Friday, 15 February 2013

Terus Kehadapan

Assalamualaikum wbt!!

Alhamdulillah.. Harini result semester 6 aku untuk Bachelor in Legal Studies dah pun keluar. Result semester n iaku paling macam tak ambil berat sangat padehal result nilah yang determinekan samada aku akan dapat sambung latihan profesional atau also known as Lex Legum Bachelorate (LLB) yang aku pun tak tahu macam mana nak eja "bachelorate" tu. Haha.

Kenapa? Kenapa? Mungkin sebab based on aku punya experience sebelum-sebelum ni, aku rasa, silapnya kita ni bila bab-bab tunggu exam ni ialah, kita memang dah diterapkan dengan konsep usaha+tawakal=kejayaan. Tapi kita lebih pentingkan usaha daripada tawakal. Adakah aku nak cakap yang usaha itu tak penting.

Saudara dan saudari sekalian. Wah dah macam debat perdana. Haha. Apa yang aku nak highlight dekat sini is, memang tak dinafikan semua orang usaha. Usaha dan berusahalah tapi lepas final exam, kita selalu macam   , eh bukan kita, tapi aku, aku selalu macam suka fikir yang lecturer ni marking paper strict, so tak boleh nak harapkan sangat dapat markah bagus untuk subjek ni. Atau, ish, tadi dakwat pen aku buat hal. So tulisan putus-putus. Jadi, dekat sini, kita lebih mengharapkan dekat kuasa lecturer atau dengan kuasa pen yang dakwat putus-putus tu untuk tentukan result peperiksaan kita tu. Entahlah, aku bukan macam Ustaz Azhar Idrus, walhal bukan setaraf denganWardina, tak setanding penulis blog AngelPakaiGuci mahupun Abby Abadi. Ilmu agama aku ni taklah tinggi mana. Tapi, aku pernah baca, kalau kita dah berusaha, dan berserah sepenuhnya dengan Allah setelah kita yakin dengan usaha kita, Insya Allah kejaayan pasti milik kita. Jadi, yakinlah dengan kuasa Allah, bukan kuasa lecturer, makanan yang kita ambil masa exam, mahupun pen yang kita guna kerana Allah tu kan Maha Besar. 

Tapi, ini lagi satu hal. Bila kita usaha, result kita tu tak setimpal dengan usaha. Chill. Selalu kan jadi macam ni? Ya, kerana aku memang sentiasa menghadapi situasi sebegini. Malah semenjak aku sekolah lagi. Aku selalu tengok kawan-kawan aku sembahyang wajib buat, sembahyang sunat buat, bangun malam, stay up sampai pagi, tapi at the end of the day, mamat yang dok panjat pagar pergi karoke jamban dekat JJ Kinta City jugak yang dapat semua A. Yang berusaha bagai nak rak ni, taklah semenggah mana. Relax. kadang-kadang kita lupa yang Allah takkan pernah silap. Kita mungkin fikir nak dapat sepuluh A untuk SPM so that boleh dapat buat preparation buat medic dekat India or Rusia. Tapi alih-alih dapat separuh je A daripada total sepuluh subjek. Sudanhya, ke kolej matrikulasi je. Tapi dekat matriks tu, kita perform, dan siap dapat offer lagi untuk further study dekat sana. Lepas tu, balik terus boleh jadi lecturer dekat matriks. Nah, time SPM bukan main lagi ko pergi Ulu Yam konon nak terjun lepas tu nak mati lemas. Tapi sebabkan ko sabar, ingat Allah, Allah dah bagi benda yang lagi best yang kita tak jangka pun akan dapat. See? Ini bukan rekaan tahu. Ini cerita benar cuma yang part pergi Ulu Yam tu je yang aku tokok sikit. Serius, ini cerita kawan aku yang dah nak balik Malaysia lagi 6 bulan kot. Bila balik sini nanti, terus jadi lecturer dekat matriks. Insya Allah.. 

