Friday, 12 November 2010

Crayon



Daripade layan citer hantu kat tv, bek tengok citer ni

ADAM dan RAFAAT adalah rakan sebilik yang sedang mengikuti pengajian di sebuah Universiti ternama di Singapura. Adam adalah seorang pelajar Asean berbangsa Cina Malaysia yang amat rajin dan Rafaat pula seorang pelajar Singapura berbangsa Melayu dan amat bijak di bahagian IT. Pada dasarnya, anda lihat kedua-duanya saling bertentangan dari segala segi, namun pada hakikatnya, semakin kita berlainan, semakin perlakuan kita sama. Adam dan Rafaat melambangkan perpaduan, toleransi dan penerimaan di antara perbezaan bangsa dan ini dapat dilihat melalui persahabatan mereka.

Sepanjang pengajian mereka, kedua-duanya dikehendaki menawarkan diri ke dalam program sosial semasa musim cuti semester. Mereka membuat keputusan untuk membantu di sebuah Rumah Anak Yatim di Malaysia. Mereka pun bertolak ke pantai timur Malaysia di mana mereka bertemu dengan MAK ENGKU, ketua Rumah Anak Yatim tersebut yang amat penyayang. Mereka juga bertemu dengan AFIQ, salah seorang penghuni anak yatim yang amat aktif dan nakal tetapi mudah disayangi. Perilaku Afiq yang lasak dan menyanjungi kehidupan telah membuka mata rakan berdua tadi untuk menghargai kehidupan. Semasa di sana juga mereka dapat melihat sendiri kesusahan yang ditempuhi para penghuni Rumah Anak yatim itu. Mereka juga memahami cinta tanpa batasan dan bagaimana untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

Walau bagaimanapun, keselamatan mereka terancam oleh pemaju tanah yang ingin mengambil alih hak milik tanah, di mana Rumah Anak Yatim itu didirikan, untuk keuntungan masing-masing. Adam dan Rafaat cuba untuk membantu Rumah Anak Yatim tersebut dengan mengadakan konsert amal, namun telah berlaku kejadian yang di luar dugaan. Rumah Anak Yatim itu telah musnah di dalam suatu kebakaran.

Kejadian mengejutkan tersebut membuat kedua-dua sahabat ini sangsi akan usaha mereka dalam memperbaiki keadaan. Erti sebenar keakraban dan persahabatan telah diuji melalui kesedihan dan kepasrahan yang terpaksa dilalui. Adakah segala kerja keras mereka sia-sia disebabkan tragedi ini? Dapatkah persahabatan mereka mengatasi halangan ini atau ianya akan musnah dan kedua-duanya hilang harapan?

Wednesday, 10 November 2010

Dialog Zaman Berzaman

Baby baby

mak : alololo cayang die. lampin basah yer, alololo....

baby : wuuekk euuueeekk...


Dalam umur 5 tahun.

ko buat ape tu? korek idung eah??

eh, takdela. kite seleseme la.

mak kite kate sape korek idung depan orang berdose. ha..!!aiyookk!!tak tau!!


Dalam umur 8 tahun

ko dah hafal sifir 5 belum??

dah tapi sikit sikit la.

Cikgu Norsiah mesti suruh kite diri atas kerusi nanti.

Erk


Dalam umur 13 tahun.

Mak, tak cukup duit la. Masukkan duit sikit boleh tak?

Nak beli ape?

Nak makan kat kantin takde duit...


Dalam umur 17 tahun

hai awak...wat pe tu?xoxo
hai awak...tengah makan. ngee. awak da makan?
belum..penat ade bengkel spm tadi.=(
alololo siannye die...


Dalam umur 20 tahun

Mati aku mati aku mati aku
Nape?
Esok da la kene present! Test lagi!! Adoh..

Dalam umur 24 tahun

Ko keje mane?
Kat Shah Alam ni
Owh..Best tak? Gaji sebulan ko bape?
Tak tau la. Aku fresh lagi. Sebulan, dapat la RM2900..lepas jugak la nak bayar rumah kete semue..

