tahir said...

Yeay! Hadi dah makin tua!
And aku dah makin muda!
wahahahaha XD

Jo Qusary said...

Dulu belajar Law and Medicine dgn Puan Sue Valquis. Aku selalu belikan dia air Coke, dia selalu panggil aku "anakanda" dgn manja... hehe

May Maisarah said...

Happy birthdayyyy,bro ! =))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...