Wednesday 23 November 2011

Fungsi Post Mortem



Aku yakin ada antara korang ni yang aktif berpesatuan or pernah menganjurkan program. Tak kisahlah program peringkat mukim ke, daerah, negeri ke, fakulti ke, kolej ke.Selalunya, selepas sahaja program tu berlangsung, committee program biasanya akan buat post-mortem.

Selalu aku dengar dari kawan-kawan aku, post-mortem ni tempat nak bambu orang. Tempat nak maki hamun. Tempat nak tuduh-menuduh. Tempat nak cari salah orang lain. So, benda-benda ni semua membuatkan committee yang join program ni akan prepare alasan, sebab munasabab, reason, alibi dan sebagainya untuk membela diri apabila diserang bertubi-tubi semasa post-mortem nanti. Sekiranya gagal berbuat demikian, makanya, committee tersebut akan tak datang post-mortem. Selalunya, benda inilah yang jadi.

Sebenarnya, post-mortem ni, dia punya function utama ialah untuk menambahbaik mana yang kurang, yang terlompong, so that, in future, kalau organize lagi event, masalah yang sama takkan berulang lagi. Kalau setakat nak tunjuk hebat maki orang, its no point buat post-mortem. Baik buat pesta berbalas maki. (Aku rasa lawak aku ni agak cengkerik sekali)

Actually, committtee yang ada buat salah or yang ada kekurangan masa organize event tu tak perlu takut untuk mengaku salah sebab manusia ni dia belajar dari salah dan silap. Dari, benda ni comes with the condition that you memang betul-betul buat yang sehabis baik untuk program tu. Kalau buat kerja sambil lewa, memang nak kena bambulah.


Tapi, yang selalu aku dengar, cerita-cerita yang kononnya hot story the morry, si polan tu gaduh dengan si polan ni time post mortem. Si polan tu kena maki hamun dalam post mortem. Seolah-olah dah jadi tradisi pulak. Kalau setakat itulah fungsi post-mortem, better jangan buat. Membazir masa dan tenaga je.

Nasib baik post mortem SCLC best. Hehe.




Sunday 20 November 2011

Pasir Mas Kilang Jelitawan.


Salena Gomez, anak jati jati Pasir Mas. Haha. Tipu gila


SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
  • FotoNADI UTAMA...pengangkutan kereta api menjadi nadi utama kepada penduduk sekitar Pasir Mas sejak 1950-an.
  • FotoTRADISI...peniaga barangan harian di pasar Pasir Mas masih mengekalkan konsep tradisi dalam urusan perniagaan.
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Thursday 17 November 2011

Parti Buih Di Padang Kawad Dan Menguruskan Badan Di S & T

Best tak kalau buat parti buih kat Padang Kawad? Hahaha. Gegurau je. Sebenarnya, cuba baca kat bawah ni:

Hari : Jumaat
Tarikh : 18 November 2011
Masa : 8.30 pagi -6.30 petang
Lokasi : Padang Kawad, Uitm Shah Alam





Student Community Law Club(SCLC) adalah kelab di bawah Fakulti Undang-Undang UiTM yang berperanan menyampaikan maklumat dan kesedaran mengenai undang-undang kepada masyarakat. Program kali ini bertujuan mengumpulkan dana untuk aktiviti-aktiviti kelab seterusnya iaitu aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti anak-anak yatim.

Kami juga membuka penyertaan kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan " car boot sales" dengan bayaran serendah RM 15-20 sahaja. Hasil jualan adalah 100% milik anda. You can sell anything you like ranging from old books, clothes, food and etc.

For those interested in doing so, please feel free to contact us for further details:

Farhana: 014-5151961
Norsuriati: 013-7563341
Izzati: 014-7230283

For car wash, only RM5 will be charge and only RM3 will be charge for motorcycle.




Rev Up Obesity Awareness Campaign 2011

Time
Saturday, November 19 · 7:30am - 5:00pm

Location
Padang Kawad, UiTM Shah Alam

Created By

More Info
"Rev Up Obesity Awareness Campaign" merupakan salah satu aktiviti anjuran Student Community Law Club (SCLC) Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam dan mendapat tajaan khas minuman isotonik Revive (M). Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan maklumat dan kesedaran dalam konteks kesihatan berkaitan dengan isu obesiti atau masalah berat badan berlebihan.

