Hari ini, aku makan keropok ikan gerenti tak gatal seperti yang ditulis dekat plastik paket luar dia tu yang digoreng oleh aku sendiri. Ini percubaan menggoreng keropok aku yang kedua setelah gagal dalam cubaan pertama menggoreng keropok kerana keropok yang digoreng oleh aku untuk percubaan pertama tu dah hitam legam macam bontot kuali (aku menerima herdikan abdul faizzani abdul aziz yang mengkritik kejam ke atas bencana keropok aku tu) apatah lagi pahit tu tak payah cerita la kan. Tapi, aku bukan nak cerita pasal keropok, aku nak cerita pasal sos cili aminah hassan ni hah.
Keropok percubaan aku yang kedua ni memang berjaya habis. Bangga gila dapat goreng keropok. Keropok je pun. Haha. Tapi yang buat spoil bila sos silly eh cili yang aku makan tu rasa macam bukan sos cili je. Rasa macam takda rasa. Kadang-kadang rasa macam sos tomato sikit sebab masam.
Setahu aku, dulu-dulu sos aminah hassan ni pedas lagi sedap malah menyelerakan. Namun, semenjak akhir-akhir ini, saya merasakan bahawasanya, sos ini sudah tidak begitu menyelerakan. Ha, ayat wartawan 360. Haha.
Sos cili ni penting sangat dalam hidup aku sebab ape-ape yang cicah dengan sos cili mesti sedap. So far, sebab sos cili aminah hassan dah tak berapa, aku rasa sos cili Life dengan sos cili Jalen yang paling sedap. Yang aku memang tak suka, sos cili Kimball. Sebab tak rasa cili pun.
Ni bukan aku nak merosakkan business orang. Ha, aku bukanlah selangsi tu. Cuma, nak bagi constructive criticism untuk syarikat aminah hassan ni ha. Tu je. Huhu
7 comments:
sedap la, awak ni
dulu memang sedap.tapi sekarang dah kurang.awak?haha
siti kalo goreng kopok gune api kecik je pastu biar dia naik slow2..nak tinggal jap pun x risau hangit..hihi
hadi, sos cap kipas udang terbaik!
siti chenta qaseh dewi
masa first time tu,minyak tak cukup kot. plus, nak cepat time tu.haha
*ATEERA*
sure?aku tak pernah rasa lagi.huhu
yeezy boost 500
golden gooses sneakers
timberland
air jordan
nmd
nike air max 270
goyard
golden goose sneakers
ultra boost
coach factory outlet
Post a Comment