Lagi satu, kita selalu persoalkan kenapa kita yang gagal. Kenapa? Kenapa? Mungkin macam yang aku cakap tadilah. Allah takkan pernah silap. Tidak akan. Okay, ni pengalaman kawan aku jugak. Masa dia mula masuk dekat sekolah, dia ni kira bright student jugaklah, dapat masuk kelas second. Alih-alih, masa tingkatan dua, result dia teruk gila especially untuk subject math. Tak boleh salahkan cikgu matematik yang berasal dari Kedah tu sebab cikgu tu pun kena paksa dengan parent dia untuk jadi cikgu, walhal dia tak nak jadi cikgu. So, mungkin itu menjadi punca kenapa ilmu dia susah untuk difahami. So, kawan aku ni, dengan ketagih game Ragnarok Online lagi waktu tu, memang selalu dapat markah macam 28/100, 30/100. So masa tingkatan 3, dia kena masuk kelas yang kedua terkebelakang. Ha.. Masa form 1 dengan form 2, masuk kelas kedua paling pandai. Waktu tu, aku tengok dia macam frust jugaklah kot. Tapi bila fikir-fikir balik, aku tengok dekat kelas tu, dia mula bergaul dengan budak-budak yang memang jarang dia bermesra. Sampai ada setengah tu cop dia ni sombong and poyo. Tapi bila dah bercampur dengan diorang semua, budak-budak yang cop budaktu poyo dah tak panggil dia poyo dah. In fact makin rapat. And dia pun dah berubahsikit-sikit ke arah kebaikan. Dan waktu trial PMR, dia dapat 8A yang mana waktu tu, semua calon trial PMR yang dapat 8A, semua budak kelas atasan. So, kiranya, dia ni macam bagi mesej yang tak semestinya budak kelas bawah tak boleh setaraf dengan budak kelas atas. Dan gagal sekali atau dua kali, even 3988 kali pun, kejayaan tetap akan datang juga. Percayalah.

Dan tak lupa juga, bila kita tengah down berdoalah, mengadulah dekat Allah. Lepas tu, just cerita je apa yang korang rasa yang terbuku dekat hati tu, luahkan je dekat someone yang ko boleh rely on. Ini pengalaman akulah. Masa aku part 3, banyak betul ujian. Sampaikan aku rasa takat ni jelah kot aku buat law degree sebab aku rasa perit gila waktu tu. Masalah paling kritikal masa tu bukanlah akademik ke or cinta ke apa, tapi lebih pada masalah duit. Serius aku rasa serabut gila dengan duit masa tu. Aku rasa macam nak lari je dari realiti. Ceh, macam lagu "Bawa.. Aku pergi.. Pacu laju-laju.." bla3 tu. Haha. Paling tidak pun, aku nak ambil cuti khas satu semester sebab dah rasa dah tak boleh survive dah waktu tu. Tapi Allah tunjukkan jalan. Aku terus survive jugak sampai final exam habis. Nasib baik ada kawan yang bagi support kat aku masa tu. Nak cerita dekat parent memang tak beranilah waktu tu. Tapi waktu tu, result kantoi sikitlah. Hehe. Tak sampai 2.5 pun. 2.33 je. Tapi, aku okay je waktu tu. Hehe.

Hah!! Ha... Pergh, aku rasa inilah entry paling serius yang pernah aku tulis setakat ni. Hehe.

So, kepada semua batchmate Bachelor in Legal Studies, tahniah atas usaha anda. Yang mana tak bernasib baik, ingat, jangan give up. Macam aku cakap tadi, Allah takkan sama sekali silap merancang hidup kita. 

So, lepas ni, alhamdulillah, aku dah boleh prepare apa yang patut untuk LLB nanti. Yelah, sebab LLB ni tough gila katanya. Memang tough, dah berapa batch dah aku tengok, masa LLB memang menguji gila. So doa-doakanlah aku semoga terus boleh velajar dengan elok masa LLB nanti. 

Terima kasih juga kepada Mak, Abah, keluarga, kawan-kawan, especially Mag, Freeyn, Ezwar, Apan, Cekgu, Mago, Muhaimin, Tokie, Elina, Asip, Nad, Sab, Afiq, Syux, Iz, Norja, Sha, Leonairats serata dunia, budak-budak Rasau, budak-budak SCLC, budak LWB01C, LWB02E, 3E, 4E, 5E, 6E, Acap, Zahin, Razil, Abbad, Keri, Yen, Am, Ama, Adam, Krab, Lutfi, Jimy, Izham, budak-budak PL1B sampai PL3B dekat Kedah dulu, lecturer-lecturer, cikgu-cikgu sekolah,daripada Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja, Parit, Perak, Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban, Negeri Sembilan, dan takkan pernah dilupakan juga dekat cikgu-cikgu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.