Program yang bakal berlangsung pada 19 November 2011 ini menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik sesuai dengan matlamat utamanya. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk setiap aktiviti yang disediakan. Makanan dan kupon aktiviti turut disediakan untuk 300 peserta/pengunjung terawal. :)

Berikut ialah tentatif program:

7.30 AM : Pendaftaran dan sarapan pagi di Fakulti Undang-Undang
: Sesi memanaskan badan (Senamrobik) di Fakulti Undang-
Undang
: Pameran, jualan, permainan interaktif dan pemeriksaan
kesihatan di Padang Kawad

8.45 AM : Acara "Rev Up Train Mass Walk"

10.00 AM : Ketibaan tetamu kehormat (Padang Kawad)
: Nyanyian lagu - Negaraku
- Wawasan Setia Warga UiTM
: Bacaan doa
: Ucapan tetamu kehormat
: Perasmian program "Rev Up Obesity Awareness Campaign"

10.30 AM : Forum "Misteri Obesiti"
: Panel 1 - Jong Koi Chong, Presiden Majlis Cegah Obesiti
Malaysia
: Panel 2 - Dr. Tee E Siong, President NutriWeb Malaysia
: Panel 3 - (Bakal disahkan)

12.30 PM : Penyampaian cenderamata kepada para tetamu jemputan
: Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang "Rev-Up
Train Masswalk"
Cabutan bertuah

5.00 PM : Bersurai


TERKINI!!!

Memperkenalkan, satu cabaran untuk anda sempena program Rev Up Obesity Awareness Campaign 2011 iaitu "Rev Up Train Mass Walk"!

Bila kali terakhir anda berjalan dalam satu barisan seperti sebuah kereta api? Zaman persekolahan?

Kini, dengan hanya berjalan, anda berpeluang untuk merebut hadiah yang lumayan bernilai RM 800 tajaan minuman isotonik Revive!

Syarat-Syarat Penyertaan:
1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2) Terhad kepada 15 kumpulan terawal yang mendaftar.
3) Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 10 - 15 orang peserta.
4) Tarikh tutup penyertaan: 17 November 2011

Mekanisme:
1) Para peserta akan berkumpul dalam kumpulan masing-masing di Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam mulai pukul 8.00 pagi.
2) Setiap kumpulan perlu tampil dengan satu bendera dan hiasan/aksesori dengan tema biru dan putih berkonsepkan minuman isotonik Revive.
3) Perhiasan/aksesori disediakan oleh para peserta sendiri.
4) Setiap peserta akan dibekalkan dengan beberapa meter ribbon yang akan menghubungkan/mengikat setiap ahli kumpulan.
5) Setiap kumpulan akan diketuai oleh pemegang bendera di posisi hadapan.
6) Setiap peserta diamanahkan untuk memegang satu tin minuman isotonik revive sehingga ke garisan penamat.
7) Semua kumpulan yang bertanding akan dilepaskan satu demi satu setiap 60 saat selepas mempersembahkan sorakan kumpulan masing-masing.

Penilaian dan Pemarkahan:
1) Setiap kumpulan perlu menamatkan perjalanan bersama-sama ribbon yang menghubungkan setiap ahli kumpulan dan minuman isotonik revive.
2) Kedua-dua ribbon dan minuman isotonik revive perlu berada dalam keadaan baik sehingga ke garisan penamat.
3) Setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan:
(i) kreativiti
(ii) kerjasama berkumpulan
(iii) identiti dan penampilan
(iv) markah bonus: diberikan kepada kumpulan-kumpulan yang tiba awal di garisan penamat.

Hadiah:

Johan: RM 300 + hamper (bernilai RM 100)
Naib johan: RM 200 + hamper (bernilai RM 50)
Ketiga: RM 100 + hamper (bernilai RM 50)


INGAT! PENYERTAAN ADALAH TERHAD!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Faizura (013-6526654)
Aishah (013-2912114)
Megat(012-4365763)
Intan (013-6435168)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...