Aku paling tak boleh tahan dengan roommate pengotor. Kalau
roommate aku jenis bersepah, ok lagi. Kalau yang pengotor ni, memang mintak
simpanglah. Ini pengalaman sebenar ok. Aku pernah dapat roommate yang malas
gila nak basuh bekas magi. Ada sekali tu, masa cuti raya, aku memang nampak ada
bekas magi yang roommate aku tinggalkan macam tu je, dia tak basuh. Kuah dia
pun banyak lagi. Tak cukup dengan tuh, hah, air teh o bungkus pun dia biar je.
Before aku balik rumah untuk nak raya, aku dah membebel dah, basuh bekas maggi
tu. Buang air teh o tu. Tapi, bila 2 minggu lepas tu, aku datang bilik balik,
(sila jangan teruskan baca jika anda seorang yang sensitive untuk mengelakkan
anda muntah hitam) ada cicak mati sebab kepala dia terendam dalam kuah
maggi tu. Lepas tu, air teh o tu dah jadi macam gam yang budak-budak hisap gam
suka sedut tu. Grr!!
Selain tu, roommate yang tak reti nak respect hak orang
lain. Harta orang dia main sapu je. Kalau tinggalkan gel rambut atas meja, dia
main pakai je gel rambut tu. Tak nak banyak pulak kan. Lepas tu, suka baring
atas tilam orang.
Kalau badan tu tak busuk, tak berpeluh, takpe lah. Ini,
dengan badan berpeluh-peluh, dengan hapaknya, sesedap rasa je nak baring atas
tilam orang. Ini pengalaman kawan aku, roommate dia baring atas tilam dia. Lepas tu, terus cabut comforter, masuk washing machine. Haha
Lagi? Roommate yang suka memekak pasang lagu kuat-kuat.
Dahlah pasang masa orang nak tidor. Lagu, kalau lagu Mat Jais tu boleh terima
lagi. Ini, pasang lagu Pit Bull yang gong gang gong gang tu. Kalau tak pun,
pasang lagu jiwang karat, pastu pergi nyanyi. Grr!! Akademi Fantasia dah
habislah weh, tak payahlah nak terhegeh-hegeh practice nyanyi.
Ini pulak roommate idaman hati. Pertama, roommate yang suka
share makanan dia. Roommate jenis ni selalu bawak makanan lepas tu, dia suka
bagi makanan tu kat kita. Hehe.
Selain tu, roommate yang selalu kejut kita bangun pagi untuk
sembahyang subuh. Personally, aku suka roommate yang kejut aku untuk sembayang
subuh, sebab bila hidup aku dimulakan dengan sembahyang subuh, nanti timing aku
untuk hari tu akan jadi manageable gila.
Roommate yang kelakar. Kalau roommate tu diam je, macam
psycho je, nanti bosan pulak. Masuk bilik macam takde orang.
Hurm, mintak-mintaklah roommate aku semester ni ok. Amin..
34 comments:
hikhik....yg bab cicak mati dlm air teh tu kelakar, dulu ms thn 2 pun ader hamba Allah camtu...tp cicak tu berenang-renang dlm mug air kosong....hikhik...
Ayuni
Habis tu, cicak tu survive lagi tak? haha
hahahaha...
hadi, u kena cari roommate macam i.
stok makanan sentiasa full and updated! tak pernah kurang... kata jer nak apa. =D
lebih untung lagi, kalau hujan, i tolong angkat kain, siap lipat, siap susunkan dlm loker lagi. hahaha... tu applicable masa kat seroja lah. ampaian depan bilik kan.
setakat menyapu hari2, kemas meja study, lap tingkap sumer tu, memang my favourite.
nak tau sebab ape? sebab kalau kat rumah, tak suka masak. so nak larian diri, I kemas rumah dari pagi bawak ke tengah hari. =D huhuhuhu...
hahah.. pernah jugak dapat roomates pengotor.. yg megi tu tukar jadi bihun sup , yg teh o ais tu tukar horlick ais.. lepas naik cuti horlick ais tu dah berbuih - buih dah... :p
eee xtahan y cicak mati 2...uweekkkkk
memang sadis dapat roomate macam tu.. kena cari cara bagi dia sedar.. tapi sebab dah jadi tabiat tu.. kalau tak.. mesti dia kemaskan selepas makan..
Aku pernah dapat rumet pendiam..
kalo aku xtergur, dia takkan tegur aku..
Kadang2 2 mgu kitorang tak cakap walau sepatah.
Rasa macam orang asing pun ade..
Takkan lahh aku jer yang kena tegur dia hari2 kan?
gua banyak kali dah jumpe makhluk aneh macam ni
ak ade la tyme **** roomate slalu lepak katil ak. down kot. g kelas kemas katil.balik2, katil cm sial.down
hahak. roomate perempuan takde lak yang tahap pengotor camtu ngaaaa
haha..kena cari roomate pompuan la dlm 3 thun lgi
last sem dpt romate muka ganas tapi dlm hati ada tmn..kenangan indah sgt..mintak simpang sgt romate pengotor ni..eee tak suka.
dulu pernah dpt roommate yg suka rembat perfume aku...main amek je...melopong bijik mata aku tgk masa dia sembur tu..
huhu...
alhamdulillah rumet ms blaja dulu ok..sgt2 ok...
ishh..mmg tak suka roommate pengotor.nasib baik tak penah dpt yg mcm tu.huhu
ameen :)
haha..roommate ko yg fes tu memang rumit gila..
pernah ja dpt roomate yg pengotor..
bekas makanan die makan taruk bawah katil..
nak guna baru basuh..
aish..=.="
Syara Mohammad
kalaulah i ni perempuan kan. hahaha
zeehan
haha. buih dia mesti kalah buih teh tarik kan. haha
gadis kepastian
tu yang sound siap-siap dulu tuh. takut karang muntah atas keyboard. haha
aizamia3
tulah, agaknya memang pengotor sejak azali gamaknya.haha
KUKUMALU
tulah, nanti terlebih ramahlah pulak kan. haha
Wadi AR
memang malanglah nasib ko. haha
[ faris ]
time ape? time asasi? haha
____Myera Nyera
yeke? confident je. haha
cik misi
boleh ke? huhu
pisang
muka tak penting janji hati baik. huhu
wahida
mata terjatuh atas lantai pun dia buat dunno je kan? haha
ziraziz
untunglah mama macam tu. huhu
zareliqa afiqa
tulah, dia ikut nasib jugak..huhu
::budak::
tapi roommate fes tu selalu belanja aku makan. haha
saya cello191
at least, dia basuh. haha
salam merdeka raya bro hadi. edy dah masukkan blog hadi dalam bloglist edy - freshies terhebat ok.
Edy Ramanov
thank you!!
Post a Comment