Terima kasih. Terima kasih dan terima kasih semuanya. 

Sunday, 3 February 2013

Diserang Hantu Kerana Tidak Sembahyang Subuh

Dekat satu blok ni, aku lepak-lepak dengan kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku ni tengah bosan so dia ajak aku pergi cari hantu. Tapi aku cuak tapi sebab nak cover, aku buat-buat berani ikut diorang pergi cari hantu.

Sampai satu tempat yang agak suspicious, kawan-kawan aku baca mentera yang aku sendiri tak faham tapi konon-konon kalau baca mentera ni, hantu akan menjelmakan diri. Aku makin takut macam nak terkincit dibuatnya sebab takut kalau mentera tu jadi betul-betul. So, aku tundukkan kepala ke bawah dan menyepetkan mata sebab tak sanggup tengok.

Sekali, nah ambik kau!! Keluarlah hantu yang ada tiga kepala!! Aku menjerit!! Yang aku sempat cakap masa tu Allahuakbar!! Allahuakbar!! Sebab aku rasa aku nak azan so that hantu tu terbakar or at least hantu tu pergi main jauh-jauh sebab aku tak nak hantu tu datang dekat dengan aku.

Namun, hantu tu tak menunjukkansebarang tanda kecedaraan atau pun nak blah. Yang kawan-kawan aku pulak suka hantu tu datang dekat. Hantu tu pulak macam keluarkan gelombang yang kuat gila.

Arghh!!! Pap!! Aku terbangun. Mimpi. Dah pukul 730 pagi. Tapi subuh belum ditunaikan lagi.Oh, mungkin sebab tu aku gagal mencederakan hantu jembalang yang nak datang dekat dengan aku dalam mimpi tadi.

Moral of the story, kita selalu minta macam-macam dekat Allah, tapi kita jarang tunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Sekian.

Saturday, 2 February 2013

Kecewa Dengan Pejabat Pos dengan Pos Laju Sekali

Hurm, ada lagi ke orang baca blog aku ni? Haha. Lantaklah, janji aku tulis, aku baca sendiri, aku gelak sendiri pun takpe. Haha.

Ni haa. Semalam aku pergi Pejabat Pos depan Pasar Seremban, nak beli kotak pos laju. Aku memang tak pernah guna pos laju. Sebagai generasi yang memang jarang pergi pejabat pos, aku pun buatlah research sikit-sikit pasal pos laju nilah. So,aku pergi tengok dekat laman web pos malaysia. Dekat situ, ada tulis sekarang ni, dah ada servis kotak maut. Eh, kotak pos laju prepaid. Maknanya, dah tak payah timbang-timbang dah kalau nak hantar parcel. So, aku macam tertarik jugaklah nak beli sebab benda yang aku nak pos tu, tak berat mana pun. Aku cadangnya nak beli yang 2kg punya sebab harga dia macam reasonable, which is RM13 untuk satu kotak.

Then, pada hari kejadian, aku pun pergilah post office, dengan hajat nak beli 3 kotak pos laju 2kg yang berharga RM 13 satu kotak. So, 13 ringgit darab 3, maknanya, 36 ringgit. So, aku sampai-sampai je kat pos office, aku pergi dekat kaunter 8. Hurm, kerani tu punya layanan, teruk gila. Aku ni dahlah tak tau nak guna pos laju tu macam mana. Lepas tu aku pun macam blur-blur sikitlah. Sikit je sebab kan before this aku pernah buat research. Haha. Tapi dia buat muka kat aku maybe sebab dia rasa aku ni bodoh sangat ke ape aku pun tak tahulah. Harap make up je tebal pun tak guna kak oi kalau senyum pun payah.

So, aku pun cakaplah nak beli kotak pos laju tu tiga, satu nak hantar kat Kedah, satu lagi dekat Terengganu, satu lagi dekat Johor. Aku cakap destinasi siap sebab dia suruh aku bagitahu dia nak hantar dekat mana.

