Friday, 22 July 2011

Mini Legal Explorace Camp

Haaaaaaa!! Legal Explorace Camp tak habis-habis la kau ni kan. Aduhailah kau!!

Seperti mana yang kalian semua tahu, Legal Explorace Camp atau dalam bahasa malasnya, LEC, ni dah tamat dengan rasminya 3 Julai aritu. Ha, tapi atas permintaan ramai, wah, bajet gila kan perasan ramai demand nih, diorang nak buat macam aktiviti lagi dekat sekolah-sekolah pulak. Wah, haa, committee LEC yang baca ni mesti senyum-senyum kan? Banggala tew. Hahaha. Ha, tapi yang ni, maybe tak masuk Metro Ahad macam ni la kan. Haha



Sebenarnya idea nak pergi buat legal teaching dekat sekolah-sekolah memang dah dipersetujui oleh pihak Student Community Law Club. Sebab, untuk semester depan, ada plan nak buat legak teaching dekat Sekolah Assyakirin. So, paperwork semua dah siap.

Tapi lepas je buat LEC ni, cikgu-cikgu pengiring ada la jemput-jemput semua budak-budak law uitm buat program dengan sekolah diorang lagi. Ini aku sendiri yang dengar sebab masa sebelum send off budak-budak ni, aku ada menyembang dengan cikgu-cikgu perempuan yang tiga orang tu dekat bus stop Perindu. Masa tu budak-budak tak sampai pondok bas tu lagi sebab tengah ada sesi bersedih-sedihan dan menangis-nangisan dan peluk-pelukan dan sweet menyeweetan antara peserta dengan fasilitator. Almaklumlah, dah nak balik. So, janji balik pukul 4 tapi last-last balik pukul 5 jugak kan. So, sementara menuggu budak-budak ni lap air mata dan menerima hakikat yang LEC dah habis, haha, aku pun lepak la dengan 3 orang cikgu ni. Ha, terlupa, ada seorang lagi, Encik Nagaba, driver bas yang bawak bas dari Hulu Selangor yang tak tau jalan nak balik. Aduhai. So, aku pun dengan gaya seorang yang pro, bagi la direction dekat uncle nagaba ni. Pastu adalah cikgu ni yang join bagitau direction. Dah cikgu-cikgu ni masuk bukak pot, so, aku pun memang ambil kesempatan bermesra dengan cikgu-cikgu ni. Ha!! Pikir lain lah tu, aduhai, apa ni, maksud aku, bermesra macam bersembang dengan cikgu tu macam dah 10 tahun kenallah kan. Cuma tak masuk pakej bertepuk tampar berlaga bahu pipi lah. Haha. Seronok bersembang dengan diorang ni. Lepas tu, cikgu ni ajak-ajaklah buat program lagi. Aku pun dengan semangat cakap lah, e eh, memang kami dah plan dah. Ha, padahal ape plan pun takde. Sesedap mulut je cakap. Aduhai mulutku ini. Tapi memanglah aku terasa nak buat jugak kat sekolah-sekolah diorang. Lagi satu, kawan aku ni, fasilitator merangkap bendehari kental LEC, Muhaimin ni ha, pergi la im dengan Eshal Acai, peserta merangkap Ketua Hakim untuk LEC tu. Antara bait-bait manis im tu, macam ni ha :

Haa, tengok, betapa excitednya budak ni suruh datang sekolah dia buat program. Aaawhhh... So sweet!! Haha. Ada yang peserta lain pun request lah jugak bukan setakat nak buat program kat sekolah, tapi nak belanja cendol pulut sekali tau. Ha.. Tak mau cendol biasa ok, cendol pulut!! Hahaha.

Untuk adik-adik LEC yang baca, bagi pihak SCLC dan jugak kelab-kelab dalaman fakulti undangundang UiTM yang lain, kami memang merancang nak buat program dekat sekolah adik-adik. Tapi kami tak boleh bagi confirmation untuk tarikh, masa semua tu dulu. Banyak kena buat preparation. Contoh, siapa yang akan ajar, undang-undang apa yang nak diajar, macam mana nak menyampaikan pengetahuan undang-undang tu, so that korang boleh faham dan sebagainya. So, harap bersabar ye adik-adik.

Abang punye cadangan macam ni. Ni cadangan peribadi je, bukan cadangan dari semua pihak, kitorang akan buat dekat sekolah, macam yang TV3 Kids School Attack buat tu. Tapi bukanlah main futsal. Tapi ajar korang pasal law in a fun way. Cewahai!! Dalam bulan November. Lepas sehari lepas SPM ke. Sebab kalau buat sebelum SPM, macam mengganggu pulak. Kiranya, buat masa first day cuti sekolah ke. Tempat dia dekat sekolah korang. Or, kalau nak best lagi, buat dekat satu tempat, so, yang dari SMK Padang Jawa, SMK Shahbandaraya, SMK Serendah, SMK Syed Mashor dengan SMK Sungai Buaya boleh combine sekali. Tapi masalah transport jugak la. Takpun kalau susah sangat, kitorang buat time awal-awal tahun. Sebab time tu, korang still free, plus kitorang pun free seba time cuti semester. Tapi itu cadangan abang je lah.

Apepun, pihak kitorang memang nak buat program dekat sekolah korang, so, harap korang bersabar dan sentiasa memberikan sokongan kat kitorang. Kitorang pun harap korang belajar elok-elok so that korang boleh excel in your study...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...