Friday, 18 February 2011

Sesungguhnya


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Thursday, 17 February 2011

Tahniah Star Ipoh!!


"Rouse Up"

Berita Selanjutnya

Lantaklah orang dekat luar sana nak cakap ape. Kalau budak TKC mesti bangge dengan TKC, kalau budak SAS mesti bangge dengan SAS, kalau budak STAR, kene la bangge dengan STAR. Kalau budak STAR pon tak bangge dengan alma meter sendiri, sape lagi?

Baru-baru ni, pengumuman Menteri Pendidikan dekat Limbang menyenaraikan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Tahniah!!

Tak kisah la lambat ke, awal ke, janji lepas dapat title SBT ni, jangan tinggal name je. Tapi prestasi sekolah pun kene la mantap. Baru orang respect.

Btw, tahniah kepada semua warga STAR tak kira di mana jua anda berada.

"Once A Starian, Always A Starian"

Tuesday, 15 February 2011

Laporan Lawatan Ke KL Krash Pad 1

Tarikh : 13 Febuari 2010

Tempat: KL Krash Pad, Chow Kit

Masa : 2.00 petang-5.00 petang

Perjalanan dimulakan dengan menaiki public transport. Naik bus pergi KL Sentral, then naik pulak KTM, turun dekat Stesen Bank Negara.



Lepastu, perut memang seriusly lapar giler, lepas tu kene berjalan tengah-tengah panas dari KTM Bank Negara sampai pergi KL Krash Pad.

Sampai-sampai je kat KL Krash Pad, terus disambut oleh Abang Zul. Lepas tu, pergi sembahyang.

Then, program dimulakan dengan tayangan video. Mula-mula havoc jugak la. Lepas tu, keadaan dapat dikawal bila diorang berminat nak tengok video tu. Hehe.

Aktiviti diselangi dengan energizer energizer and game-game yang mencabar mental dan fizikal. Haha.

Lepas tu, sesi perbincangan dalam group.



Lepastu, sesi paling kecoh mecoh!! Sesi kuiz. Tuu dia!! Encik Harris jadi orang yang conduct kuiz tu. Budak-budak kat situ kena tiup belon sampai pecah kalau nak jawab soalan. Tapi, diorang jawab soalan tu memang asyik betul je. Bagus betul. Itu menunjukkan tak sia-sia kitorang datang dekat situ.

Then habis program, semua turun makan dekat bahagian bawah. Semua orang pun happy.

Jutaan terima kasih kepada Abang Zul yang sudi bagi kami buat program dekat situ, Sir Harris dan isteri yang sudi turun padang menemankan kitorang, fasilitator-fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program, adik-adik KL Krash Pad, senior-senior SCLC dan semua orang yang terlibat secara langsung atau pon tidak.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...