So, lepas aku cakap tu, dia minta aku RM 60. Aku pun cakaplah bukan ke satu tu RM 13? Lepas tu dia cakap tak, yang tu harga kotak je, tak termasuk harga service bla bla bla. Nasib baik aku bawak duit lebih, bayar jugaklah RM 60 tu. Tapi yang sedihnya, kotak dia kecik gila. Macam kotak piza Dominos je. Memang rasa kena tipu gila. Sabar jelah.

Kalau aku tahu, baiklah aku bungkus sendiri dalam kotak sendiri lepas tu pos pakai City Link ke, DHL ke ape. Harga lebih kurang je. Nasib baik pos office ni ada buat contest pos laju. Kalau menang dapat RM 25000. Kalau menanglah. Haish...

Thursday, 30 August 2012

Masa Depan Yang Ditetapkan Ibu Bapa

Hari ni, aku tengok cerita Keluarga Iskandar episod 6. Cerita pasal Acu dapat tawaran untuk sambung belajar. Yang jadi masalahnya sekarang, dia dapat 2 offer, satu offer untuk sambung in economy, satu lagi buat chemical engineering. Yang si Acu ni nak ambil chemical engineering tapi Mak Jah, karakter mak dalam Keluarga Iskandar ni, nak Acu ni sambung economy.

Disebabkan Acu ni berkeras nak ambil chemical engineering, so, Mak Jah ni merajuk masuk bilik tak keluar-keluar. Dalam bilik tu, dia call semua anak-anak, sedara, anak sedara semua dia call mengadu pasal si Acu tu. Haha. Kelakar. Sebab semua anak-anak Mak Jah tu, sambung study or kerja dengan benda yang Mak Jah tak suka.

Well, parent kadang-kadang tu, bukan semualah, tapi ramai yang kalau boleh, anak-anak diorang jadi macam apa yang diorang nak. Samalah macam bapak aku. Bapak aku tu lebih kurang jugaklah dengan Mak Jah ni sebab bapak aku, kalau tak ikut cakap dia, mesti dia ungkit masa makan, masa dalam kereta or bila-bila jelah yang dia rasa dia nak ungkit, dia akan bising. Haha.

Dalam kes aku pulak, aku rasa aku tergolong dalam anak yang ikut cakap bapak aku. Aiceceh. Bukan nak mencupub tapi, sebab aku malas nak menghadap scene-scene ungkit mengungkit yang telah pun aku bagitahu sebentar tadi. Kalau aku tak amik law, mesti bapak aku bising, macam , "Ha!! Tulah!! Sape suruh tak amik law dulu-dulu!! Kand dah bla3!!. Kan dah bla!!! Tulah!! Orang nasihat tak nak dengar!! Blablabla. Ha.. Haha.  Lagipun, aku fikir jugak, kalau ada restu ni, insyaAllah senang sikitlah nak belajar.

So, sebab tulah aku pilih amik law, instead of aku pergi Matriks. Yes, aku pilih Asasi Undang-undang Uitm Kampus Kedah instead of pergi Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. So, sampai sekaranglah aku still study law, alhamdulillah, dan tinggal lagi setahun setengah untuk aku habiskan degree in law school ni. Insya Allah.. By the way, actually, lagi enam bulan untuk aku habiskan first degree aku. Hehe. Sebab Uitm ni sistem dia macam unik sikit, tu yang ada double degree tu. Ha.. Graduation Day kena pergi dua kali. Mampu?? Haha

Sebenarnya, kadang-kadang, parent pun tak bolehlah ikutkan kehendak diorang sangat in determining anak diorang punya masa depan. Kalau budak tu memang dah tak minat, nanti dia rebel ke ape, kan susah. Madam aku ada cerita, dia punya nephew kalau tak silap, bunuh diri sebab tak tahan buat law, since at the first place, dia nak buat art, tapi parent dia paksa buat law. Ha.. Sedih kan? So, selagi budak tu nak belajar, parent pun kenalah doakan supaya anak-anak boleh excel dalam apa jugak bidang yang diorang nak pilih. Kalau nak jugak anak tu sambung apa yang parent nak, pupuklah minat anak tu since dia kecil. At least ada usaha. Janganlah nak main paksa je. At least, kalau dari kecik dah expose, macam contoh, nak anak jadi doktor, belikanlah dia picagari or pengukur blood pressure tak pun kasa dawai sebagai barang permainan instead of belikan dia patung power rangers or gaban or kamen rider. Ha. Macam tu. Kan? Haha.
"Inilah dia permainan saya sewaktu saya kecil", pengakuan jujur seorang doktor yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang perubatan.




