Thursday, 23 July 2009

The 100th Post

This is my 100th post!!
Finally!!

Juat wanna say thanks to :
people who read my blog,
my blog's followers,
people who drop comments

Monday, 20 July 2009

Sindrom Cerai Ekspress


Pertambahan Kes Cerai tahun 2008

“Sepanjang 2008, saya menerima kehadiran atau panggilan untuk kaunseling lebih 100 pasangan yang mahu berpisah walaupun berkahwin belum sampai setahun. Lebih menggerunkan, ada yang mahu membunuh diri dan semua kes berlaku di Lembah Klang.

“Sepanjang dua bulan pertama tahun ini pula, saya terima aduan daripada hampir 50 pasangan yang berdepan masalah sama,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ketika mengulas insiden ‘cerai ekspres’ pemain badminton negara, Roslin Hashim, 34, yang menceraikan isterinya, Faizah Mohamad, 32, hanya selepas 12 hari bernikah. Kenyataan Fadzilah jelas menunjukkan insiden ‘cerai ekspres’ seperti Roslin bukan kes terpencil kerana ia turut membabitkan banyak pasangan pengantin baru lain, namun tidak diketahui umum kerana mereka bukan selebriti atau orang terkenal.

“Bagi saya, perkara itu menakutkan kerana semuanya baru melangkah ke alam perkahwinan,” katanya. Beliau turut tidak menafikan beberapa artis mendapatkan kaunseling daripadanya berkaitan masalah rumah tangga, hubungan dengan mentua dan pelbagai lagi berkaitan perkahwinan, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. Menurut Fadzilah, artis juga manusia biasa serta tidak terlepas daripada kesalahan atau kesilapan dan perlu diberi peluang seperti individu lain untuk meneruskan hidup masing-masing.

Punca-Punca Perceraian:
Tidak Mendapat Restu Ibu Bapa.
“Ramai juga mendapatkan khidmat kaunseling daripada saya dan masalahnya membabitkan keredaan ibu bapa dan mentua, persekitaran dan pelbagai lagi. “Syukur kerana mereka tekun mengikuti apa yang saya cadangkan dan melakukannya kerana mahu menyelamatkan atau memastikan perkahwinan serta rumah tangga sentiasa dalam rukun damai,” katanya.

Beliau berkata, apabila pasangan menganggap perkahwinan itu sesuatu yang mudah, lebih mudah untuk mereka berpisah. “Satu lagi perkara yang sering tidak diambil perhatian oleh pasangan ketika berkahwin ialah restu ibu bapa. Kajian mendapati 80 peratus daripada kadar perceraian di Lembah Klang berpunca daripada perkara itu,” katanya. Menurutnya lagi, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Reda Allah SWT daripada ibu bapa.”

“Kerana itu, setiap pasangan digalak mendapatkan restu atau keredaan ibu bapa sebelum berkahwin,” katanya.

Tidak Matang.
Selain itu, antara punca pasangan bercerai dalam tempoh singkat ialah kegagalan mendewasakan diri, di mana ada yang masih berperangai seperti ketika bujang, selain gagal atau tidak mahu memahami tanggung jawab sebagai suami atau isteri.
Ada kalanya mereka seolah-olah terlupa sudah menjadi menantu orang dan tidak sensitif dengan persekitaran. Contohnya, bertengkar semata-mata mahu menetapkan beraya di kampung siapa, sedangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan dengan mudah.

Campur tangan mertua.
Selain itu, katanya, perceraian boleh berlaku apabila mentua gemar masuk campur dalam hal rumah tangga anak mereka walaupun tidak perlu melakukannya. “Mentua digalakkan masuk campur jika anak mereka dipersia-siakan atau berlaku perkara yang boleh mendatangkan kecederaan.

“Setakat hanya pertengkaran kecil, tidak perlu masuk campur. Beri saja nasihat dengan cara baik dan bukan mengarah menantu melakukan itu atau ini tanpa menyedari ia lebih banyak mendatangkan keburukan,” katanya.

Berfikir Panjang Sebelum Berkahwin.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, perkahwinan bukan boleh dipermainkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak dan pelbagai lagi situasi mendatang yang tidak diketahui.

“Oleh itu, jika mahu berkahwin, pasangan dinasihatkan berfikir panjang dan tidak terburu-buru kerana institusi rumah tangga itu konsepnya untuk sepanjang hayat dan bukan suka-suka diruntuhkan,” katanya. Beliau berpandangan bahawa setiap pasangan perlu mengenali hati budi pasangan masing-masing dan jika dari awal lagi tiada persefahaman, perkahwinan tidak perlu diteruskan. “Perkahwinan untuk sepanjang hayat dan itulah konsepnya yang sebenar. Jika tidak dapat mencapai persefahaman dari awal hubungan, lebih baik perkahwinan tidak diteruskan kerana bimbang berlaku perceraian,” katanya.