Dalam umur 28 tahun

Aku nak kahwin bulan depan. Jemput la datang rumah. Aku buat tunang dengan kahwin sekali.haha
Yeke? Alhamdulillah!!
Syukur syukur...ko bile lagi?Jangan tunggu lame lame..haha

Dalam umur 34 tahun

Yang, yuran nursery anak kite u dah bayar da?
Dah, petang tadi mase i amik die. I bagi kat Kak Fida.
Owh, Kak Fida tu cun kan yang?
Eh eh, anje jangan nak ngade ngade. ha... kalau tak malam ni tidur luar. biar ayang je tidur dalam bilik dengan anak kite!! wuek!!
Ayang ni, kate malam ni da janji...anje dah siap beli pati ikan haruan lagi..down...

Dalam Umur 50 tahun

ko patut beli air ni...Air ni bagus..Elok untuk kite yang dah masuk 50 ni..
Berape sebulan?
Tak mahal. Murah je. Aku selalu amik 6 botol. 6 botol ade la dalam RM100 macam tu. Ye la. Aku beli ni pon untuk isteri aku, anak anak aku. Bakal cucu aku..
Owh, da nak jadi atuk da ko?
Haah..anak aku yang baru kahwin aritu da tunggu mase je.haha
best la ko! Tahniah tahniah

Dalam umur 58 tahun

Alamak, aku tertinggal pulak ubat darah tinggi aku kat rumah. Ko ade ubat lebih?
La...nasib baik aku bawak.
Aku pau 2 bijik yek, nanti aku ganti balik. hehe

60 tahun
Sedap ceramah ustad tu tadi ye yang?
Tu la. Ustad tu belajar di mesir....

seterusnye, semoge Allah memberkati setiap saat dalam hidup kita.






Kesihatan



Final exam habis sudah. Tanpe membuang mase, aku terus blah balik Seremban. Sampai kat Seremban, abah aku amik. Abah aku bagitahu, Pakcik Meor dah meninggal. Innalillah... Al Fatihah untuk arwah..

Pak Meor ni meninggal sebab kencing manis. Sempat la jugak aku pergi ziarah die mase die sakit dulu. Seram.. Insaf jugak. Hidup kat dunie ni tak lame.

Mase time exam week, kawan aku sorang ni, takde la gemuk mane pon. Tapi nak diet jugak sebab nak nampak lagi kurus. Pelik betul aku. Dah la diet gile gile punye. Bayangkan, tak makan nasik seminggu. Makan capati dengan roti bakar je. Kalau aku, dah boleh masuk wad dah. Tak makan nasi time lunch pon da cukup buat aku muntah muntah dalam ktm, inikan pulak nak diet tak makan nasi sampai jadi kurus. Dah tu, die langsung la tak tergode dengan nasi ngan lauk lauk yang aku makan depan depan dengan die. Mak die pulak yang masak. Ade ayam masak merah, nasi mentega, kek pisang, nugget, karipap, putu mayam, sate. Semue sedap sedap. Tapi tak tergugat langsung keazaman nak kurus.

Aku tanye die. Nape nak kurus? Tak hine pon jadi gemuk ni. Die cakap, tak selese jadi gemuk ni. Payah nak duduk. Kawan aku lagi satu pulak, yang nak kurus same same nex sem, cakap, kalau nak jalan, malas gile. Penat. Tu yang nak kurus tu.

Makan ni je hari hari?Tak sanggup tak sanggup...

Aku bersyukur sebab so far, orang sekeliling aku cakap, aku kuat makan. Lepas makan nasi setengah jam, mesti kene makan something macam kuih ke, biskut ke, roti ke. Tapi, alhamdulillah la, berat tak pernah lebih 55 kg. Average 50-55kg je.hehe. Bentuk badan pon takde la kurus sangat. Ok ok la. haha. Bak kate Ziela Jalil dalam iklan Kayla, berat badan tak penting, yang penting bentuk badan. haha

Tapi, risau jugak bile makan taak jage ni. Sebab asyik makan je, tapi exercise haram tak pernah buat. Yela, mane ade mase nak buat bende tu semue. Keturunan aku dah la ade darah tinggi. Mintak2 tak kene kat aku.

Kesimpulannye, jagelah kesihatan anda. kesihatan itu penting. Ianye tidak dapat di beli dengan wang ringgit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...