Wednesday, 29 August 2012

Pening Kepala

Semester baru akan bukak lagi seminggu. Tapi sampai sekarang aku tak tahu nak duduk mana. Kalau berulang dari Seremban-Shah Alam, macam melampau pulak.

Uitm tak macam IPTA lain yang mostly semenjak ko masuk uni tu, sampai grad pun akan duduk kolej. Macam ada kawan aku ni, dia tu, siap kena buang kolej sebab alasan aktif berpolitik songsang tapi lepas dua sem, dapat masuk balik kolej. Uitm pulak, ko akan dapat kolej yang betul-betul confirm, bila first semester je. Lepas tu, kena buat rayuan. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, merayulah. Most probably, rayuan ko takkan dapat punya.

So, memanglah Uitm punya yuran murah, tapi kalau yang duduk luar tu, sebulan, average, bayar sewa, RM150. Kalau yang naik kereta, minyak, or bas, sebulan dalam RM 200. So, total up, RM450. RM450, darab dengan 6 bulan, bersamaan dengan RM 2600. Duit PTPTN aku pun, takat RM 2750 bila dah tolak ryuran yang RM 490. So, maknanya, aku ada RM 150 je untuk makan, duit buku, nak beli pen, dakwat pen, nak beli tiket bas balik kampung dan segala bagai yang selama 6 bulan tu. Pergh... Macam ni, puasa hari-hari pun tak cukup.

Aku ada jugak nak buat part time. Haha. Tapi part time amende je yang aku nak buat. Jual tudung? Kalau nak kerja jadi pelayan restoran, aku rasa aku sesuai je kot. Aku ni, memasak memang fail, even nak belah roti burger pun, aku belah sampai hancur lebur roti tu. Tapi aku rasa aku punya PR ok kot. Dengan muka aku yang mesra alam ni, mesti ramai costumer suka servis aku. Haha. Tapi tulah, kalau kerja nanti, memang confirm kacau study.

Hurm, entahlah. Pening kepala.


Saturday, 25 August 2012

Kenapa Suka Tengok Hindustan?

Makin lama makin bosan kan blog ni? Aku pun dah tak ada cerita best-best nak share. So, dalam kesenduan nak menulis blog ni, masa tengah raya-raya ni, banyak betul cerita-cerita Hindustan kat tv. Cerita-cerita Hindustan ni bukan cerita-cerita Hindustan zaman sekarang yang semua nak hi tech hi tech. Sampaikan nak main basketball pun suruh alien yang scorekan. Bukan. Cerita Hindustan yang aku cakap ni, macam cerita Khabhi Khubshie Kabhie Gham atau dalam bahasa Melayu standard, disebut sebagai kadang-kadang sedih, kadang-kadang happy. Happy? Pencemaran bahasa Melayu di situ. Haha. Tak pun, cerita Mohabbatein. Yang ni baru tengok tadi. Cerita ni mengundang zaman sekolah aku sebab Gurukul tu macam gersang dengan belaian kasih sayang dan cinta. Haha.

Kenapa ramai orang suka tengok Hindustan? Aku rasa, maybe sebab yang paling utama, sebab skrip dia kot. Skrip cerita-cerita Hindustan ni dia ada feel. Ada jiwa. Bukan macam cerita Ahmad Idham tu. Skrip main asal sempat je. Cerita-cerita KRU pun sama. CGI lawa tapi skrip dengan penghayatan watak memang fail. Maaf cakaplah. Hew hew hew. Sebab haritu aku sakit tengok Magika. Dahlah asyik ulang-ulang je cerita Magika tu.

