Monday, 6 July 2009

Kecik

Yer!!!! aku memang sedar diri..
Aku ni bukan la setinggi maner..
kalau tak silap aku..las aku cek,tinggi aku 1.62meter jerk..
tapi,aku tak kisah pon aku tak tinggi..
cube bace berite kat bawah ni ha...
huhu
DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.

DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.

Tidak sabar-sabar menanti hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Oktober depan, Khagendra dan keluarganya sudah menjalin hubungan dengan Guinness untuk mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari China yang setinggi 74 sentimeter.

Bagaimanapun, Khagendra yang seberat 4.54 kilogram seolah-olah sudah menjadi selebriti di negara kelahirannya, Nepal.


Tokoh politik turut ghairah untuk melihat Khagendra diiktiraf sebagai lelaki paling kerdil di dunia. Penduduk kampungnya pula menggelarnya ‘Buddha kecil’.

Dia dilahirkan 17 tahun lalu di daerah Baglung, 200 kilometer dari Kathmandu, ibu negara Nepal. Sejak kecil lagi keluarganya dapat berasakan dia akan menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup walaupun kerdil.

“Ketika dilahirkan, beratnya hanya 600 gram,” kata ibunya, Dhana Maya Thapa Magar, 33.

“Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang baru menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.”

Walaupun punca kekerdilannya tidak pernah disahkan secara perubatan, namun doktor di Nepal yang memeriksa Khagendra percaya ia disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak berfungsi. Jika tidak kerana masalah itu, dia dianggap sihat.

Sementara itu, keluarganya mewujudkan Yayasan Khagendra Thapa Magar untuk mempromosi usahanya bagi diisytiharkan lelaki paling kerdil di dunia.

“Dia sudah terkenal di seluruh Nepal dan India,” kata bapanya, Rupp Abrader Thana Magyar, 36.

“Dia menyertai kumpulan tarian dan menjelajah ke beberapa tempat supaya orang boleh melihatnya. Dia melakukannya beberapa kali setahun dan kini kami berharap dia akan disahkan sebagai lelaki paling kerdil.”

Menurut ibu bapanya, Khagendra berhenti membesar tahun lalu dan mereka menjangka ketinggiannya akan kekal seperti sekarang.

“Walaupun dia kecil, kami tetap bangga dengannya,” kata Rupp.

Jika dia mengambil alih gelaran itu, Khagendra akan menggantikan tempat Ping Ping yang kini berusia 20 tahun dan menetap di wilayah Guade, China.

Khagendra memohon kepada Guinness pada 2006 ketika dia berusia 14 tahun, tetapi permohonannya ditolak kerana masih di bawah umur.

“Kami sudah menanti tiga setengah tahun. Hanya tinggal empat bulan sebelum impian itu tercapai. Ketika menemui Menteri Luar, Sujata Koirala baru-baru ini, dia berjanji untuk menyokong hasrat kami,” kata Rupp.

Khagendra yang menghadapi masalah untuk bersandar, baru-baru ini memasuki tadika di kampungnya untuk belajar menulis dan membaca.

“Saya tinggal di sekolah dan belajar lima hari seminggu. Pada hujung minggu, saya pulang ke kedai buah-buahan ayah saya di Pokhara dan membantu mereka berniaga,” kata Khagendra.

Mengenai kegemarannya, Khagendra berkata, dia minat menonton rancangan karate di televisyen ketika di rumah dan menanam impian untuk menjadi penari paling terkenal di dunia sedikit masa lagi.

Sejak mula mendapat tumpuan hampir empat tahun lalu, dia terbabit dengan pelbagai publisiti yang bertujuan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Guinness.

“Sebaik saja saya dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil, saya akan dapat memenuhi impian untuk melawat Amerika Syarikat. Saya boleh pamerkan tarian saya dan juga tunjukkan kecekapan saya dalam karate,” kata Khagendra.