Sebab-sebab Dibolehkan Bercerai:
Menurut Mufti Selangor itu lagi, bukan mudah melafazkan cerai kerana perlu ada beberapa perkara membabitkan suami atau isteri yang membolehkan ia dilakukan, antaranya:
- Tiga perkara yang membolehkan suami menceraikan isteri tetapi selepas ia disahkan iaitu gila, berpenyakit sopak serta kusta dan ia hanya diketahui selepas pernikahan. Jika sebelum bernikah bakal suami baru mengetahui perkara terbabit, seelok-eloknya perkahwinan dibatalkan.

- Dua perkara yang membolehkan isteri menuntut fasakh daripada suami pula ialah mati pucuk serta terpotong kemaluan. Bagi mati pucuk, fasakh boleh dituntut selepas setahun suami berubat tetapi gagal pulih kejantanannya.

- Ada dua lagi sebab yang khas membabitkan isteri membolehkan suami menuntut fasakh iaitu kemaluan wanita berkenaan tersumbat dengan daging atau tersumbat dengan tulang,” katanya.

Panduan Mencari Isteri.
Mohd Tamyes turut memberi panduan mengikut syarak bagi lelaki mencari isteri seperti wajah wanita berkenaan, tapak tangan, keturunan serta agama.

- Menurut beliau, wajah yang cantik pada pandangan seseorang lelaki itu menggambarkan keseluruhan fizikal wanita berkenaan, manakala tapak tangan jika bersih dan gebu pula menunjukkan kesuburan atau kesihatan.

- Selepas itu, lihat keturunannya sama ada baik atau sebaliknya dan yang akhir.

- Pastikan wanita itu memiliki ilmu agama yang baik kerana agama mampu menjadi perisai kepada perkara keji dan mungkar.

- Mungkin sukar menemui empat perkara itu dalam diri setiap wanita yang mahu dijadikan isteri tetapi jika terlalu sukar, lelaki digalakkan mencari yang beragama kerana ia paling penting.

- Sama juga pada wanita yang mencari calon suami, di mana mereka perlu memastikan lelaki itu bertanggungjawab, beriman, taat pada ibu bapa dan pelbagai lagi.

Dipetik daripada- myMetro Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Sunday, 19 July 2009

of English subject and free nasik lemak


Dari hari tu lagi...
Muin suruh aku ajar die pasal Bel311.

Muin ni member aku.budak diploma sains kuantitatif..die, ngan yang lain2; amir,miji,remey,pendi,chock,parih,ajey,ayie ni semue member2 aku yang kelantan pure kat uitm kedah ni ha.

Aku bukan la nak buat general assumption yang mane, kalau budak kelantan jerk, diorang lemah English, ramai budak2 negeri lain pun samer..

Muin and the geng ni selalu mintak tolong aku kalau ade problems untuk buat assignment subject BEl..memandangkan diorang ni sangat lemah English..since aku ni budak prelaw yang paling kamcheng dengan diorang, so aku je la yang tolong ajar diorang buat assignment.(pade diorang, expactation pade budak2 prelaw ni,budak2 prelaw memang gempak bab2 english ni)

Aku bangge dengan diorang. Even diorang still tak boleh bezakan maksud effects dengan precautions, tapi diorang ade inisiatif sendiri nak belajar subjek english ni.maksud aku,diorang cari aku la suruh aku ajar diorang.ntah la.aku macam kagum dengan diorang sebab keinginan diorang nak majukan diri sendiri tu memang berkobar kobar.memang jelas terpancar dari sinar mate diorang.haha

Bukan macam setengah orang.Dah tak tahu, biar macam tu jerk. Bukan nak usehe.Kalau kite memang nak something,banyak la usehenye,kalau dasar memang dah malas or tak nak,banyak la reason nyer..

Lepas dah habis ajar diorang, yang best nyer, aku dapat free due ketul nasik lemak ngan air sprite.hehe..ha..ni satu lagi yang aku puji sal diorang..bukan la aku nak mengharapkan sangat nasik lemak ngan air sprite tu, tapi care diorang menghargai and mengucapkan terime kasih tu memang best. even diorang ngan aku member2 jerk, tapi sebab nak menghargai usehe aku ajar diorang malam semalam, macam aku ni lecturer yang dah ajar diorang satu sem pulak..
huhu

Kesimpulannyer, kerajaan Malaysia memang kene creates more effective programs tok majukan lagi proficiency English among Malaysian students.Tak kisah la budak melayu ke cine ke india ke or iban ke...Sebab masih ramai lagi yang bile dah habis sekolah, even diorang belajar science and math dalam english, still tak boleh nak bezekan 'He is' dengan 'he was'....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...