Lepas tu, maybe ramai orang suka tengok cerita Hindustan sebab diorang try nak jadi macam dalam cerita Hindustan tu. Macam dalam cerita Hindustan, kan selalu tunjuk keluarga bahagia, pasangan yang bercinta bahagia. Aku pernah baca ada satu artikel ni. Pasal, kenapa orang kita suka tengok Nur Kasih. Maybe sebab ikatan ukhwah antara keluarga dekat Malaysia ni dah kurang. Sama jugak macam kat India. Filem diorang ramai orang India tengok sebab ramai rakyat India yang hidup miskin. So, filem diorang melambangkan impian dan harapan diorang yang sebenarnya.

Aku rasa, maybe sebab tulah kot orang suka tengok Hindustan. Selain itu, maybelah ada pelakon yang kacak dan lawa.

Dalam banyak-banyak cerita Hindustan, yang memang all time favorite aku, cerita Phir Bil Dil Hai Hindustani dengan The Three Idiots.


Thursday, 23 August 2012

Ratapan Di Aidilfitri


Semua insan sedang gembira!! Aaa!! Aaa!! Di hari, ini, sayang.. 

Huargh!!! Mood raya memang spoil betul dengan isu berbangkit tipa-tiap 6 bulan sekali ni. Isu kat mana nak tinggal bila dah bukak semester nanti. Aku ni, memang dari semester1 sampai 5, kecuali semester 2, aku tinggal dalam kolej kediaman. Aku tak duduk kat rumah sewa. Bukan tak nak duduk. Tapi, sebab takde duit lepas tu takde transport. So, susah. 

Nak mintak kolej ni pun bukan senang. Kena merayu rayu dulu baru dapat. Tu pun belum tentu terjamin dapat. Sekarang ni, result rayuan kolej keluar 11 September. Mula kelas pun 11 September. Haa. Tragedi betul September Eleven ni kan. So, macam mana tu? 

Wooo woo woo T.T

Wednesday, 22 August 2012

Kahwin Lepas Raya


Lepas raya, terus kahwin. Siapa? Akukah? Haha.

Bukan aku yang nak kahwin tapi kawan aku masa sekolah rendah yang nak kahwin. Dua orang pulak tu. Seorang laki seorang perempuan. Tapi bukan diorang yang kahwin sama-sama. Diorang kahwin suami lain, isteri lain.Ha.. Macam tonggang terbalik ayat aku ni. Haha.

Yang kawan aku yang perempuan ni, kahwin semalam. Yang seorang lagi, kahwin next week. Macam tak percaya je diorang dah kahwin.

Aku? Entahlah. Masa sekarang ni, aku tak terlintas pun soal kahwin ni. Hidup aku pun still macam budak-budak. Masih memikirkan macam mana nak buat gaya terbaru bila tangkap gambar. Masih teruja tengok Ganam Style punya video. Masih nak cari gaduh even benda-benda remeh. Masih nak gian lepak-lepak dengan kawan-kawan sampai pagi. So, macam mana nak kahwin?

Monday, 13 August 2012

Tahlil Dan Ifthor Starian037 Edisi Ke-5


Masa taip entry ni, aku still busy comment-comment gambar-gambar event kelmarin. Seronok rasanya dapat jumpa dengan teman-teman yang dah nak masuk sepuluh tahun jadi kawan.

Majis ifthar dan tahlil ni dah masuk 5th edition dah. Event ni buat dekat XnR Laser Strike. Tempat dia memang puas hati. Dengan bayaran RM35 semalam, korang boleh duduk dekat sini. Boleh buat bbq and boleh try macam-macam game macam laser tag, water tubing, flying fox, bola tampar. Rumah yang kat bawah ni, ada ruang tamu, dapur lengkap, bilik dua, bilik air and toilet dua.




Masa mula-mula event, memang macam kelam kabut. Sebab ayam bbq tu kena marinade siap-siap sebelum bawak pergi kat tempat event. Yang marinade ni pulak yang datang dari utara and Shah Alam.  Cerita paling best, time nak marinade, GG tumbuk bahan-bahan marinade guna lesung batu. Lesung batu tu pulak besar batang penyapu je. Aizat boleh pergi Tesco beli blander baru, bila Aizat balik, GG tak habis tumbuk lagi. Last-last blender je. Hancur lumat tak sampai 2 minit pun. Haha.