Walaupun perkembangan mentalnya tidak sama dengan rakan seusianya, Khagendra masih mempunyai perasaan terhadap gadis cantik.

“Satu daripada perkara yang paling menyeronokkan ketika mengikuti kumpulan tarian ialah saya boleh melihat gadis di Kathmandu.

“Mereka sungguh cantik dan pakaian mereka juga jauh berbeza dengan pakain gadis di kampung saya,” katanya.

Sunday, 5 July 2009

MUET....Penentu Mase Depan


  • Result MUET yang menentukan aku boleh sambung degree law ke tak....
  • Most probably keluar tengah bulan july ni...
  • Haih..risau giler...

Wednesday, 1 July 2009

Uncle, Saye Melayu Lah...

Petang kelmarin....aku,dengan zul pergi keluar cs...nak usyar transformers:revenge of the fallen...kitorang tumpang mock yang membawe kerete kembare yang dipinjam dari vee...yang juge disertai oleh tsaza aka awek mock n khairi..pastu diorang drop aku n zul kat BSN depan SP Plaza tu sebab kalau nak suruh diorang tunggu mcm lame pulak..

Then,aku ngan zul masuk dalam bank.Sementare aku tunggu zul yang tengah nak draw duit,aku pg la duduk kat kerusi yang bank dah letak tu...Mase tengah tunggu tu,ade unclu echinese ni die pergi tegur aku dalam bahase cina(tak tau la pulak mandarin ke,kantonis ke).aku memang langsung tak paham ape die cakap.haha

lepas tu,aku cakap kat uncle tu,"saye melayu"..tapi die mcm buat tak dengar jerk...tanpe mengendahkan ape yang aku bagitahu kat die, uncle to tab lutut aku,pastu cakap lagi dalam bahase cine.adoiyai..dalam pale aku time tu..ade due bende jerk...uncle ni memang tak paham bahase melayu or die ni ade penyakit mental...die sakit mental lepastu nanti maybe die keluarkan pisau,pastu jadikan aku as umpan,pastu suruh kerani kat bank tu bagi duit,kalau tak die bunuh aku.argh!!jangan!!2.nanti senang2 jerk die gunekan section 84, defence of unsoundness mind kat court tok bela diri...lepastu hidup bahagie kat hospital bahagie..aku pulak mati sie2 jerk..tidak!!2...

lepas tu aku cakap dalam nada yang jelas,"uncle saye tak paham bahase cine,saye melayu".pastu aku pause kejap,tengok reaction die.kalau die tak paham jugak and keep talking to me in chinese language,memang aku dah nak lari dah.nasib baik die paham..haih..lepas tu mintak maaf kat aku since die ingat aku ni chinese.

adeyh....muke aku ni memang macam chinese sangat ke aper?aku tengok tak chinese mane pon..mcm melayu biase jerk....tapi ade la sikit2 kot..haha..ye la..nenek sebelah mak aku memang asal dari tanah besar cina...ha..time world war 2,parent kepade nenek aku ni datang tanah melayu..tapi,lepas jepun datang,parent nenek aku terpakse pergi balik tanah besar cina balik sebab jepun kan memang tak suke orang cine...tapi,nenek aku tak ikut balik china.lepas tu nenek aku jadi anak angkat kat satu family melayu..so,nenek aku pon dah kire macam melayu jugak la..pastu nenek aku kahwin dengan atuk aku yang berdarah minang dari suku selemak..ha..kirenye mak aku aku mix chinese dengan minang la..hahaha..gile rare la!!so,mak aku ade jugak la darah chinese tu..pastu mak aku kahwin dengan bapak aku yang memang beyond reasonable doubt yang abah aku orang melayu.haha.so..dapat la aku..aku rase sebab tu la kot uncle tu ingat aku chinese sampai selambe jerk tegur aku dalam bahase cine.huhu.setakat "ni chi bao le ma?" tu aku paham la.haha.ni tak.ntah aper die cakap ntah.haha



muke aku yang memang melayu.hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...