Aku pulak gerak dari Seremban dengan Muz and Ustad. Sepanjang jalan memang jam. Sebenarnya, kalau nak ikutkan, Hulu Langat dengan Seremban bukan jauh pun. Dalam setengah jam pun boleh sampai. Tapi memandangkan dah plan berkumpul dekat Tesco Ampang, so, kena gerak pergi Tesco Ampang dulu sebeblum pergi Hulu Langat. Sampai dekat Tesco Ampang, pergi Popular, cari novel Iba, tapi tak jumpa. Lama sikit, jumpa Bard, Pekcha, Ansor, dengan Myro baru lepas beli planta dengan sudu plastik. Lepas tu, Toped, Ajiq, Wan dengan Paan sampai.Bising gila. Seronok berdiri kat tengah-tengah orang nak lalu lalang pergi Tesco tu lepas tu gelak kuat-kuat.

 Then, memandangkan Bard kencing ada GPS, so, Paan yang selalu lupa, lead jalan nak pergi Hulu Langat dari Tesco Ampang. Ajiq, Toped dengan Wan kena tunggu budak-budak dari Shah Alam  sampai Tesco. 

Bila sampai-sampai je, memang dalam tempat yang nak buat event ni. Setel, tuan punya tempat, jemput kitorang. Memang masuk dalam gila. Tapi sampai-sampai je, pergh, memang style. Tapi mula-mula tu was-was jugak sebab terbayang tiba-tiba ada orang gaji misteri ke or hantu mak mah ke kat rumah ni. Haha. Tak dilupakan jugak, kucing kacuk kucing biasa dengan kucing hutan. Kerjanya anyik nak gesel-gesel je. Dahlah dia gesel kuat gila. Siap mencakar lagi.




Then, sementara tunggu ayam, duduk lepak-lepak dulu.




Dalam pukul 6, baru start bakar ayam. Aku dengan Maos, Ajiq and Pekcha beli barang makan dekat bazar.

Kitorang beli gulai kawah 4 bungkus, sambal pedal, sambal sotong, sayur dengan karipap 40 ketul. Terkejut badak makcik tu bila kitorang cakap nak karipap 40 ketul. Sampai tersasul-sasul nak kira berapa ringgit. Haha.

Balik bazar je, terus sambung masak. Lepas tu, terus berbuka lepas tu sembahyang maghrib, tahlil, isyak and terawih. Lepas setel terawih, sambung dengan riadah malam. Main laser tag dengan water tubing.

Barbikiu!!


Aku main laser tag je. Tak main water tubing pun sebab aku fobia sikit bab-bab air ni. Sebab pernah hampir lemas time mandi kat Ulu Kenas. So, mula-mula nak tidor, tapi tiba-tiba Muz ajak makan jagung rebus cicah planta. So, tak jadi tidur. Lepas tu, sembang-sembang sambil makan hotdog. Lepas tu, semua orang lapar. So, bila geledah-geledah, kat dapur tu ada bahan-bahan nasi goreng. So, memang masukkan je apa yang ada, buat nasi goreng untuk sahur. Aku tak masak sangat pun. Aku dok bising-bising je kat dapur tu tapi pergi ramas  nasi je. Haha. Yang masak, Toped, Muz, Faris. Yang tolong-tolong potong bawang, Mago, Ijat, Aizat, Ajiq. Rasa nasi goreng tu memang best just tekak aku je perit masa tu.

Lepas tu, pukul 330,sambung tidor. Lepas tu, pukul 515, bangun, makan kurma lepas tu pau Muz punya Milo. Haha. Then, sembahyang subuh. Ha.. Yang ni ramai escape. Iba sangat kecewa!! Baik korang qada'. Yelah, kita ni kan buat tahlil malam tu. Macam mana nak sampai tahlil tu kalau sembahyang pun tinggal. Yedak?

Then, keberangkatan pulang kontinjen dari Utara diketuai oleh Hizamy. Lepas tu, semua orang bangun, kemas tempat, then semua orang balik. Sedih.

All in all, event this time, even though mula-mula serabut tapi makin lama makin best. Terima kasih kepada semua Leonairats!! We are debaek!! Haha.

LEONAIRATS
More Than Brotherhood







 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...